Follow Us @kamharyatie

Friday 22 March 2019

Rutin Harian Mommy Shahab as a Full time Geospatialist, Part Time Business Woman




Saya doakan anda yang membaca blog Mommy Shahab, sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Entry kali ni, struggle juga untuk saya siapkan. Tapi sebab ramai sangat yang PM minta saya tolong share, saya usahakan jua. Sorry kalau ada yang terkurang.

Ramai yang tahu, saya masih lagi bekerja, dan saya buat bisnes Shaklee secara part time. Bila buat bisnes part time ni, hidup tersangatlah huru-hara. Terasa macam tak cukup je 24 jam tu. Itu yang ramai dok tanya saya.....

Rutin akak macam mana? 
Bila akak update blog? 
Dari pukul berapa sampai pukul berapa?
Tidur pukul berapa?
Bangun pukul berapa?
Macam mana handle customer time kerja?
Anak-anak macam mana?
Waktu bila hantar barang?

And the questions list goes on........

Sebelum saya share rutin harian saya, better saya saya share dulu, kenapa saya ni beria-ia sangat pulun buat bisnes Shaklee ni. Setiap yang kita buat tu mesti ada sebab. 

Bukan semata-mata sebab duit aje, tapi ada lagi beberapa faktor lain yang menyebabkan saya masih terus teguh dengan bisnes Shaklee, dan bukan bisnes lain. Jemput baca di sini:

Kenapa Saya Buat Bisnes Walaupun Ada Kerja Tetap? (sila klik)



Ok, so now, saya share rutin harian saya dari awal pagi sampai ke tengah malam. Mana yang baik, boleh lah jadikan sebagai panduan. Mana yang kurang tu, jadikan sempadan.

 

5.30 pagi - 6.30 pagi

Solat Tahajud, Solat Sunat Fajar, Solat Subuh. Solat tahajud tu, kalau saya tersedar awal jam 3 pagi tu, saya bangunlah. Lepas tu tidur balik, saya akan bangun balik jam 6 pagi untuk Solat Sunat Fajar dan Solat Subuh. Tapi solat tahajud tu saya tak buat hari-hari. Seminggu sekali or 2 minggu sekali.

Tapi kalau tak tersedar jam 3 pagi, saya cuba kejar jam 5.30 tu, sebelum azan Subuh berkumandang. Timing ni kadang-kadang terlajak juga. Nak-nak kalau time penat sangat. Ataupun kadang-kadang, alarm berbunyi, tapi bunyi alarm masuk dalam mimpi, jadi cerita lain. Tu yang terlajak tu. Hahaha....
Mentor saya selalu pesan. Kalau nak berjaya, nak capai apa yang kita kehendaki, amalan-amalan rohani kita WAJIB jaga. Benda ni something yang miracle. Sejak saya buat bisnes ni lah saya mula amalkan. Susah nak cakap macam mana, tapi korang kene buat dan alami sendiri.
Kami join Shaklee je, kami dah diberi Master Checklist yang kami kena amalkan kalau betul-betul nak berjaya. Usaha kene buat, tapi tahap kebergantungan pada Allah tu kene lebih lagi.

Kemudian, solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh. Dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.


6.30 pagi - 7.30 pagi

Siapkan anak-anak ke sekolah dan siapkan diri sendiri untuk ke office. Bab urus anak ni, saya banyak belajar dari ibu-ibu hebat di luar sana. Saya share tips dari sahabat saya, Ida Fadliza merangkap x-roomate masa kami sama-sama belajar di UPM dulu. 

Beliau lagi hebat tau, anak 5 orang, semua nya hero, dan takde maid pulak tu. Juga masih bekerja sebagai pensyarah, dan juga buat bisnes Shaklee secara part time. Korang boleh refer blog beliau di sini.

Tips Urus Anak Di Awal Pagi (sila klik)

Biasanya, husband akan hantar Dzikrie dan Raees ke sekolah. Sebab sekolah diorang dekat dengan rumah. Saya pula akan hantar Qhalish ke sekolah. Jauh sekolah Qhalish dari rumah, lebih kurang 10km. So, biasanya lepas hantar Qhalish, saya terus ke office.

