Follow Us @kamharyatie

Friday 16 March 2018

#8 CARA ORANG BIJAK URUS KEWANGAN



 

Kecoh orang bergaji RM3,000 sebulan yang tinggal di bandar Kuala Lumpur dah termasuk dalam kategori miskin bandar. Bukan tu je, malah dah dikira layak untuk terima zakat. Tapi, masih ade je yang masih boleh survive kat bandar Kuala Lumpur yang mencabar pada hari ini.


Hakikatnya, orang gaji RM10,000 sebulan pun tak boleh survive kalau berbelanja ikut nafsu. Mana pandang kereta Honda dan Toyota. Perodua jauh sekali. Mesti angkat kereta Jerman. Baru sesuai. Biar papa, asal bergaya.
Punca ramai yang kantoi sebab tak nak belajar tentang pengurusan kewangan. Berapa ramai yang jatuh muflis di awal 30an gara-gara tidak tahu menguruskan kewangan dengan bijak. Berapa ramai lagi yang dah umur 40 tahun, 50 tahun, tapi satu sen pun takde duit simpanan. Apa lagi nak melabur.

Kalau anda nak ubah semua ini, hadamkan sekarang perkongsian Tuan Suzardi Maulan. Kewangan anda confirm selamat.


#1 : Apa matlamat kewangan anda?



Kita mesti tahu apa yang kita mahukan dalam hidup. Misalnya, apa yang kita mahu capai pada usia persaraan? Apakah simpanan untuk persaraan nanti? Adakah mencukupi jika diambil kira faktor-faktor kenaikan kos sara hidup, inflasi yang berlaku saban tahun?

Benar, barangkali persaraan itu hanya berlaku lagi 10, 20, 30 tahun akan datang. Namun kena ingat. Buah durian yang dimakan hari ini pokoknya bukan ditanam semalam.

Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana, dan panjang. Mulakan dengan matlamat paling jauh. Apabila kita mempunyai satu pandangan jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya.

Sebab tu, Islam menyuruh kita berfikir mengenai mati, kerana keyakinan kita mengenai syurga neraka, kehidupan alam akhirat menyebabkan kita bersungguh-sungguh bekerja dengan penuh amanah di dunia.


#2 : Berusaha untuk jana pendapatan yang baik


Dalam surah Yusuf, ayat 47 ada menyebut tentang kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.

Ya, bukan sekadar menanam, tetapi menanam dengan bersungguh-sungguh. Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri, kita perlu benar-benar berjaya (termasuklah memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita. 

7 tahun zaman senang itu tadi adalah untuk menghadapi 7 tahun zaman susah. Jika kita tak mempunyai pendapatan yang mencukupi, maka sukar untuk mempunyai simpanan yang mencukupi kerana kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pada hari ini mempunyai satu sumber pendapatan saja adalah tak mencukupi. Paling kurang, kena ada pendapatan ke-2 iaitu dari sumber pelaburan atau sumber perniagaan.

Jemput baca bisnes apa yang saya buat untuk tambah pendapatan keluarga di sini.

Kenapa Saya Buat Bisnes Walaupun Ada Kerja Tetap? (sila klik)

 

 

#3 : Simpan dulu, baru belanja


Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut dengan jelas hasil-hasil tanaman itu tadi perlu disimpan dalam bentuk tangkai dahulu selebihnya baru makan. Itulah panduan yang terbaik, iaitu menyimpan dahulu selebihnya baru dibelanjakan.

Ini adalah satu petunjuk agar kita semua mempunyai disiplin atau habit of delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan.

Sekiranya kita membelanjakan semua pendapatan terlebih dulu dan jika ada lebih baru simpan, maka itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang.

Jadi, gunakan formula ini :  [ Gaji - Simpan = Belanja ]
Mudah, kan?

#4 : Sentiasa belajar ilmu berbelanja dengan bijaksana


Kita perlu menyusun keutamaan perbelanjaan. Bermula dengan keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Disusuli dengan kehendak-kehendak, kemudian baru kemewahan.

Dalam hal ini, penyata kewangan (financial statement) peribadi memainkan peranan penting sebagai langkah pertama untuk bermula.

Angka-angka dalam penyata kewangan adalah data terbaik, ada sama ada selama ini kita sebenarnya banyak berbelanja untuk harta (asset) atau pun beban (liability).

