Follow Us @kamharyatie

Wednesday 21 March 2018

10 Cara Bijak Mommy Shahab Guna Kad Kredit Tanpa Outstanding Balance Selama 15 Tahun




Saya mula guna credit card start mula kerja sejak tahun 2002. Apply pun atas nasihat abang saya, katanya at least ada sekeping in case for emergency. Dan masa tu, saya guna hanya untuk isi minyak je. 

Tak berani nak guna untuk expenses lain sebab masa tu semua orang pesan jangan apply kad kredit sebab nanti susah di kemudian hari. Dok nampak yang negatif je pasal kad kredit masa tu. Yang muflis sebab kad kredit punyalah ramai. Fuh! Seram.

Dari isi minyak, slowly saya increase sikit-sikit expenses guna kad bila dah nampak ada benefit dari segi point reward yang dapat. Pastu saya buat auto debit dari kad pula untuk bayar bil-bil. Lama-lama, sampai sekarang, kalau 1 sen boleh swipe, saya akan swipe. Hahaha....

Tapi syukur alhamdulillah, selama 15 tahun guna kad kredit, belum pernah lagi saya gagal bayar bil on time. Belum pernah lagi ada outstanding balance. Belum pernah lagi. Insyaallah takkan pernah. Akan kupastikan perkara itu takkan berlaku. I'M A GREAT PAYMASTER. Hihihi...

So kali ni saya nak share sikit dengan korang, macam mana saya buat untuk pastikan kad kredit saya tak ada sebarang outstanding balance. Malah, dengan kad kredit ni, saya dapat banyak penjimatan, dapat cash back, dapat redeem macam-macam barang lagi. Pendek kata, untung giler bila ada kad kredit.



1. Guna maksimum 2 kad sahaja



Saya pakai 2 kad sahaja. AEON dan CIMB. Saya apply AEON tu sebab JUSCO belakang rumah je. Dan kat situ lah tempat saya selalu beli barang keperluan anak-anak.

Baju sekolah, susu, dypers, semua kat situ. Dan sebab saya ada kad ahli JUSCO, setiap RM1 yang saya belanja, dapat 2 point, satu point dari kad ahli, satu point lagi dari kad kredit.

Bila ada promo atau tarikh tertentu dalam setiap bulan, setiap RM1 belanja, diorang bagi double or triple point. Then point ni semua boleh tukar balik kepada cash voucher. Dan cash voucher tu nanti saya guna semula untuk perbelanjaan seterusnya.

Satu lagi kad dari CIMB. Saya guna kad ni supaya senang saya nak track rekod perbelanjaan sebab gaji masuk akaun CIMB. Lagipun point dia pun ble tahan.

Barang dapur pula, saya biasa belanja di GIANT. Di Giant boleh bayar barang yang kita beli dengan point dari kad kredit CIMB. So ble jimat belanja lagi. Yeah!

Lama juga saya maintain 2 kad ni. Tapi last year tetiba, saya dapat envelop surat tebal dari CIMB. Ingatkan apa. Rupa-rupanya diorang bagi saya VISA SIGNATURE. Padahal takde apply pun. Saya ni tak suka banyak-banyak kad, nanti pening. Saya call bank tanya kenapa korang bagi saya kad ni.


Diorang kata, sebab saya GREAT PAYMASTER. So diorang offer saya kad ni. Saya argue sebab saya tak apply, nanti tak pasal saya nak kena bayar annual fee dia plak.

Then diorang kata yang ni takde annual fee. Lepas dioarang explain gitu gini, ok lah, saya accept dulu. Tengok macam mana. Then saya google sebab nak tau lagi detail pasal CIMB Kad VISA Signature ni.

Rupa-rupanya, kalau siapa yang jenis selalu travel ke overseas, memang sesuai sangat lah guna kad ni. Point semuanya double.

Ni sebahagian daripada transaction masa p US aritu. Hotel, UBER, shopping, semuaaaaaaaa saya swipe credit card je. Best wo point dapat double.
 
 
Ni masa shopping kat Switzerland.
 

