Follow Us @kamharyatie

Tuesday 23 September 2014

QHALISH YANG TERISTIMEWA - PART 2



Assalamualaikum para pembaca budiman,

Saya nak sambung kisah anak istimewa saya, Syed Qhalish Shahab. Untuk mereka yang belum pernah membaca kisah bagaimana Qhalish disahkan menghidap Autism, boleh klik link di bawah:


QHALISH YANG TERISTIMEWA PART 1 


EARLY INTERVENTION PROGRAM (EIP)

Selepas Qhalish disahkan mengalami Autism, kami dinasihatkan oleh pakar psikologi untuk menghantar Qhalish menjalani Program Intervensi Awal kanak-Kanak. Ia merupakan satu program yang disediakan kepada kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami kelambatan atau ketidakupayaan dari segi perkembangan yang berumur 0 hingga 6 tahun.


Intervensi awal boleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin serius. Antara langkah yang kami ambil untuk Qhalish adalah seperti berikut:
  1. Join FB Support Group Autisme Malaysia
  2. Speech Therapy (ST)
  3. Occupational Therapy (OT)
  4. Rawatan Alternatif
  5. Pre-School
  6. Dietary (Pemakanan dan Suplemen)

FB AUTISME MALAYSIA

Perkara pertama yang saya buat adalah saya join group facebook Autisme Malaysia. Ia adalah kumpulan sokongan dan komuniti autism, tidak mengira agama dan bangsa. Tempat kami berkongsi ilmu dan pengalaman dalam membesarkan anak-anak autism. Di sinilah tempat saya bertanya di mana saya perlu hantar Qhalish untuk EIP. 


Ramai parents yang share segala maklumat yang saya perlukan. Syukur sangat antara kami saling membantu antara satu sama lain walaupun antara kami tak pernah kenal. Hanya mereka yang mempunyai anak istimewa sahaja yang akan mengerti, memahami dan mengetahui apa yang bergolak di dalam diri ibubapa anak istimewa itu meskipun di antara kami tidak saling mengenali.

 
SPEECH THERAPY (ST) dan OCCUPATIONAL THERAPY (OT)

Saya hantar Qhalish menjalani ST dan OT di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. Sesi ST dan OT sebenarnya perlu dilakukan 1 kali setiap minggu untuk setiap terapi. Setiap sesi mengambil masa 1 jam. Ini bermakna, setiap minggu,  Qhalish akan menjalani terapi 2 jam untuk 2 kali seminggu. 

Salah satu aktiviti semasa OT
Inilah antara cabaran yang kami terpaksa hadapi. Kami dua-dua bekerja, dan agak sukar untuk kami hantar Qhalish terapi secara konsisten. Pernah kami bertanya kepada therapist, boleh tak kami buat 2 minggu sekali. Kalau ikutkan memang boleh, tapi hasilnya memang berbeza jika dilakukan setiap minggu.

Kalau nak kena ambil cuti 2 hari setiap minggu, macam tak patut. So kami cuba tanya kalau-kalau kedua-dua sesi itu kami boleh sekali kan dalam 1 hari. Alhamdulillah, memang ada sesi yang dipanggil back to back session. Maksudnya selesai sahaja ST, terus sambung OT pula. 

Cabaran seterusnya pula bagaimana nak dapatkan excuses dari bos. So saya decide untuk hantar personal email kepada bos, jelaskan keadaan sebenar dan minta pelepasan. Takkan bos tak bagi kot kan. Syukur alhamdulillah, syarikat saya bekerja sebenarnya peka tentang hal ini. 

Email yang saya hantar kepada bos memohon pelepasan setengah hari setiap minggu untuk sesi terapi Qhalish. Dalam masa yang sama, saya akan pastikan ia tidak mengganggu tugas dan tanggungjawab saya di pejabat.

Nasihat saya kepada semua ibu bapa yang masih bekerja, wajib beritahu majikan di syarikat kita bekerja tentang situasi anak kita. Majikan berhak tahu yang pekerjanya mempunyai anak-anak istimewa. Dan saya yakin, tidak ada syarikat yang akan berlaku kejam terhadap pekerja. Semua perkara boleh dirancang dengan baik asalkan mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dalam kes kami, jika saya ada hal yang tak dapat dielakkan yang menyebabkan saya tak dapat hantar Qhalish, suami saya akan take over, ataupun kami bergilir-gilir. Kedua-dua nya mesti ambil peranan masing-masing demi kebaikan anak-anak syurga kita.



