Assalamualaikum,
Saya doakan semua pembaca blog mommyshahab sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Alhamdulillah, dah masuk part ketiga kisah anak istimewa saya Syed Qhalish Shahab. Kepada anda yang masih belum membaca part 1 dan part 2, boleh baca di link berikut.
QHALISH YANG TERISTIMEWA PART 1
QHALISH YANG TERISTIMEWA PART 2
Sebelum saya cerita lebih lanjut tentang kad OKU saya nak share video Qhalish semasa sesi OT yang dijalankan di Hospital Gleneagles. Saya ambil video ni curi-curi dari luar. Masa mula-mula start OT dulu, saya sekali kena masuk dalam sebab Qhalish akan tantrum. Tapi lama-lama bila dah biasa, dia dah OK. Dia sendiri yang belari masuk dalam bilik OT.
Ada banyak aktiviti OT yang kita boleh buat sendiri di rumah. Salah satu sebab saya ambil video ni supaya saya boleh sambung buat di rumah. Barang-barang atau toys untuk OT saya selalu beli di DIY. Ada banyak pilihan yang kita boleh beli dengan harga yang tersangat murah. OK. Jom kita sambung kisah tentang kad OKU.
Perlu ke daftar OKU?
Antara kemudahan-kemudahan yang ditawarkan kepada pemegang kad OKU. Antaranya:
Cara Mendaftar Kad OKU
Mula-mula sebelum mendaftar Qhalish, saya bertanya di dalam group Autisme Malaysia tentang cara bagaimana untuk mendaftar. Saya mendapat maklumat dari beberapa ibu bapa yang terpaksa berulang alik ke JKM kerana dokumen yang tidak lengkap.
Memandangkan saya memang tak suka buat kerja 2-3 kali dan lifestyle saya yang agak sibuk dan produktif membuatkan saya mengumpul maklumat terlebih dahulu supaya urusan ini hanya akan dilakukan sekali sahaja. Sebenarnya, untuk mendaftar kad OKU adalah sangat mudah.
Dokumen dan item yang diperlukan untuk mendaftar:
Persediaan Sebelum Mendaftar
Saya ingin berkongsi dengan anda persediaan yang saya lakukan sebelum mendaftar ke JKM.
1. Daftar secara online di Sistem Pengurusan Maklumat OKU di sini http://spmoku.jkm.gov.my/smoku/.
2. Print borang permohonan tersebut.
3. Sertakan surat rujukan/referral letter dari tempat di mana anak anda didiagnose, dan bawa ke klinik kerajaan untuk mendapat pengesahan doktor perubatan. (Klinik swasta saya tak pasti sebab rata-rata yang saya tanya akan jawab klinik kerajaan, so jangan buang masa, saya pergi terus ke klinik kerajaan)
3. Ambil gambar passport. Mula-mula macam risau jugak, boleh ke si Qhalish ni duduk diam. Siap dok fikir kedai gambar mana yang pro bole ambil gambar special kids. Jenuh la pulak. At last kami redah aje ke kedai berhampiran rumah.
4. Cari lokasi JKM berhampiran tempat kediaman. Dah jadi kebiasaan untuk saya google dahulu lokasi yang hendak dituju. Untuk memudahkan carian, saya search Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) di website JKM di sini (sila klik). JKMN yang paling hampir dengan rumah saya adalah di Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang.
Semasa proses mendaftar, tak perlu bawa anak. Cuma pastikan dokumen yang diperlukan lengkap. Proses sama je seperti biasa di kaunter-kaunter perkhidmatan. Ambil nombor dan tunggu giliran. Masa saya pergi tu tak ramai orang yang mendaftar. So sekejap sangat. Tak sampai setengah jam dah setel.
Kad OKU siap dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran. Selepas 2 minggu, boleh call semula pejabat JKM untuk mendapat kepastian yang kad telah siap. Kad OKU mestilah diambil di tempat yang sama kita mendaftar.