Ni pulak masa shopping beli leather jacket kat Korea. Yang lain semua guna cash. Leather jacket ni jumpa last day sebelum balik Malaysia. Berkenan sangat, tapi duit cash tak cukup, kita swipe credit card je lah. Dapat tax refund lagi. Balik terus bayar balik. Yang ni saya guna duit saving extra memang put aside in case nak beli benda lain yang takde dalam budget.


2. Guna kad kredit sama macam guna cash


Saya TAK SUKA HUTANG. Saya tak suka berhutang dan saya tak suka orang hutang saya. So, saya anggap credit card sama macam cash. Saya akan trace setiap perbelanjaan saya. Setiap kali lepas swipe, saya akan asingkan jumlah tersebut untuk saya pastikan bila statement sampai nanti, duit dah ada boleh terus bayar.

Kalau untuk barang yang mahal dan saya rasa tak mampu lagi nak bayar sekaligus, saya takkan swipe. Saya akan kumpul cash dulu, ada duit boleh bayar, then baru swipe. Delay gratitude. Tapi, kalau benda tu betul-betul perlu dan tak boleh tangguh, camne nak buat? Ada caranya....Next...


3. Beli dengan 0% Easy Payment Plan


Yang ni menarik. Ada sekali tu, washing machine rosak. Bila washing machine rosak, korang agak ble tangguh-tangguh ke. Susah wo takde washing machine. Satu rumah ada 9 orang punya baju, takkan nak basuh tangan kot! Nak tak nak kena beli baru jugak!

Masa tu memang takde budget untuk beli wasing machine baru. Mana la tau nak rosak kan. Tapi sebab ia adalah satu keperluan, terpaksalah beli jugak. Mujur saya ada tabung emergency.

Kebetulan masa tu ada promo, boleh beli washing machine dengan cara installment dengan easy payment plan with 0% interest, memang cantik sangat lah.

Saya swipe kad kredit, then installment setiap bulan tu, saya tolakkan dari tabung emergency. So, dapat bayar sikit-sikit. Point pon dapat. Tapi yang ni apply untuk yang emergency je tau. Takle apply selalu. Nanti jadi habit pulak. Dah pesan tadi kalau belum mampu, jangan swipe.


4. Kumpulkan semua bayaran komitmen atas kad kredit


Semua komitmen bulanan saya, bil dan utiliti, bil elektrik, bil air, bil telefon, cukai tanah, cukai pintu, insurans, semuaaaaaanya saya tolak dari kad kredit. Lagipun memudahkan kerja saya nak track. Sebab hanya perlu track dari statement kad kredit sahaja. Tak payah pening-pening.

Bila semua bil kita bayar dengan kad kredit, banyak benda boleh jimat sebenarnya. Jimat masa, jimat tenaga, very convenience. Hujung bulan dapat statement, make sure terus bayar. Point pon berganda-ganda dapat kumpul. Ble tukar barang-barang lain nanti. Best!



5. Guna kad kredit untuk beli barang keperluan


Sama macam bil komitmen tadi, semua barang keperluan saya guna kad kredit. Kalau 1 sen boleh dapat point, belanja 1 sen pon saya akan swipe. Hihhihihih.....

Keperluan harian memang banyak. Sebab tu untung kalau kita guna kad kredit sebab point paling banyak dapat collect dari perbelanjaan keperluan. Barang dapur, barang anak-anak, pakaian, minyak, touch n go, service kereta dan banyak lagi.

Walaupun sebenarnya boleh pakai cash, tapi just nak dapatkan point, swipe pakai card dan dalam masa kurang 10 hari terus bayar ke card tu. Kena displin. Kalau tak boleh jadi punca permulaan penyakit hutang kad kredit.


    6. Beli online dari trusted online stores sahaja

    Sejak ada anak, saya memang lebih banyak beli barang secara online. Dypers anak, susu, baju baby, semua beli online sebab lebih jimat masa, lebih murah. Tapi, nak beli online, kena tengok website yang dah established. Kalau yang macam pelik2 je, jangan buat transaction. 

    Jangan simply dedahkan details credit card kita sesuka hati. Takut nanti ada orang gunakan details kita untuk pembelian online. Kalau boleh, jangan save maklumat kad kredit kat online store tu. Biarlah leceh sket setiap kali nak beli, kene isi maklumat kad, janji selamat.

