Kali ni nak share dengan anda, tips macam mana nak berbelanja secara bijak. Sebelum tu, pastikan anda dah tau cara-cara macam mana nak jadi orang yang bijak urus kewangan.
Jemput refer link di bawah.
#8 Cara Orang Bijak Urus Kewangan (sila klik)
1. Sentiasa menyediakan (list) senarai barangan yang hendak dibeli dan pastikan anda mematuhinya. Kalau tak follow, memang dah lari budget lah jawabnya.
2. Jangan pergi berbelanja ketika anda tidak ada “mood”. Ini akan mendorong anda untuk membeli secara spontan (impulse) yang akan merugikan anda. Terapi shopping sebenarnya memudaratkan bagi orang yang boros.
3. Sentiasa membandingkan harga dan kualiti dahulu sebelum membeli. Jangan membeli secara terburu-buru. Luangkan sedikit masa untuk buat comparison. Harga yang murah tidak semestinya low kualiti. Begitu juga sebaliknya. Alah membeli, menang memakai.
4. Jangan membawa terlalu banyak wang selain daripada yang diperlukan. Bawak duit cukup-cukup jer. Kalau bawa anak-anak, pasti akan ada upah jajan atau mainan. Tak salah, tetapi sediakan budget untuk anak-anak dalam list jajan.
5. Sentiasalah pastikan dengan “cashier” dan resit belian anda adalah tepat, ini untuk mengelakkan anda terlebih bayar (over-charged).
6. Janganlah berbelanja jika anda hanya ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran. Belilah apa yang anda perlukan sahaja.
7. Sentiasa membandingkan kos harga makanan berdasarkan kos satu unit mengikut berat, ukuran atau perkhidmatan daripada membandingkan mengikut satu bungkusan atau tin. Bawa kalkulator untuk memudahkan pengiraan anda. Handphone pun dah ada kakulater sekarang nih.
8. Jangan membeli makanan dalam tin yang telah kemek dan berkarat. Pastikan tarikh luput untuk makanan berkenaan.
9. Bacalah label dengan teliti, ketahuilah kandungan barangan itu, cara-cara penggunaannya dan bagaimana cara untuk menyimpannya.
10. Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan. Bila ada time diskaun itulah yang paling sesuai untuk kita membeli belah.
11. Beli barangan cukup untuk seminggu. Ini dapat mengurangkan perbelanjaan anda daripada sentiasa berulang-alik ke kedai. Semua tu on cost tau! Kena ambil kira. Melainkan kita nih peniaga, memang setiap hari pergi ke pasar membeli barang basah, dapur untuk kegunaan harian.
12. Jangan membeli hanya berdasarkan jenama, terutama membeli barangan import yang dianggap “branded goods”. Belilah barangan yang berkualiti. Barangan buatan Malaysia pun kualiti boleh tahan.
13. Jangan terpengaruh dengan iklan. Biasa yang terpengaruh nih budak-budak jer. Kita selaku mak bapak kena jangan mudah terpengaruh. Kalau mak bapak pun sama, susahnya nak didik anak-anak nanti.
14. Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Ini menggalakkan anda berhutang. Bukan tak boleh, boleh bagi barang yang kita rasa urgent. Tetapi sebolehnya jangan cari penyakit. Ramai orang muflis kerana kad kredit.
15. Bagi yang memang guna kad kredit, pastikan cara anda uruskan kewangan sama seperti anda guna wang tunai. Apply semua tips di atas untuk pastikan anda tidak membeli perkara yang tidak sepatutnya. Pastikan anda tidak pernah ada outstanding balance.
Nak tips cara menggunakan kad kredit dengan bijak? Boleh refer link di bawah:
10 Cara Mommy Shahab Guna Kad Kredit Tanpa Outstanding Balance Selama 15 Tahun (sila klik)
15. Hanya berbelanja berdasarkan kemampuan anda dan kepentingannya. Itu semua kita sudah sedia maklum.
Credit: http://zikrihusaini.com
~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!
No comments:
Post a Comment