Follow Us @kamharyatie

Saturday 20 January 2018

Star Cruise Libra - Day 3 - PHUKET-PENANG



Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog www.mommyshahab.com sentiasa dipermudahkan segala urusan dan diberikan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. In shaa Allah.

Bagi yang terlepas entry sebelum ini, jemput baca di link berikut:-

Star Cruise Libra - Day 1 - PORT KLANG-LANGKAWI (sila klik)

Star Cruise Libra - Day 2 - LANGKAWI-PHUKET (sila klik)


Jom kami share pula perjalanan hari ketiga pula.



STAR CRUISE LIBRA (DAY 3)

Sedikit info tentang Start Cruise Libra ni. Jika kami naik cruise ni tanpa tajaan Shaklee, maknanya booked sendiri, kami masih boleh enjoy semua aktiviti-aktiviti di tempat persinggahan kapal dengan hanya pergi ke kaunter di Deck 5 dah bertanyakan pakej yang disediakan. 

Ada banyak pakej-pakej yang boleh kita terokai. Hanya perlu pilih dan bayar je. Selain itu, pergi sendiri pun OK. Sebab selalunya turun je dari kapal ada banyak peraih-peraih yang menyediakan pakej atau perkhidmatan sewa kenderaan.

Tapi kalau pergi sendiri, tak eksklusif lah. Pergi dengan Shaklee, layanannya 5 star. Sebab yang dapat trip incentive Shaklee adalah mereka yang telah berjaya mencapai target dan achievements yang telah ditentukan oleh pihak Shaklee.


Pagi-pagi cam biasa after solat Subuh terus pergi Sarap sampai kenyang. Jam 8.00 pagi kami di minta berkumpul semula untuk disembark ke Phuket. Tak sabar nak g parasailing.


Seperti biasa, Shaklee akan bekalkan 'Shaklee Performance Drink' untuk kami semua. Performance Drink ini akan membantu kami supaya sentiasa hidrate dan bertenaga untuk aktiviti sepanjang satu hari ni.


Keluar dari kapal besar, masuk ke kapal kecik untuk ke pantai.


Kaum-kaum Ibu berposing di dalam bot


Geng-geng lain juga dah bersedia untuk menghitamkan badan.


Bye-bye kapal. Kami akan kembali petang nanti. Di Patong ni, takde port untuk kapal kami berlabuh kerana air di sini cetek. Bahagian bawah kapal Star Cruise Libra adalah sedalam 7m. So untuk berlabuh, perlukan kedalaman laut lebih dari itu. Sebab tu kapal kena park jauh tengah laut dan kami terpaksa menaiki bot untuk ke pantai.


Saya dan Firdaus di bahagian belakang bot.


Mommy Shahab pula cuba melakukan posing maut atas bot.

Sampai di Patong Beach, kami berjalan lebih kurang 1km untuk menaiki bas. Bas pula kemudiannya membawa kami ke sebuat pelabuhan lain sebelum kami ke Banana Beach.


Naik bot lagi. Bot ni akan bawa kami ke Banana Beach atau bahasa Thainya Koh Hey Beach. Phuket ni sebenarnya ada banyak pulau-pulau kecil yang cantik-cantik. Yang menarik, ada satu pulau yang dinamakan Pulau James Bond. Sebabnya, filem James Bond pernah shooting di sana.

Jangan mabuk laut semua. Sebab ni Lautan Andaman tau. Kat sini ombak dia boleh tahan. Naik pulak bot laju. Memang terhempas-hempas kami dalam bot. Nak-nak kami yang dok depan bot. Belum masuk laut lagi dah basah. Perjalanan kami mengambil masa dalam 15 minit.


Nampak benda biru yang floating tu? Haaaa, Bot kami landing kat hujung tu. Untuk ke tepi pantai, kami kena  meniti titi biru ni dengan ombak yang agak kuat. Mencabar betul. Berjalan atas benda ni lagi ngeri dari naik bot dan buat parasailing tau!


Welcome to Banana Beach!


The whole area ni telah disewa oleh Shaklee. Dudukla kat mana-mana yang you nak. Mandila kat mana-mana you nak. Makanla apa-apa yang disediakan.


Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan di Banana Beach. 


Ada yang baru sampai dan ada yang sedang bersiap sedia untuk memulakan aktiviti air masing-masing.


Antara mereka yang buat aktiviti Banana Boat. Sesiapa yang pernah buat aktiviti ni kat Malaysia, kena try ni kat Laut Andaman baru tau erti thrill.


Ni pula, aktiviti Zipline atau nama komersial di Malaysia, Flying Fox.


Sekali dia punya jerit....Fuhh!


Ni aktiviti kegemaran semua orang, Snorkling. Bertebaranla semua orang mencari kehidupan laut di dasar.


