Follow Us @kamharyatie

Saturday 17 March 2018

Tips Jimat Belanja Dan Pulangan Wang Tunai Dengan SHOPBACK




Siapa kat sini kaki shopping online macam saya? Sila angkat kaki! Hihihihi....Actually, saya ni bukan kaki shopping pun. Saya memang tak suka keluar sangat p window shopping.

Dari kecik dulu memang family saya ajar untuk beli barang yang PERLU sahaja. Sebab tu, saya hanya akan ke shopping complex kalau ada barang yang saya perlu beli. Kalau takde keperluan, memang saya takkan pergi.

Kalau dulu setakat untuk diri sendiri, apa la sangat. Saya ni simple je orang nya. Pakaian jarang-jarang bertukar. Selagi boleh pakai saya akan pakai. Mekap pun tak pernah. Pendek kata memang jarang sangat p shopping.

Tapi sejak ada anak ni, barang keperluan tu dah bertambah. Baju, dypers, susu, belum lagi barang keperluan sekolah, groceries lagi. Aduhai. Disebabkan life saya ni hari-hari produktif dan sibuk, busy, memang satu masalah bagi saya keluar shopping.

Sebab tu, bila ada online store yang tumbuh macam cendawan lepas hujan, memang saya sukaaaaaaaa sangat! Lazada, 11Street, Ali Express. Boleh jimat banyak masa. Click! click! click! Then tunggu je barang sampai depan rumah. Setel!

Lagi pun, lebih mudah untuk mencari dan membandingkan spesifikasi barang. Dan sudah semestinya apabila membeli-belah, saya akan menggunakan segala peluang yang ada untuk mendapatkan barang yang terbaik pada harga paling rendah dan berpatutan.

Caranya, dengan membeli-belah ketika adanya kempen tawaran diskaun, menggunakan kod/kupon/baucer potongan harga dan mendapatkan pulangan balik tunai (cashback) apabila berbelanja.


Cara Jimat Belanja Dengan ShopBack

Ada berita best nak bagitau korang yang kaki shopping online. Korang pernah dengar tentang ShopBack? Kalau tak, memang rugi sangat! Korang tau tak, Shopback boleh bagi kita rebat tunai atau cashback, setiap kali kita shopping online di Lazada, ‎GroupOn, 11Street, Tesco dan banyak lagi.

Bukan setakat itu je, bagi yang sering melancong, laman web popular seperti Agoda, Booking.com, Expedia dan Hotels.com turut terpilih. Sebenarnya, dianggarkan beratus-ratus laman web terpilih berada di bawah program ShopBack, samaada di Malaysia ataupun antarabangsa.

Klik di sini untuk lihat senarai laman web e-commerce terpilih.

Jadi, bagi mereka yang selalu membeli-belah atau menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan secara online, memang wajar mendaftar dengan ShopBack untuk mendapatkan pulangan tunai setiap kali berbelanja.


Cara Dapatkan Pulangan Tunai Dengan ShopBack

Senang sangat. Follow step di bawah:

1. Sign up dengan ShopBack; boleh klik di sini untuk pendaftaran
1-sign-up-shopback


2. Cari online store pilihan anda di ShopBack, klik pada nama atau icon dan anda akan dibawa ke laman web tersebut


3. Selepas klik pada online store pilihan, satu pop up window yang mengandungi terma dan syarat akan muncul; cuma perlu baca dan ikuti syarat yang dinyatakan supaya layak untuk mendapatkan pulangan tunai


4. Beli-belah seperti biasa dan selesaikan bayaran pesanan; cuma perlu pastikan semuanya dilakukan dalam skrin yang sama supaya ShopBack dapat menjejaki pesanan anda.

5. Selepas beberapa hari, periksa akaun ShopBack anda untuk melihat pulangan tunai yang diperoleh. Biasanya dalam masa 1-2 hari dah boleh tengok.

6. Ulang semua langkah untuk pembelian-pembelian seterusnya, kumpul jumlah pulangan tunai sehingga nilai minimum RM 10 sebelum boleh dipindahkan ke akaun bank anda.

Senang je kan?