Tapi kalau time husband outstation, memang saya lah yang kalut hantar semua ke sekolah. Syukur saya ada bibik yang banyak membantu. Dzikrie mudah bangun pagi. Yang susah nak kejut si Raees dan Qhalish.

Cabaran terbesar saya waktu hantar anak ke sekolah, bila Qhalish, tak mau p sekolah. Dah sampai depan sekolah, pernah dia berlari ke seberang jalan. Pernah juga sampai cikgu pujuk pun tak jalan, last-last terpaksa hantar balik rumah balik. Pernah juga Qhalish panjat dan naik atas kereta.

So, waktu ni memang huru-hara lah. Jangan harap lah saya nak tengok handphone. Apa lagi nak cek mesej. Memang tak la. Dalam perjalanan hantar anak ke sekolah, boleh lah baca zikir-zikir ni sekejap.
Jam 8.00 pagi alarm phone akan berbunyi untuk baca Al-Fatihah. Sedekahkan Al-Fatihah untuk family, mak, abah, husband, setiap anak-anak, dan atuk nenek yang telah meninggal dunia. Dah habih baca zikir dan sedekah Al-Fatihah tu, boleh bukak lagu. Untuk makluman, saya suka menyanyi dalam kereta. Oppssss!

 

7.30 pagi - 8.30 pagi

Setel hantar anak-anak semua ke sekolah, saya terus masuk office Shaklee. Masuk office ni boleh jadi masa tu saya masih dalam kereta on the way ke office. Nama pun online business kan, so office Shaklee ku di mana-mana. Apa saya buat masa ni? 

  • Call mentor, upline or anak-anak bisnes
  • Broadcast info to Myracles Empire (Info produk, info nutrisi, info promosi, kelas)
  • Update Blog
  • Update FB & INSTA
  • Solat Dhuha 

Kadang-kadang, ada juga urusan lain. Contoh hantar husband ke airport. Husband saya selalu outstation. Aktiviti bisnes saya akan buat dalam waktu tu. Orang kata selit-selit masa. Memang selagi ada masa, saya akan buat apa yang patut. Saya jenis yang tak boleh tengok masa tu terbiar tanpa buat apa-apa.

Order barang sebelum mulakan kerja hakiki.


Bukan tu je, customer nak kene jaga juga. Kalau waktu cuti sekolah, pagi tu ada banyak sket masa untuk saya. So, biasanya time cuti sekolah, saya COD barang awal pagi sebelum masuk office.

Kalau saya sempat setel urusan bisnes sebelum 8.30 pagi, saya akan terus solat dhuha dulu. Tapi kalau tengok jam dah 8.30 pagi, saya buat kerja dulu, nanti jam 10 pagi, baru saya ambil masa sekejap solat dhuha. Salah satu cara jemput rezeki.

Banyak perkara miracle berlaku kalau kita jaga amalan-amalan menjemput rezeki ni.

Biasanya sebelum keluar rumah saya akan minum segelas air suam dan sesudu Vivix. Tapi, ada masa kalau time terlambat bangun, atau anak-anak buat drama pagi-pagi, tak sempat juga nak minum.

Apa saya buat? Saya letak sebotol Vivix kat office. Vitamin lain pun sama. Mesti ada stok kat office in case tak sempat makan di rumah. So, takde alasan eh tak makan vitamin.

   
Dari pagi sibuk ke sana sini, tak breakfast ke?

Eh! Mana boleh tak breakfast. Mesti lah breakfast. Kalau tak, mana nak datang energy. Sibuk-sibuk pun, kesihatan WAJIB jaga. Saya jarang ambil heavy breakfast. Biasanya saya ambil ESP atau CINCH SHAKE aje. 



8.30 pagi - 12.30 tengah hari

Waktu ni adalah waktu kerja. Rutin saya di office sebenarnya sibuk. Saya akan fokus pada tugas saya. Dan setiap hari, saya akan buat TO DO LIST, apa yang saya perlu saya buat dan achieve pada hari tersebut. Bila kita fokus, kita tak sempat pun nak tengok handphone.

