Follow Us @kamharyatie

Thursday 16 April 2015

F1 - HONDA - iPHONE - SHAKLEE





Pada suatu hari, masa saya tengah dok godeh server di office, tiba-tiba dapat call dari seseorang.......

"Hello, boleh saya bercakap dengan Puan Kam Haryatie?"
"Ye saya bercakap"
"Puan Kam, saya Sharifah, buat panggilan dari Honda Malaysia. Baru-baru ni puan ada hantar service kereta kan? Nombor kereta ######?"
"Haah ada"
"Ok, saya call ni sebenarnya, nak beritahu, puan telah memenangi sebuah i-Phone 6"
"Ha? Yeke? Eh! Camne boleh menang pulak ni?"
"Kan puan ada hantar penyertaan lucky draw aritu?"
"Eh? Ade ke? Macam takde la pulak submit apa2. Keeee, husband saya yang hantar. Dia kot yang submit"
"Ha, ye la tu. So, saya ucapkan tahniah. Bukan itu saja, puan juga akan dapat 2 tiket F1. Puan akan dapat duduk betul-betul depan Pit Stop. So puan boleh bawak sesiapa tengok F1 nanti. Puan nak pergi dengan siapa nanti?"
"Errrr.....dengan husband saya la"
"Ha baguslah kalau macam tu. So puan mesti datang ke Sepang Circuit untuk collect hadiah"
"Owh, memang kene p sana jugak ke? Bila eh?"
"Ye, puan mesti ke sana untuk collect hadiah. Sebab kita nak ambil gambar sikit dengan semua pemenang. Tarikhnya pada 29 March 2015"
"Ha ok2. Insyaallah saya pergi"
"Ok, satu lagi nak mintak saiz baju. Kita akan pos baju honda untuk puan pakai masa kat sana nanti. Puan pakai saiz apa ye?"
"Saya ni kecik je, camne nak tau saiz tu standard ke tak eh? Erm.......takpelah, saya amek saiz S"
"Ok, untuk husband?"
"Husband saya besar, tapi dia suka pakai baju fit2, supaya nampak slim. Hihihihi.....amek M lah!"
"Hehehe....Ok. Nanti kita akan pos baju, dan tiket ke alamat ni.... bla bla bla bla bla...."
"Ok betul alamat tu"
"Ok puan, sekali lagi saya ucapkan tahniah ye! Kalau ada sebarang persoalan, puan boleh call saya, Sharifah, call nombor yang saya call puan ni"
"Ok, terima kasih banyak2 ye"

Seminggu masa berlalu.....
Tak de pun apa-apa surat sampai.

2 minggu berlalu......
Pun tak de apa-apa surat sampai. Betul ke tak betul ni Honda yang call ni. Ke fake? Entah la. Tunggu aje lah.

3 minggu berlalu.....
Tiba-tiba ada parcel sampai. Saya pun bukak. Tadaaaaaaa.....Alhamdulillah. So panggilan yang saya dapat dari Sharifah tu, bukanlah panggilan palsu. Hihihihi....alhamdulillah...


2 tiket F1, 2 helai T-shirt Honda dan sebuah i-Phone 6

Harga tiket hampir RM1k untuk 1 tiket. Dapat 2, so hampir RM2k. Harga i-Phone 6 tu pulak lebih kurang RM3k. So total lebih kurang RM5k kami dapat. Ya Allah, banyaknya. Rezeki Allah bagi pinjam, syukur alhamdulillah.


FORMULA 1 = SHAKLEE CLOSING DAY

Nak dijadikan cerita, sepatutnya closing day bisnes saya malam sebelum F1 tu. So saya dok pulun la habis-habisan. Dengan harapan esok boleh p tengok F1 dengan tenangnya. Tapi disebabkan berlaku kesilapan teknikal, semua Shakleean tak dapat close malam tu sebab server problem. 

Kami dok stay up sampai jam 3 pagi sebab nak dapatkan maklumat dari management Shaklee. Tapi alhamdulillah, management Shaklee yang baik hati agree untuk lanjutkan tempoh closing sehingga jam 6 petang keesokan harinya. Makanya, masih ada masa untuk closing.

Pagi tu, saya ngantuk sangat. Ikutkan hati macam malas nak p F1. Tapi sebab i-Phone 6 tu kena p amek kat sana, gagahkan jugak lah pergi. Lagipun boleh experience sendiri, maklumlah tak pernah tengok F1 kan.

We were here

Sampai kat Sepang F1 Circuit, jalan memang dah jam. Cari-cari parking, baru ku tau rupanya parking kene bayar. Kalau nak dekat-dekat dengan pintu masuk, bayar RM100. Kalau nak murah sikit, parking jauh sikit bayar RM30. Tapi kena jalan jauh sikit la. Ada la dalam 1 km nak ke main entrance.  