Ini adalah contoh jumlah cashback yang saya peroleh hasil menggunakan ShopBack:

Semua ni saya dapat hasil dari pembelian barang keperluan anak-anak, barang dapur, barang rumah, kasut, baju, casing handphone, dan macam-macam lagi lah.


Nak dapat cashback setiap kali membeli-belah online?

Boleh sahaja dengan ShopBack, yang penting, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan.


Bagaimana Shop Back Berfungsi?

tips jimat duit belanja

Mesti anda terfikir, bagaimana ShopBack boleh memberikan pulangan tunai kepada pembelian anda, bukan?

Dari mana mereka mendapatkan wang untuk dibayar kepada pembeli? Sebenarnya, model perniagaan ShopBack adalah berteraskan affiliate.

Apabila anda membeli-belah di laman web pilihan menerusi ShopBack, mereka akan diberikan komisen oleh penjual. Komisen yang diperoleh, akan diberikan juga kepada pembeli sebagai pulangan tunai.

Contohnya, anda berbelanja RM 100 di Lazada menerusi ShopBack, jadi Lazada mungkin memberikan komisen 10% (RM 10) kepada ShopBack kerana membawa pelanggan kepada Lazada, dan ShopBack memberikan pulangan tunai 5% (RM 5) kepada anda kerana membeli-belah melalui mereka.

Kiranya, win-win situation.

Lazada gembira kerana mendapat pelanggan, ShopBack gembira kerana mendapat komisen, dan anda sebagai pembeli gembira kerana mendapat pulangan tunai.


Berapa Banyak Boleh Dapat Pulangan Tunai Dengan ShopBack?


Tiada had. No limit.

Semakin banyak anda membeli-belah menerusi ShopBack, semakin banyak pulangan tunai yang boleh diperoleh.

Contohnya seperti gambar di bawah, memang jumlah pulangan tunai yang agak banyak.

tips jimat duit belanja

Dalam gambar yang diberikan ini, andaikan anda berbelanja sekitar RM 4,300 setahun melalui laman-laman web e-commerce pilihan ShopBack, anda boleh dapat pulangan tunai sehingga RM 232!

Banyak tu jimat. Jadi, ShopBack amatlah sesuai bagi mereka yang merupakan pembeli online tegar. Bukan sahaja boleh dapat diskaun, tetapi turut dapat pulangan tunai. Penjimatan berganda.

Kalau anda beli guna kad kredit, dapat lagi point kad kredit. Dan ShopBack juga boleh guna untuk barang-barang yang sedang dalam promosi. Dua kali ganda penjimatan! Orang kata, sambil menyelam, sambil minum air.


TAWARAN ISTIMEWA: Daftar akaun Shopback sekarang, dan dapatkan RM 10!

Untuk tempoh terhad, ShopBack menawarkan tunai RM 10 yang akan dimasukkan ke akaun anda jika mendaftar dengan ShopBack sekarang.




Syaratnya, perlu ikuti 3 langkah mudah ini:

1. Daftar akaun ShopBack dengan klik di link ini: ShopBack.com

2. Masukkan emel mysohojob[at]gmail.com (gantikan [at] dengan @) di ruangan “Referred by” (jika diminta)

Selepas 2 langkah ini, RM 5 akan terus dimasukkan ke dalam akaun ShopBack anda.

3. Buat pembelian minimum RM 25 di mana-mana laman web pilihan menerusi Shopback, dan tambahan RM 5 lagi akan dimasukkan ke dalam akaun anda selepas beberapa hari.

Sehingga artikel ini ditulis, pendaftaran dengan ShopBack masih percuma.

Akhir kata, dengan ShopBack, anda boleh mendapatkan dua kali penjimatan jika membeli-belah secara online; penjimatan pertama kerana diskaun yang sememangnya diberikan oleh penjual manakala penjimatan kedua kerana mendapat pulangan tunai daripada ShopBack.

Duit yang dijimatkan boleh ditambah ke dalam tabung simpanan untuk mencapai matlamat kewangan yang diingini.

Jadi, jom daftar dengan ShopBack sekarang!

~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 







No comments:

Post a Comment