 


Kalau tengok pun, saya hanya akan reply whatsapp yang melibatkan kerja. Bab bisnes, biasanya saya hold dulu. Saya nak keberkatan dalam gaji yang saya dapat tu. Dan saya juga nak keberkatan dalam bisnes. So, pandai-pandailah adjust.

Sebab tu saya pulun update blog. Kalau ada customer nak info urgent, saya ada template jawapan, paste ke customer, dan saya bagi link blog aje. Saya akan respon semula time lunch hour nanti. Sementara tu, customer boleh baca blog dulu, takde la kita biar dia tertunggu-tunggu kan.

Actually, saya ni selalu kerja luar. Meeting sana sini, p site visit, p site office. So biasanya kalau ada meeting kat luar, saya akan pastikan saya sampai awal.

So bila sampai awal, sementara tunggu team projek sampai, daripada takde buat apa-apa atau scroll fb or insta orang lain, saya akan gunakan masa yang ada tu untuk update blog, reply mesej-mesej customer dan order barang kat shaklee2u.
 

Kalau ikut mentor soh update blog tiap-tiap hari. So tiap-tiap hari memang saya update blog, cuma nya satu entry tu amek masa seminggu ke 2 minggu la nak siapnya. Memang saya tak le nak compare masa saya dengan masa orang lain yang buat full time business kan. 

At least, saya berusaha juga buat apa yang mentor suruh. Saya tak suka nak bagi alasan. Tapi, saya sesuaikan dengan waktu dan rutin saya setiap hari. Kita je yang tahu kemampuan kita tahap mana. Sebab condition kita tak sama dengan orang lain.



12.30 tengahari - 2.30 petang (Musim Persekolahan)

Okeh. Ini timing saya akan F1. Saya bersyukur sebab saya dapat special arrangement dari CEO untuk uruskan persekolahan anak-anak pada waktu bekerja. Semua sebab Qhalish. Takde van sekolah yang nak terima anak autism. So, nak tak nak, saya sendiri yang kene p jemput balik sekolah.

Rezekinya di sini, dengan masa yang ada, saya dapat uruskan persekolahan anak-anak yang lain within office hour. Lepas jemput Qhalish, saya rushing 10km untuk jemput Dzikrie dan Raees pula.

Masa ni terkejar-kejar masa nak ambil anak balik sekolah. Sebab tak nak biar Qhalish tunggu lama di sekolah, saya jemput dia dulu, dan bawa ke office.

Biasanya, saya akan ambil sekali anak-anak buah sebab diorang ni satu sekolah. Then hantar diorang balik rumah. Nanti, masa nak hantar p sekolah agama, saya jemput diorang kat rumah kakak, then hantar sekali.
Walaupun masa saya tengah pregnant dulu pun, macam tu la jugak rutin hariannya. Takde beza pon.

Si bongsu Feeras pulak, sekarang dah pandai nak ikut p sekolah. Setiap kali nak hantar abang p sekolah, mesti bawak dia sekali. So makin F1 lah mami. Kejar masa, sambil layan budak tecit ni.

Kadang-kadang, bila saya rasa sangat-sangat perlu untuk saya touch business leaders saya, saya akan set appointment pada hari Jumaat. Sebab apa. Sebab hari jumaat kan masa rehat 2 jam.

So, lepas amek Qhalish balik dari sekolah, saya terus hantar ke rumah. Then saya p jumpa lah leaders untuk coaching. Sambil lunch sambil coaching. 

Hari Jumaat tak jemput anak yang lain sebab diorang saya transitkan ke rumah kakak. Rumah kakak dekat dengan masjid. So, senang diorang boleh pergi solat jumaat. Sekolah agama pun tumpang kakak saya sekali harung hantar dengan anak dia sekali.


Tapi, kalau time saya ada kerja luar, begini pula situasinya...



12.30 tengahari - 2.30 petang (Musim Cuti Sekolah)

Kalau time cuti sekolah, saya tenang sikit lah time lunch hour tu. So biasanya, saya akan uruskan hal-hal bisnes juga.