    Selalunya, online stores ni banyak offer diskaun untuk kad kredit tertentu, so amek peluang yang ni untuk dapat lebih penjimatan. Berminat nak belanja dapat cash back? Jom shopping online melalui ShopBack!  

    Klik link di bawah untuk maklumat lanjut. 

    Tips Jimat Belanja Dan Pulangan Wang Tunai Dengan SHOPBACK (sila klik)




    7. Jangan bayar minimum, tapi bayar habis

    Pay as you used (PAYU). Bayar ikut jumlah yang kita swipe. Point dapat, interest tak kena. Saya takkan bayar minimum. Sebab nanti akan kena interest.

    Saya ada sorang kenalan, memula outstanding dia RM 3,500. Lepas tu dia tak mampu bayar walau pun minimum payment, selepas 2 tahun, outstanding jadi RM 18,000. Kalau buat full settlement pun dalam RM 12,000.

    Itu cara bank buat untung, hasil dari interest. Sebab tu Islam haramkan transaksi Riba’ ni. Memang akan buat peminjam muflis. So, jangan sampai bank buat anda macam nie. 

    Kena ingat, bank akan buat untung pada peminjam-peminjam yang tak tahu sistem diorang. Kita kena cerdik kewangan untuk pelajari sistem dia dan manipulate balik untuk kepentingan dan keuntungan kita.

     

     

    8.  Belanja di atas perbelanjaan orang lain

    Ini sesuai bagi orang yang buat bisnes. Ramai yang tahu saya buat bisnes Shaklee. Bila customer buat order, customer kena transfer duit dulu, then baru saya buat order dari Shaklee, charge atas kad kredit saya.
    Dalam sebulan, transaction untuk beli barang customer je ada la dalam RM15,000. Amacam? Best tak? Ble imagine point yang saya collect setiap bulan dari expenses orang lain?

    So point tu saya kumpul, untuk saya redeem di kemudian hari. Sebab tu saya panggil belanja di atas perbelanjaan orang lain.



    9. Sentiasa semak penyata bulanan, supaya takde transaction yang meragukan

    Sentiasa semak penyata bulanan. Dulu statement hard copy. Sekarang semua dah online. So setiap bulan bank akan email kan e-statement. Senang sikit nak monitor. Then check satu persatu transaction untuk pastikan tiada sebarang transaction yang pelik-pelik.

    Setakat ni alhamdulillah, tak pernah berlaku. Kalu dalam statement korang ada, call bank cecepat dan buat report ada orang gunakan credit card korang tanpa pengetahuan. Bank akan siasat, kalau betul fraud, bank akan refund semula duit kita yang telah digunakan oleh penyamun tu.


    10. 'Haram' ambil cash advanced

    cash advance adalah kita kuarkan wang tunai melalui CC yang kita ada Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef

    Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef
    Jangan sesekali keluarkan duit cash melalui credit card. Unless anda bebetul faham dan tahu macam mana nak handle. Interest sangat tinggi dan lebih tinggi dari caj biasa yang dikenakan kalau kita swipe. Mana ada bank nak bagi kita untung, mesti dia akan kebas duit kita untuk dia punya untung.

    Sekarang ada banyak cara tau bank nak galakkan kita keluar cash advanced. Korang kena hati-hati. Sebab saya pernah experience offer macam ni. Kredit limit saya memang agak tinggi. Satu hari tu, saya dapat call dari CIMB.

    Diorang offer cash advanced sebanyak RM20,000 kat saya. Tak perlu apa-apa permohonan, just cakap agree, then bank akan terus transfer amount tu ke dalam saving account saya .

    Saya boleh guna duit tu untuk apa2 kegunaan dan saya boleh bayar sikit-sikit dengan interest yang kononnya 'sangat rendah'. Hanya melalui telefon OK!

    Kalau orang biasa dengar dapat duit free macam itu je. Senang-senang je dapat RM20K zassss!!!! Masuk akaun, tak yah susah-susah apply personal loan.Perghhh!!!! I'm not that easy to be trapped.