Sebelum dapat kad ni, saya takde la terasa apa sangat. Tapi bila saya keseorangan, bila saya tatap kad ni, ada satu perasaan yang saya tak dapat nak ungkapkan. Anak yang dilahirkan dan membesar dengan sempurna, tiba-tiba disahkan sebagai OKU. Hanya Allah je yang faham perasaan ini.
UJIAN BUAT SEMUA
Sesungguhnya, sebagai seorang ibu, apa pun keadaan anak-anak saya, saya perlu ucapkan syukur di atas kurniaan ini. Sungguh saya bersyukur. Kurniaan Qhalish untuk saya adalah kerana Allah sedang membentuk diri saya untuk menjadikan saya seorang yang lebih baik dari sebelum ini. Saya yakin, saya mampu untuk menghadapi ujian ini.
Raees
lah yang beria-ia kelam kabut panggil kami semua, dan beritahu abang
Qhalish keluar. Apa saja yang Qhalish buat, Raees akan report. Saya
selalu pesan pada Dzikrie dan Raees, agar selalu jaga Qhalish. Saya
mengharapkan apabila Dzikrie dan Raees besar nanti, mereka mampu
menjadi seorang abang dan seorang adik yang baik, yang mampu membantu
kami dalam menjaga Qhalish, sehingga ke akhir hayat.
Saya doakan semua pembaca blog mommyshahab sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Alhamdulillah, dah masuk part ketiga kisah anak istimewa saya Syed Qhalish Shahab. Kepada anda yang masih belum membaca part 1 dan part 2, boleh baca di link berikut.
QHALISH YANG TERISTIMEWA PART 1
QHALISH YANG TERISTIMEWA PART 2
Sebelum saya cerita lebih lanjut tentang kad OKU saya nak share video Qhalish semasa sesi OT yang dijalankan di Hospital Gleneagles. Saya ambil video ni curi-curi dari luar. Masa mula-mula start OT dulu, saya sekali kena masuk dalam sebab Qhalish akan tantrum. Tapi lama-lama bila dah biasa, dia dah OK. Dia sendiri yang belari masuk dalam bilik OT.
Ada banyak aktiviti OT yang kita boleh buat sendiri di rumah. Salah satu sebab saya ambil video ni supaya saya boleh sambung buat di rumah. Barang-barang atau toys untuk OT saya selalu beli di DIY. Ada banyak pilihan yang kita boleh beli dengan harga yang tersangat murah. OK. Jom kita sambung kisah tentang kad OKU.
Perlu ke daftar OKU?
Sebenarnya
saya tak pernah terfikir dan tak pernah terlintas di hati yang Qhalish
akan dikategorikan sebagai OKU. Saya ingat lagi, dulu-dulu, golongan OKU
ni ada kalanya menjadi bahan gurauan dan sindiran di kalangan
masyarakat yang kurang sensitif terhadap golongan yang kurang bernasib
baik.
Pada pendapat saya, terminologi OKU yang betul adalah Orang Kelainan Upaya.
Bukan kurang upaya. Mereka ini harus dilihat dalam cara yang betul kerana yang
berbeza bukanlah dari segi fizikal tetapi keupayaannya disebabkan oleh
sesuatu sebab semulajadi atau kejadian yang tidak diingini.
Mereka wajar dinilai kebolehannya berasaskan kelainan keupayaannya berbeza dengan mereka yang dianggap sempurna. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada kelebihan yang golongan istimewa miliki yang tidak terdapat pada orang-orang yang dianggap sempurna.
Saya difahamkan, tanpa kad OKU, sekolah-sekolah kerajaan di negara kita tidak menerima penempatan murid-murid istimewa. Demi masa depan anak-anak istimewa kita, daftarlah mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai pemegang kad OKU. Ramai para guru yang berpengalaman yang mampu mengendalikan pembelajaran anak-anak istimewa di sekolah aliran pendidikan khas.
Kelebihan dan Keistimewaan pemegang kad OKU
Mereka wajar dinilai kebolehannya berasaskan kelainan keupayaannya berbeza dengan mereka yang dianggap sempurna. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada kelebihan yang golongan istimewa miliki yang tidak terdapat pada orang-orang yang dianggap sempurna.