 


Bila masa pulak saya lunch? Haaaaa.....makan perkara kedua. Tak perlu lah makan beria sangat pun. Janji alas perut daripada tak makan apa-apa. Lagipun, bila dah penat, perut pun tak berapa lapar sangat. So makan ringan je pun ok.


Sebab tu lah saya kene makan vitamin. Untuk topup nutrition gap yang saya alami kerana makan tak ikut diet yang betul sebab busy sangat.  Tengok tu, lunch roti dengan susu aje. Sayur entah ke mana.


Ini suplemen yang saya ambil waktu siang. Kalau pagi minum susu, saya makan semua ni tenghari. Kalau tengahri minum susu, saya ambil semua ni waktu pagi yang saya tak ambil susu. 

Kalau makan suplemen, kene jarak 2 jam tau dari susu, kopi atau ubat hospital. Sebab 3 benda tu akan mengganggu proses penyerapan. So kita makan suplemen pun takde kesan nanti. Kalau nak ada kesan, ikut nasihat saya tu tau!


 

2.30 petang - 5.30 petang (Kerja Hakiki)

Selesai hantar anak-anak ke sekolah agama, rushing masuk office semula. Macam saya cerita tadi, saya letak tepi dulu hal-hal bisnes, dan fokus pada tugas hakiki saya. List of things to do dah ada, so memang boleh fokus pada kerja.


Sebab itu, bos saya tak kisah saya buat bisnes. Sebab diorang tau, saya akan deliver apa yang saya perlu deliver. Kerja pun amanah bagi saya. My career is my passion. Sebab tu saya akan buat sehabis baik untuk tugas hakiki saya.


Saya juga ada tanggungjawab pada agama dan negara. Saya pernah ada niat untuk berhenti kerja satu ketika dulu kerana fikirkan anak-anak dan nak fokus pada bisnes Shaklee full time. Tapi atas nasihat seorang hamba Allah, saya teruskan bekerja menyumbang ilmu dan kemahiran yang ada.


Bidang saya ni, tak ramai yang sanggup untuk teruskan. Selepas 17 tahun, boleh kata tinggal saya seorang je yang masih kekal. Syarikat saya bekerja sangat komited untuk melahirkan lebih ramai kepakaran Islam.


Pengalaman projek yang lepas yang bergantung kepada kepakaran orang asing untuk menjaga keselamatan negara kita, dan akhirnya kita umpama lembu dicucuk hidung, akhirnya saya decide untuk terus menyumbang tenaga dan kepakaran yang Allah pinjamkan ni untuk manfaat ramai orang. Especially untuk agama Islam dan negara Malaysia.


Ini fardhu kifayah ke atas saya untuk menguasai ilmu dan membebaskan pergantungan umat Islam kepada kuasa luar. Memandangkan ramai yang tak sanggup teruskan, saya rasa berdosa kalau saya sendiri tarik diri. Selagi kita tidak berdikari, selama itu lah negara Islam kita terpaksa mengikut telunjuk bangsa lain.

Pengalaman sangkut dalam banjir di salah satu kem tentera. Ni pun waktu-waktu nak closing. Bayangkan cemane saya punya havoc hari tu.

Alhamdulillah, kerana niat itu, Allah banyak permudahkan urusan. Walaupun saya buat bisnes part time, tapi saya masih perform di tempat kerja. Bisnes pun masih jalan juga seperti biasa. Kalau kita jaga amanah yang Allah bagi, Allah pun akan jaga benda-benda lain untuk kita.

Dari segi bab menguruskan anak pun, kita serah pada Allah untuk tolong. Sebab saya tahu, ramai ibu yang terpaksa berhenti kerja sebab risau tak dapat nak fokus jaga anak. Dalam kes saya ni, seriously memang saya sangat-sangat dilema.

Saya hanya mampu berdoa pada Allah supaya hilangkan rasa dilema ni, dengan usaha saya untuk menyumbang ilmu yang ada ni, Allah bantu saya permudahkan segala urusan keluarga dan anak-anak saya. Sebab kita ni manusia, tak mampu nak buat semua benda. Kita buat kerja manusia, biar Allah buat kerja Dia. That's it.