Sebab rasa macam sayang nya la hai nak kena bayar RM100 semata-mata nak parking dekat kami redah jugak di bawah panas terik matahari. Baik lah RM100 tu bagi derma kat masjid daripada bayar parking. Jalan jauh sikit apa salahnya, boleh bakar kalori.


Meredah ladang kelapa sawit.....


Dah sampai pun kat main entrance.Nampak macam rilek aje, padahal berpeluh-peluh dah ni.
Ni excited terlebih ni.

Sebab kami belum lunch, so kami lunch je kat area mall sebelum masuk. Semua western food.
   
Dah rasa macam kat overseas pulak. Mat saleh je merata. 
Ha, tengok! Last minute, order masuk menderu-deru. Memang takde la nak rilek-rilek.  Hubby g order makanan, saya terima order suplemen. Hehehehe.....
Makan pun bawah-bawah pokok. Lapar punya pasal, panas-panas pun boleh makan.
Lepas makan kita pun masuk through VIP Lane
Pemandangan di bahagian dalam
Kat blah dalam lagi banyak merchandise. Kalau tengok harga, memang tak de lah kot nak beli. T-shirt biasa je pun sampai RM300. Tapi saya ada terminat dengan 1 beg laptop F1. Akan ku cari online nanti.
Ok, upacara penyampaian hadiah. Cewah! Haritu masuk harian Metro, kali ni masuk magazine Honda pulak kot. Lepas-lepas ni boleh masuk TV pulak. Hikhikhik.
Kami dapat duduk betul-betul depan pit stop. So dapatla tengok engineer prepare kereta F1 dan tengok diorang tukar tayar. 
       

Saya nak belanja anda gambar-gambar masa diorang tengah race. Tapi tak sempat nak capture. Laju sangat-sangat. So saya amek dari photographer yang bertauliah je lah eh.   


Perlumbaan bermula......
Tu dia Sebastian Vettel dah lalu. Dia menang kali ni. Seriously sangat jauh dia tinggalkan pelumba yang lain. Makin lama makin jauh, makin lama makin jauh. Hebat.

Lewis Hamilton menang tempat kedua


Wefie....hihihihi...

Tengok tu! Memang keje gile betul, bawak laptop order barang masa orang dok sibuk tengok F1. But it's ok. You only can grow if you are willing to feel awkward and uncomfortable.


Ala, lagipun cara tengok F1 ni bukannya sepanjang masa pun. Kita tengok masa kereta tu lalu depan kita je. Sementara diorang pusing kot lain, bukannya buat apa-apa pun. So sempat la saya mengorder barang sambil pantau status anak-anak buah saya dengan macbook tu.

Itu pun nasib baik bawak. Kat sana boleh kata coverage teruk. Congested. memang tak dapat 3G, nak online memang jauh sekali. Sebbaik lah bawak broadband sendiri. Nasib baik lah sediakan payung sebelum hujan. Hihihihi....

Tepat jam 3.30, kami terpaksa bergerak pulang sebab saya nak spend masa dengan anak-anak pulak. Kesian kat diorang, mami dengan dedi p tengok F1 tak bawak diorang. Nak buat camne, tiket dapat 2 je. Next time kalau diorang dah besar, dan kalau ada yang minat F1, boleh lah bawak p tengok.

Sebelum balik, kami jumpa anak-anak buah kami, Wina & Wani untuk pass tiket. Actually, malam tu ada konsert k-pop. Diorang ni tau-tau je ada konsert malam tu. So diorang dah book awal-awal tiket nak p konsert. Macam tau-tau la pulak mak lang dengan pak lang diorang ni tak layan konsert k-pop.

Tapi sebelum bagi tiket tu, saya letak syarat kat diorang ni. Syaratnya, nak tengok, tengok dari bawah je. Jangan p naik stage pulak. Kalau rasa nak peluk, korang peluk lah sesama sendiri. Ingat pesan menteri kita. Dark, tall and handsome. Hahahaha.....

Ni dia Wina & Wani. Bersungguh betul nak tengok k-pop punya pasal, naik bas dari KL sampai ke Sepang. Since kami balik cepat, so dapatla diorang experience tengok F1 sampai habis. Enjoy korang ye!!!

Ok. For those yang rasa nak p F1, boleh refer harga tiket seperti di bawah. Tengok location seat yang you all nak duduk kat map tu. Kalau setakat bayar RM80, memang dok bawah matahari la. Kalau nak yang berbumbung, sediakan fulus lebih sikit ye. Ataupun rajin-rajin join apa-apa contest. Mana tau rezeki berpihak pada anda pula lepas ni.



Apa pun alhamdulillah Allah bagi peluang saya p tengok F1. Cuma masa tengok tu, tetiba terlintas di kepala, ada tak antara hero saya yang minat dengan lumba kereta. Kalau ada yang minat, saya support je. Lagi-lagi F1. Mana tau, kot-kot Qhalish yang jadi pelumba kereta F1. Maklumlah, dia kalau fokus satu-satu benda tu, dia tak heran yang lain dah. Hihihihi.....







No comments:

Post a Comment