    Ini contoh situasi bagi orang yang keluarkan cash dari kad kredit.
    Saya keluarkan RM250, tetapi terperanjat bila terima bil kad kredit. Saya dikenakan caj pendahuluan tunai sebanyak RM50 bagi transaksi tersebut. Itu adalah 25 peratus dari wang tunai yang saya keluarkan.

    Saya sepatutnya dengar nasihat kawan. Mereka beritahu guna kad kredit bagi pendahuluan tunai adalah tidak digalakkan kerana faedah yang dikenakan tinggi selain caj wang pendahuluan yang juga tinggi.
    Kalau tak hati-hati macam ni, memang senang terperangkap. Ingatkan Along je buat macam tu. Bank-bank pun dah start buat macam ni ye.


    Hasilnya....



    So dari semua transaction di atas, saya dapat collect banyak point kad kredit. Point ni dapat tukar jadi reward kita. Boleh guna juga untuk lifestyle. Macam saya, saya prefer redeem point dengan voucher. Sebab dengan voucher, saya boleh beli barang yang saya nak.


    Tadaaaaaa.....Ni antara hasilnya. Redeem credit card points, dapat voucher SOGO dan JUSCO. Worth almost RM2,000. Masa ni nak raya. So expenses raya tahun tu tak yah guna duit. Duit bonus terus saving ke ASB. Belanja raya semua guna voucher je. JIMAT!

    So, ini adalah lifestyle (gaya hidup). Tapi sebenarnya percuma, ada orang payung. Hidup kena cerdik. Kalau tak, orang cerdik akan game kan kita....make sense? Amacam? Best kan kalau kita bijak guna kad kredit.


    Skor Kredit Tinggi

    Skor kredit yang baik adalah penting untuk pastikan permohonan pinjaman kita diluluskan. Segala maklumat pembayaran kad kredit kita boleh diteliti oleh semua Bank. Bnk juga boleh dapat semua maklumat ni melalui CCRIS dan juga CTOS. 

    Kalau payment kad kredit kita bagus, bermakna skor kredit kita juga bagus. So, kalau nak apply loan atau kalau nak apply kad kredit baru, senang lulus. 


    Kesimpulan

    Last sekali, untuk yang tak pernah ada komitmen kewangan (dalam CCRIS takde record), boleh le apply sekeping yang paling basic, dan gunakan untuk bayar benda basic dan bayar setiap bulan sebelum due.

    Then, kat situ nanti ada track record payment yang boleh dijadikan sebagai reference untuk behavior korang.And then, slowly increase penggunaan, ikut tips yang saya dah listkan di atas.

    Apa pun, berbelanja lah mengikut kemampuan korang. Latih diri kawal nafsu belanja. Perlu tahu yang mana keperluan, yang mana kehendak. Untuk tips belanja secara bijak, jemput baca link di bawah.

    TIPS BIJAK BELANJA (Sila klik)


    Silakan share entry ini kalau korang rasa ia bermanfaat. Mudah-mudahan lebih ramai yang celik kad kredit lepas ni, Kad kredit kita, kita yang control. Jangan biarkan bank ambil kesempatan atas kita tau! Tapi kita yang patut pandai untuk manipulate benefit yang ada. 

    Akhir kata, Gunakan kad kredit tanpa was-was. Jadilah pengguna bijak!



    ~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

    Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
    Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
    Hubungi saya untuk:
    Free Consultation
    Affordable Price
    Business Opportunity With Shaklee!!! 


    23 comments:

    1. Salam.kak kalo.xguna stahun pun kena byr brapa fee kat bank

      ReplyDelete
    2. Mcm mne nk collect voucher tu sis

      ReplyDelete
      Replies
      1. Bila kita beli barang guna credit card, kita akan dapat point kan. So point tu kita boleh redeem dalam bentuk voucher atau apa2 barang yang dioffer oleh pihak bank. Kalau kita nak redeem barang lain pun boleh. Kene refer bank yang keluarkan credit card tu.

        Delete
    3. alhamdulilah, tulisan yang jelas, mudah paham, terima kasih kongsi ilmu ya

      saya bercadang untuk apply 2 credit card, 1 kegunaanperibadi, 1 kegunaan bisnes

      ReplyDelete
      Replies
      1. Terima kasih juga sudi baca posting ni. Semoga bermanfaat.