Rezeki itu bukan hanya duit. Rezeki itu pelbagai bentuk.

5.30 petang - 7.00 malam

Ok. Habis je waktu kerja, tepat jam 5.45 petang, saya akan tutup semua kerja hakiki. Zasssss! Terus rushing ke branch beli barang yang customer order. Dulu masa branch dekat dengan office, memang selalu gini lah gayanya.



Tapi, sejak branch Shaklee dah pindah ke Velocity Tower, memang susah lah saya nak ke sana selalu. Tak sempat pun nak g kalau weekdays. So saya akan buat stok, beli secara online je. So, bila ada orang order, saya boleh COD terus.


7.00 malam - 10.00 malam

Ni time fokus pada family. Masak, dinner, cek homework anak-anak, main dengan anak-anak. Handphone pun letak tepi dulu. Anak pun tau bising tau bila mak dia asik tengok handphone layan customer. So, kita letak tepi dulu.

Haa nih laa suplemen wajib saya lepas dinner. Disebabkan saya ni kuat makan, so Omega Guard nih laa penyelamat untuk make sure lelemak berlebihan dibakar dan badan maintain slim 😘



Ini suasana kalau hari closing. Kalau hari closing tu adalah hari bekerja, biasanya akan jadi sangat-sangat sibuk. So mintak tolong mak, husband dan bibik untuk urus kan hal family.

Anak-anak ni selalunya kalau mak dia tak tidur sekali, memang tak tidur. So, diorang akan tidur kat sebelah saya time closing. Especially yang kecik. Yang abang-abang dah faham, boleh tidur sendiri dah.
Kalau bulan puasa, biasanya kan balik awal kan. So ble juga selit-selit masa sementara tunggu waktu berbuka tu. Sekali share ilmu nutrisi terus ke FB.


10.00 malam - 11.00 malam

Ini waktu tidurkan anak-anak. Tapi, sebelum tu, suplemen wajib amek dulu. Saya amek apa sebelum tidur? Of coz lah OSTEMATRIX! Wo, kalau takde ni memang masak la.Kalsium dan magnesium ni akan membantu melegakan otot dan saraf kita.
Badan kita penat tau satu hari lenjan. Bila makan Oste ni, hilang semua lenguh-lenguh badan, sakit pinggang semua gone! Bangun pagi esok, badan kita akan rasa fresh, dan energectic! Yang paling best, membuang lancaaarrrrr!!!!!

This is my skincare regim. Dulu saya jarang cuci muka. Even takde skin care pun. Pakai pun culas-culas. Tapi sejak ada Youth Shaklee ni, aduhai, kalau tak pakai sehari tu rasa mcam rugi nya. Sebab Youth ni akan membantu meremajakan kulit muka tau! Sape tak mau awet muda kan.

Waktu saya pakai skin care ni pun huru-hara dengan anak-anak kaco. Sibuk tau diorang ni bila mak dia nak melawa. Tak kasi can. Si Raees la suka nau tekan yang ACE Radiance tu. Siap boleh tanya lagi, mcm mana nak putihkan kulit macam kulit mami. Hahahah....adui.....

Setel aktiviti "memanjakan diri", then barulah tidurkan anak-anak. Hakikatnya inilah waktu paling havoc sekali. Sebab time ni lah anak-anak sibuk nak bergurau, main lampu, kuar masuk bilik, menyakat sesama sendiri. 

Kadang-kadang maknya pun boleh jadi tarzan bila kita dah penat, tapi anak-anak masih aktif. Bateri sentiasa on aje! Anak semua lelaki lah katakan.


11.00 malam - 1.00 pagi

Lepas anak-anak dah tidur, saya akan bangun semula untuk cek dan reply mesej customer, anak bisnes Shaklee, update blog. Atau apa-apa yang sepatutnya dibuat pada waktu ini. Ada masa, kalau tak larat sangat, saya sambung tidur sampai pagi.
Saya ni bukan robot. Even robot pun tau penat. Ni kan pulak manusia kan. Nampak macam ok je kan. Tapi hakikat sebenar, PENAT! It's not going to be easy, it's going to be worth it.