Saya difahamkan, tanpa kad OKU, sekolah-sekolah kerajaan di negara kita tidak menerima penempatan murid-murid istimewa. Demi masa depan anak-anak istimewa kita, daftarlah mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai pemegang kad OKU. Ramai para guru yang berpengalaman yang mampu mengendalikan pembelajaran anak-anak istimewa di sekolah aliran pendidikan khas.
Kelebihan dan Keistimewaan pemegang kad OKU
Antara kemudahan-kemudahan yang ditawarkan kepada pemegang kad OKU. Antaranya:
- Elaun RM150 sebulan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah
- Kemudahan pelepasan cukai RM5000 kepada ibubapa yang mempunyai anak OKU
- Saluran khas bagi penempatan pelajar OKU ke IPTA tanpa perlu bersaing dengan kategori biasa
- Pengecualian bayaran rawatan perubatan di hospital kerajaan
- Pengecualian bayaran membuat MyKad juga passport antarabangsa.
Cara Mendaftar Kad OKU
Mula-mula sebelum mendaftar Qhalish, saya bertanya di dalam group Autisme Malaysia tentang cara bagaimana untuk mendaftar. Saya mendapat maklumat dari beberapa ibu bapa yang terpaksa berulang alik ke JKM kerana dokumen yang tidak lengkap.
Memandangkan saya memang tak suka buat kerja 2-3 kali dan lifestyle saya yang agak sibuk dan produktif membuatkan saya mengumpul maklumat terlebih dahulu supaya urusan ini hanya akan dilakukan sekali sahaja. Sebenarnya, untuk mendaftar kad OKU adalah sangat mudah.
Dokumen dan item yang diperlukan untuk mendaftar:
- Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (pastikan diiisi dengan lengkap)
- Surat Rujukan dan pengesahan doktor perubatan kerajaan/swasta yang diiktiraf
- 2 salinan surat beranak/kad pengenalan si anak
- 2 keping gambar passport si anak
Persediaan Sebelum Mendaftar
Saya ingin berkongsi dengan anda persediaan yang saya lakukan sebelum mendaftar ke JKM.
1. Daftar secara online di Sistem Pengurusan Maklumat OKU di sini http://spmoku.jkm.gov.my/smoku/.
Sila klik gambar untuk daftar secara online. |
2. Print borang permohonan tersebut.
3. Sertakan surat rujukan/referral letter dari tempat di mana anak anda didiagnose, dan bawa ke klinik kerajaan untuk mendapat pengesahan doktor perubatan. (Klinik swasta saya tak pasti sebab rata-rata yang saya tanya akan jawab klinik kerajaan, so jangan buang masa, saya pergi terus ke klinik kerajaan)
Referral Letter dari NASOM. Saya bawa surat ini bersama-sama borang permohonan yang telah dicetak sebagai rujukan doktor perubatan yang akan mengisi borang tersebut. |
Setelah doktor perubatan mengisi borang permohonan tersebut, mereka akan keluarkan satu surat rujukan untuk dibawa ketika pendaftaran di JKM. |
3. Ambil gambar passport. Mula-mula macam risau jugak, boleh ke si Qhalish ni duduk diam. Siap dok fikir kedai gambar mana yang pro bole ambil gambar special kids. Jenuh la pulak. At last kami redah aje ke kedai berhampiran rumah.
Macam-macam aksi si Qhalish ni. Sebelum capture saya dah bagitau siap-siap pasal Qhalish pada fotografer. So tau lah fotografer tu nak capture macam mana. |
Akhirnya dapat juga gambar yang sesuai. Sengih pun sengih la Qhalish.... |
4. Cari lokasi JKM berhampiran tempat kediaman. Dah jadi kebiasaan untuk saya google dahulu lokasi yang hendak dituju. Untuk memudahkan carian, saya search Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) di website JKM di sini (sila klik). JKMN yang paling hampir dengan rumah saya adalah di Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang.