        Delete
    4. wow... part yg last tu (voucher rm2k) yg buat saya tepuk tgn.. hehehe.. tq sis sudi berkongsi. Disiplin diri tu yg penting.. xde duit, jgn pakai kad kredit.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Haaa tepukkk!!! Hehehe.....Thanks ye sudi baca posting ni. Betul, kalau nak guna credit card memang kene disiplin. Kalau tak, tak payah guna. Nanti makan diri.

        Delete
    5. wowww..hebat sis, tq share tips yg hebat ni, saya dah almost 15 tahun tak pakai credit card, sbb tak reti nak guna sehingga melebihkan kehendak, dan akhirnya saya tak lena tidor mlm pikir pasal hutang, tahun 2006 tak silap saya, saya bayar semua hutang kad kredit tu dari keuntungan pelaburan emas saya dan nekad tak nak guna dh kad kredit sampai sekarang.

      ReplyDelete
      Replies
      1. It's ok. Kita je tahu kita macam mana. Kalau tak boleh control, sebaiknya jangan guna credit card. Good decision. Yang penting jangan hidup dalam hutang, tak tenang hidup. :)

        Delete
    6. thank you very much sis <3 i memang x de sape nak ajar pkai kredit card ni sebb my surrounding sume ckp kredit card ni hutang n beban ... nak tak nak kena la cari sendiri jawapan kat internet ..

      ReplyDelete
      Replies
      1. hutang and beban for people yang tak tahu guna dengan cara yang betul. But for people yang tau guna, memang untung sangat kan!

        Delete
    7. Terima kasih akk buat sharing sedetail ni ..sgt mbantu sy memahami kredit kad dgn baik .. semoga apa yg setiap akk tulis Allah balas dgn kebaikkan

      ReplyDelete
      Replies
      1. Alhamdulillah terima kasih sudi baca blog ni ye. Semoga bermanfaat. Terima kasih atas doanya.

        Delete
    8. Kalau ada transaksi yg kita buat sehari sebelum due date contoh 30 ringgit kene interest jugak ke baki yg ada tu?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Selalunya due date tu ada buffer, transaction sehari sebelum biasanya akan masuk next due date. Apa2, kene check statement. Dalam statement tu ada nyatakan payment tu masuk sehingga transaction yang mana.

        Delete
    9. saya x berapa berani nk pakai kad kredit .... sbb keliling saya xde sape pakai ... so saya nk tanye yg no.5 (swipe pakai card dan dalam masa kurang 10 hari terus bayar ke card tu)jadi kalo kite bayar dlm masa kurang 10 hari tu kite x kne interest ke n nie ad kat semua bank or cmne

      ReplyDelete
      Replies
      1. Sebaik2nya lepas transaction je terus bayar, jangan tunggu 10 hari. 10 hari tu saya just gtau maksimum je. Apa2 pun kene refer statement. Dalam statement akan nyatakan kene bayar sebelum tarikh sekian-sekian. Selagi mana kita konsisten bayar sebelum tarikh yang ditetapkan dalam statement tu, takkan ada sebarang interest. Ini apply kat semua credit card. Sebab tu saya tekankan kat point #2, guna credit card sama seperti guna cash. Jangan tangguh2. Lepas swipe, bila dah keluar di statement, terus bayar.

        Delete
      2. tq sbb bagi penerangan ... lagi satu nak tanye mne lagi untung antara point dgn cashback

        Delete
      3. Untuk jawab soalan ni, cik boleh refer link ni untuk penerangan lanjut. https://ringgitplus.com/en/blog/cash-back-credit-card/should-you-get-a-cashback-or-rewards-points-credit-card.html

        Delete
    10. Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan? pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tidak bercagar, modal teroka, dll.. Atau adakah anda telah ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan atas sebarang sebab. Kami adalah pemberi pinjaman swasta, memberi pinjaman kepada perniagaan dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan iaitu kadar faedah 2%. jika Berminat? Hubungi kami hari ini di (fredrickjoseclinton536@gmail.com) dan dapatkan pinjaman anda hari ini
      salam,
      Pasukan pelaburan Fredrick Jose Clinton

      ReplyDelete
    11. Penulisan yang sangat baik.

      Terima kasih.

      ReplyDelete