1.00 pagi - 5.30 pagi

 Tidur. Zzzzzzzzz. Begitulah seterusnya rutin harian saya.


Weekend

Kalau hari Sabtu dan Ahad, toksah cerita lah dia punya bz nya macam mana. Kalau takde apa-apa event on weekend, memang saya fokus pada anak-anak aje. Sebab anak-anak pun sibuk juga dengan aktiviti swimming, tuisyen, terapi, macam-macam lagi lah.

Tapi, sebelum tu, mesti kena bangun awal. Sebelum anak-anak bangun, kita bangun dulu untuk setelkan hal-hal bisnes.

Kerja rumah macam mana? Basuh baju, lipat baju. memang saya takkan buat. Yang tu semua bibik saya buat. Memang saya takkan buat sebab pada saya, kerja-kerja tu takde value pun bagi saya. Cuma ada masa, saya akan join untuk ajar anak-anak belajar lipat baju.

Tapi, bab kemas rumah saya buat sikit-sikit. Sebab saya suka mengemas. Kalau time bibik sibuk weekend basuh toilet ke apa ke, saya akan sama-sama lah kemas rumah. Sambil kemas tu pun saya suka ajak anak-anak sama kemas. Vakum lantai, sapu sampah, buang sampah, kemas toys yang bersepah-sepah tu.

Begitulah life saya. Amacam? Rasa-rasa sanggup tak nak hadap hidup macam ni? Banyak benda terpaksa dikorbankan tau. Tengok TV takde dalam rutin harian saya. Tapi untuk tidak dicop tak tahu berita semasa, TV saya letak kat dapur, dan kasi on je.

So, sambil buat keje kat dapur, walaupun mata tak tengok tv, tapi telinga boleh aje dengar kan. Orang dah biasa buat multitask, gitulah. Bukan senang nak hidup senang. If we want something, there is something else that we need to sacrifice.

Tapi hasilnya, alhamdulillah. Memang lumayan. Berniaga part time, gaji dapat, untung bisnes pun dapat. Bonus Shaklee masuk tengah bulan. Gaji masuk hujung bulan. Tapi pada yang masih bekerja tu, ada tips tau kalau nak buat bisnes part time ni. Jemput baca tips kat link di bawah.

Nak Bisnes Sambil Bekerja? Pastikan Anda Follow 7 Tips Ini (sila klik)




Tips untuk dapat masa lebih dari 24 jam sehari

Satu perkara yang saya dapat nasihat dari seorang hamba Allah juga bila saya cerita sibuknya life saya setiap hari. Beliau tanya saya 1 soalan je. Solat selalu awal waktu tak? Masa tu, saya macam....erm.....kadang-kadang dah hujung-hujung.

So, beliau nasihat, supaya saya sentiasa SOLAT pada AWAL WAKTU. Bila kita jaga masa untuk Allah, Allah akan jaga masa untuk kita. Dan memang betul, bila saya mula amalkan solat di awal waktu, saya rasa masa itu panjang. Dan banyak perkara yang saya boleh buat dalam satu masa.

Susah saya nak cakap macam mana, sebab bende-benda kerohanian ni semuanya miracle. Amazing things yang saya rasa mustahil terjadi, but it's happened. Perkara yang di luar jangkauan akal seorang manusia. NOTHING IMPOSSIBLE.

Macam tu jugak dengan rezeki. Kita tak tahu dari mana arah kalau Allah nak bagi rezeki pada kita. Tau-tau, ade je orang PM nak order barang. Tau-tau, eh UV kita makin grow. Saya share antara tips murah rezeki. Thanks for reading!

Tips Serta Amalan Agar Dikurniakan Rezeki Yang Murah Lagi Di Berkati (sila klik)


"Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila tekan butang share. Semoga ia dapat membantu sahabat-sahabat lain yang perlukan panduan pengurusan masa untuk menguruskan bisnes sambil bekerja."

 Thanks for reading!!!
 

  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 


No comments:

Post a Comment