Semasa proses mendaftar, tak perlu bawa anak. Cuma pastikan dokumen yang diperlukan lengkap. Proses sama je seperti biasa di kaunter-kaunter perkhidmatan. Ambil nombor dan tunggu giliran. Masa saya pergi tu tak ramai orang yang mendaftar. So sekejap sangat. Tak sampai setengah jam dah setel.
Kad OKU siap dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran. Selepas 2 minggu, boleh call semula pejabat JKM untuk mendapat kepastian yang kad telah siap. Kad OKU mestilah diambil di tempat yang sama kita mendaftar.
Ni dia kad OKU Qhalish. Dikategorikan di dalam kategori Masalah Pembelajaran. Kalau ikutkan takde kategori khas untuk Autism. Semua akan dikategorikan di dalam masalah pembelajaran. |
Sebelum dapat kad ni, saya takde la terasa apa sangat. Tapi bila saya keseorangan, bila saya tatap kad ni, ada satu perasaan yang saya tak dapat nak ungkapkan. Anak yang dilahirkan dan membesar dengan sempurna, tiba-tiba disahkan sebagai OKU. Hanya Allah je yang faham perasaan ini.
UJIAN BUAT SEMUA
Sesungguhnya, sebagai seorang ibu, apa pun keadaan anak-anak saya, saya perlu ucapkan syukur di atas kurniaan ini. Sungguh saya bersyukur. Kurniaan Qhalish untuk saya adalah kerana Allah sedang membentuk diri saya untuk menjadikan saya seorang yang lebih baik dari sebelum ini. Saya yakin, saya mampu untuk menghadapi ujian ini.
Allah
menguji saya mengikut kemampuan saya dan keluarga. Kehadiran Qhalish
juga sebenarnya adalah ujian buat seluruh ahli keluarga saya. Ujian buat
suami, buat abang dan adik Qhalish, Dzikrie dan Raees. Buat ibu bapa
saya, buat adik-beradik saya, dan semua orang di sekeliling Qhalish.
Setakat mana kita semua dapat membantu Qhalish bagi kehidupan dunia dan agamanya. Sekurang-kurangnya Qhalish hanya mild autism. Ada parents yang jauh lebih tabah dari kami, dikurniakan anak-anak yang tidak mampu bergerak sendiri dan terlantar seumur hidupnya. Ramai lagi yang lebih istimewa dari Qhalish.
Yang membuatkan saya lebih bersyukur, Allah kurniakan Qhalish dengan adik yang sangat petah berkata-kata. Anak saya yang ketiga, Raees baru berumur 3 tahun. Raees selalu jadi tukang report. Pernah beberapa kali, Qhalish buka pintu rumah sendiri, dan bermain di tengah jalan depan rumah semasa saya sedang sibuk di dapur.

Ni masa Qhalish kene demam campak. Masa ni semua hero kena, tapi masa ni Raees dah ok. Rajin Rees tolong mami suap Qhalish makan. |
Ni lah semua hero dalam hidup saya |
Saya berharap, entri kali ni dapat memberi panduan dan short cut kepada ibu bapa di luar sana yang belum lagi mendaftar anak istimewa mereka di JKM. Mudah je sebenarnya nak daftar. Jangan buang masa. Kemudahan teknologi dan internet yang ada sekarang ni sangat-sangat membantu.
Jangan beri alasan tidak tahu nak mendaftar di mana. Saya yakin kita semua dah guna smartphone dan semua ada akaun FB. Boleh access internet di mana-mana sahaja. Gunakan segala kemudahan dengan sebaik-baiknya untuk kita mencari ilmu demi masa depan anak-anak kita.
Apakah tindakan seterusnya yang perlu kita ambil sebagai persediaan untuk anak-anak istimewa kita masuk sekolah nanti. Keperluan anak-anak istimewa agak berbeza daripada anak-anak tipikal. Bukan sahaja dari segi penjagaan, tetapi juga dari segi perbelanjaan.
Ada yang kata anak istimewa ni high maintenance? Betul ke? Jom baca kat sini....
ANAK ISTIMEWA HIGH MAINTENANCE?

Thanks for reading!
*
Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di
luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu
ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
No comments:
Post a Comment