RAWATAN ALTERNATIF AYAT-AYAT AL-QURAN 
Dalam masa yang sama, saya bawa Qhalish menerima rawatan alternatif di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Setiawangsa. Kami diberi ayat-ayat berikut untuk diamalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.  Ayat-ayat tersebut adalah:
  1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
  2. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
  3. Surah Yaasin ayat 43 hingga 58
  4. Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55
  5. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
Cara mengamalkan ayat-ayat Al-Quran tersebut:

1. Baca surah pertama iaitu surah Az-Zumar -  3 kali pada waktu malam
2. Baca surah kedua iaitu surah Al-Hijr - 3 kali pada waktu siang. 

- Kedua-dua surah ini, hendaklah diamalkan setiap hari selama 3 hingga 4 minggu. Selepas membaca tiga kali, mohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, kita ulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.


PRE-SCHOOL

Pada ketika ini, umur Qhalish akan masuk 4 tahun. Salah satu advise dari pakar psikologi juga adalah supaya memasukkan Qhalish ke pra-sekolah. Dan pra-sekolah adalah pra-sekolah biasa. Qhalish perlu bergaul dengan kanak-kanak tipikal supaya proses perkembangan Qhalish boleh dibentuk dengan lebih baik dan lebih cepat.

Pada masa yang sama sebenarnya memang saya sedang mencari sekolah tadika untuk Dzikrie sebab pada ketika itu, Dzikrie nak masuk 5 tahun. Setiap sekolah yang saya survey, saya akan tanya adakah mereka boleh terima kanak-kanak seperti Qhalish. Jawapannya semua hampa.

Saya tak cari sekolah jauh-jauh. Saya hanya cari sekolah tadika berhampiran rumah saya supaya mudah untuk maid saya jemput pulang nanti. Agak sedih sebab semua tak mahu terima. Saya hanya mampu berdoa, supaya Allah tunjukkan lah kepada saya sekolah yang sesuai untuk saya hantar Qhalish.

Memandangkan semua tadika biasa tak mahu terima, saya terpaksa terima hakikat, bahawa saya terpaksa cari pra-sekolah khas untuk Qhalish. Banyak sekolah yang kami survey, akhirnya kami terjumpa dengan seseorang yang pada saya, memang Allah hantar beliau kepada kami untuk Qhalish.

Puan Noriza Suhaila, yang biasa kami panggil Teacher Suhaila, merupakan isteri kepada biras abang ipar saya. Saya diberitahu oleh abang ipar saya bahawa ada sebuah tadika berkeperluan khas akan dibuka di area AU2, Keramat. Tanpa berlengah, saya terus ambil nombor telefon suami Teacher Suhaila, Amli Mahfuz dan kami set appointment.

Pertemuan pertama kami di Jusco AU2, rupa-rupanya Teacher Suhaila juga mempunyai seorang anak istimewa. Saya pernah cerita tentang sekolah Qhalish iaitu Athfaal Tadika Indah Murni (ANIS) di dalam entry sebelum ini (sila klik di sini). Ketika itu Qhalish baru berusia 4 tahun. Dan tahun ini adalah tahun kedua Qhalish bersekolah di situ. 



DIETARY (PEMAKANAN DAN SUPLEMEN)

Anak-anak istimewa ni sangat memilih dalam bab makanan. They are picky eater. Satu lagi cabaran buat saya, kerana Qhalish memang memilih bab makan. Susu memang dia tak suka langsung. Lepas bercerai susu badan pada umur 1 tahun setengah, saya cuba beri susu formula. Memang dia tolak.

Saya cuba apply diet GFCF (Gluten Free Casein Free) untuk Qhalish - (sila klik di sini untuk maklumat lanjut tentang GFCF). Anak-anak autism disarankan untuk tidak mengambil sebarang makanan bergluten dan bercasein kerana ia boleh menyebabkan mereka menjadi lebih aktif dan sukar diatur.   