Dari Penyata kewangan juga, kita dapat menentukan sama ada kita patut menumpukan membaiki aliran tunai, menyelesaikan hutang atau dapat terus memulakan pelaburan secara serius.

 
Ini antara contoh monthly financial budget saya yang saya buat dalam format EXCEL. Bila ada breakdown macam ni, mudah untuk saya manage kewangan saya setiap bulan. Item dan angka boleh berubah mengikut keperluan. Template macam ni anda boleh download je di internet.

Refer link di bawah untuk panduan dan tips berbelanja dengan bijak.

TIPS BIJAK BELANJA (sila klik)



#5 : Orang bijak akan belajar cara urus risiko



Risiko kewangan adalah sesuatu yang tak dapat dihapuskan sepenuhnya. Apa yang kita boleh buat adalah menguruskan risiko tersebut dengan efektif. 

Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah menguruskan risiko kewangan adalah dengan mengambil produk-produk Takaful (insurans patuh Shariah).

Dan untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu adalah sangat penting.

Ini sebab produk Takaful tak mampu menguruskan semua risiko kewangan kita. Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita daripada inflasi, kejatuhan ekonomi, atau kemerosotan bisnes?

 

#6 : Kewajipan bayar zakat dan cukai




Zakat dan sedekah merupakan proses 3 + 1. Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus.

Harta-harta yang kita beri ini sama sekali tak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah saja yang tahu. Zakat hanya untuk harta halal, manakala harta dari sumber haram kita perlu bersihkan 100%.

Manakala cukai pula, ia adalah kewajipan seorang rakyat kepada sesebuah negara. Dari duit cukai yang kita bayar, maka ia membolehkan kerajaan memberikan kita pelbagai infrastruktur asas jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lainnya. 

Dengan membayar zakat juga kita boleh mengurangkan kadar pembayaran cukai.


#7 : Cari ilmu susun strategi pelaburan


Simpanan yang kita telah buat itu antaranya adalah untuk dijadikan modal pelaburan. Tujuan pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian, dan apa-apa saja matlamat kewangan kita.

Kita perlu tahu menyusun strategi pelaburan dengan bijak. Ini kerana ramai orang yang melabur, tapi berapa ramai yang telah melabur dengan bijak?

Contoh rekod pelaburan. Anda boleh juga buat template macam ni. So, senang nak monitor berapa banyak dan di mana tempat anda dah melabur.

#8 : Jangan abai bab pembahagian harta


Setelah kita berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan exit strategy. Ini kerana kita semua pasti akan mati.

Pastikan harta-harta kita dah ada penama dan jika perlu, boleh gunakan wasiat, hibah, wakaf, pengsiytiharan harta sepencarian, dan pemegang amanah (trustee). Itu semua dibuat berdasarkan apa kemahuan kita sendiri.

Jika harta-harta ini tak diuruskan dengan baik, sekiranya waris-waris tuan pandai menguruskannya dan dapat berpakat maka senang hidup kita dalam kubur. Jika sudah berebut harta, hukum faraid pun dilanggar saja.

Pembahagian harta semasa hidup juga penting sekiranya kita mempunyai anak angkat, kes anak luar nikah, anak susuan, berkahwin lebih dari seorang, dan tak mempunyai anak lelaki. 

Jangan sampai harta beku dan orang yang kita sayang menjadi miskin sebab kelalaian kita dalam urusan ini. Ibu bapa kaya, tapi anak-anak merempat.
 Alhamdulillah saya dan suami dah pun buat wasiat dan hibah. Kami suami isteri masing-masing buat berasingan. Mudah-mudahan dapat memudahkan urusan dan memberi manfaat kepada mereka yang akan kita tinggalkan nanti.

Kesimpulan

Ilmu pengurusan kewangan memang tak diajar di sekolah. Tapi ini bukan alasan untuk tak ambil kisah pasal perkara penting ini. Dah jadi tanggungjawab masing-masing untuk ambil tahu dan belajar. Kewangan kita, tanggungjawab kita. Kalau tak, kewangan kita akan ke laut.

Kalau parents kita dulu tak ajar cara pengurusan kewangan secara  bijak, biar kita sendiri yang usaha mencari ilmu dan praktikkan. Bukan sahaja untuk diri kita, tetapi untuk anak-anak kita juga.

p/s Jika anda rasa sharing ini bermanfaat, sila share. Semoga ia menjadi pencen kubur kita semua satu hari nanti.


~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 


No comments:

Post a Comment