Gluten (gandum dan barli) terdapat di dalam makanan seperti roti dan cereal. Casein pula terdapat di dalam susu atau sebarang dairy produk. Diet GFCF sebenarnya bagi saya bukan mudah untuk kita apply. Sebahagian besar makanan seharian kita sendiri mengandungi gluten dan casein. 

Dan diet GFCF akan menyebabkan anak-anak autism tidak mendapat nutrisi lengkap seperti kalsium, fiber, vitamin A, D dan B-complex dan juga kalori. Alternatif lain, susu lembu perlu diganti dengan susu yang dihasilkan dari almond contohnya. Gandum pula perlu digantikan dengan tepung ubi contohnya. Dan expenses untuk alternatif ini adalah sangat tinggi dan agak sukar untuk dicari di pasaraya biasa.

Kalau ikutkan, Qhalish memang tak minum susu, tak minum air manis, tak makan gula-gula, coklat atau ais krim. Tapi dia suka makan buah. Dan sangat suka makan nasi, lauk masak lemak cili api, masak asam pedas, sambal, dan juga mee hun kicap. Since Qhalish tak minum susu, saya banyakkan beri Qhalish ikan bilis sebagai sumber kalsium.

Alternatif lain, doktor sarankan untuk beri Qhalish suplemen yang sesuai, terutamanya yang melibatkan perkembangan fungsi otak (Omega-3 dan Omega 6) dan yang boleh menguatkan imun sistem dan antibodi. Suplemen adalah satu keperluan wajib untuk Qhalish sebab banyak yang dia tak makan. Bimbang Qhalish kekurangan nutrisi, saya ikut saranan doktor untuk beri Qhalish suplemen Shaklee.


Saya adalah pengguna tegar Shaklee. Tapi saya baru tau GLA dan Omega Guard sangat elok untuk perkembangan otak. Saya tau ni pun dari salah seorang doktor yang selalu merawat anak-anak autism di Perak. Beliau advise untuk beri GLA Complex, Omega Guard dan Meal Shakes. Tak ketinggalan madu khaula.
Since Qhalish tak minum susu, saya campurkan mealshakes di dalam nestum dan Meal Shakes adalah alternatif untuk Qhalish mendapat nutrisi lengkap

Sumber dari Portal Rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia di dalam entry bertajuk Makanan Membina Otak Sihat

Baru saya faham kenapa doktor sarankan Qhalish consume suplemen. GLA (Gamma Linolenic Acid) adalah sumber terbaik Omega-6, Omega Guard pula adalah sumber terbaik Omega-3, manakala Meal Shakes mengandungi nutrisi lengkap dengan sumber protein, zink, selenium dan zat besi.

Sedikit panduan untuk para pembaca tentang bagaimana memilih suplemen Omega-3 yang berkualiti tinggi (sila klik di sini).
Qhalish suka sangat makan Omega Guard

Tapi kenapa Shaklee? Kalau ikutkan banyak suplemen yang dijual di farmasi biasa. Salah satu sebabnya, suplemen yang banyak dijual di farmasi adalah suplemen sintetik. Tidak seperti Shaklee yang dihasilkan 100% dari sumber makanan semulajadi (sila klik di sini). Sumber makanan semulajadi tidak mampu ditandingi oleh mana-mana produk yang dihasilkan dari ciptaan manusia.

So far alhamdulillah, Qhalish sebenarnya jarang demam. Anak-anak saya semuanya sangat susah makan ubat. Dan kalau demam sekali pun, memang saya tak beri ubat sebab kalau nak bagi makan ubat, jadi sakit lain pulak. Kena pegang tangan kaki semua bagai, macam kena dera je nk bagi makan ubat. End up, saya beri anak-anak saya homepati. Lebih mudah nak bagi, dan alhamdulillah, semua sangat serasi dengan homepati.  


KAD OKU?

Tindakan seterusnya, kena register Qhalish ke jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan kad OKU. Qhalish termasuk kategori OKU ke? Macam susah je saya nak terima. Tapi terpaksa buat juga. Pesanan family dalam group Autisme Malaysia, kalau fikirkan masa depan Qhalish, WAJIB buat. 

Tapi kenapa kena buat dan macam mana nak buat kad OKU? Jemput baca di entri seterusnya di sini: QHALISH YANG TERISTIMEWA PART 3 (Sila klik).

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.




No comments:

Post a Comment