Kami pula di bawa ke tengah laut untuk memulakan aktiviti Parasailing yang kami menang semalam. Pada mereka yang tak tau apa itu Parasailing, ianya merupakan aktiviti menaiki Parachute dan kemudian dilayangkan ke udara dengan mengikat Parachute tadi ke bot laju. So kiranya macam layang-layang la.


Mak Mertua saya yang dah 70-an pun berani naik. Rilek je tokey koci ni. Hihihi...


Maria dan Mak Firdaus berposing sambil menunggu turn nak naik.


Bagi orang yang dah experience main ni banyak kali, ianya takla teruja sangat. So dengan beraninya, bolehla bawak kamera sambil mengambil gambar dan video dengan menikmati keindahan alam.


Kalau boleh nak tinggi lagi. Janji dok atas ni lagi best dari dok dalam bot. Sebab dah ramai mula sakit kepala sebab mabuk laut.


Rileks je kami di atas. Seb baik cuaca pun ok.


Cara-cara kami naik Parasailing dan camner dia akan buat kami semua jatuh untuk celup kaki sebelum dinaikkan semula ke atas.


Setelah semua selesai, kami mula ke Banana Beach tuk aktiviti Snorkeling pulak.


Kan dah kata, ini pulau Shaklee yang punya.


Berposing dulu sebelum bawak dia orang ni ke tengah laut. Masa ni, semua kena pakai life jacket atas faktor keselamatan. So kurang bebas sikitla nak berenang tanpa belas kasihan.


Percubaan mengambil gambar Mommy Shahab dalam laut.


Dari dulu ajar Mommy Shahab cara floating. Kesannya? Alhamdulillah dia dah berani main laut.


Dah penat berenang, it's makan time. Macam-macam lauk ada. Semua lauk-pauk dari Negara Thai. Ada Udang, Sotong, Ketam, Daging, Telur dan Tomyam. Penatla asik makan je. Tapi yang ni memang seriously sedap.


Makanla kat beach area atau Gazebo yang telah disediakan. Janji jangan tak makan.

Dah lepas berenang, dia punya lapar memang tak boleh dibendung lagi.


Air kelapa juga disediakan


Kalau pergi ke negara Thailand & anda semua tak makan benda alah ni. Memang you rugi sangat-sangat. Pulut Mangga adalah antara makanan yang perlu dicuba bila di sini. Sedap giler.


Geng kami sedang menjamu selera.


Dah kenyang baru leh nampak muka senyum.


Lauk yang tak pernah habis-habis. Asal kurang tambah lagi. Makan memang mewah.



Selepas salin pakaian, kami di bawa semula ke Patong untuk sesi membeli belah pulak.


Tak banyak benda nak di beli kat sini. Sebab rules saya, if benda tu ada kat KL, toksah membazir membeli. Unless kita beli tuk cenderamata or benda tu memang ada kat situ je, then its OK. And YES, selalunya jika kita senyum selalu, pasti akan dapat diskaun lebih. Untung abang sebelah tu dapat tempias pengurangan harga sebab nego tuk dia sekali.


Geng kami yang lain turut membeli-belah. After shopping, kami semua mula bergerak ke Kapal sebab dinner kami malam ni agak awal lebih kurang pukul 6.30 petang. Sebab malam ni ada special dinner iaitu Captain's Dinner Night. Menu makan malam ni dipilih sendiri oleh Kapten kapal dan semua penumpang perlu menempah time untuk mereka nak makan. Basically ada 2 sesi je. Satu lagi pukul 9.00 malam.


Sebab malam ni agak special, kami diminta untuk berpakaian kemas. Saya & Mommy Shahab pakai simple je.


Sebelum naik Kapal aritu, kami diminta untuk memilih restoran mana & pukul berapa kita nak makan for Captain's Dinner Night. Asalnya kami memilih makan malam di Four Season, tapi mungkin dah penuh, kami di hantar ke Spices Restaurant pulak.


Makan malam ni semuanya ala Fine Dinning. So sebelum kita makan secara tertib, kita bergambar tak senonoh dulu.


Sebab main coursenya ada 2 jenis, saya ambil ikan dan Mommy Shahab ambil lobster. Ternyata, Mommy Shahab punya lagi berbaloi.

Menu makan malam during Captain's Dinner Night.


Overall memang kenyang. Alhamdullillah. Next kami dapat tahu ada session dengan Kapten Kapal lak. Masa ni, dia akan memperkenalkan semua krew-krew kapal dan sejarah Star Cruise Libra ni.


Sebelum masuk ke dalam Stardust Theatre, kami akan disambut oleh Kapten kapal. Disebabkan ramai orang di belakang kami, so kami tangkap selfie mana yang sempat je.


Kapten kapal kami adalah dari Sweden. Krew-krew kapal pun datang dari pelbagai negara. Krew sahaja ada lebih kurang 1,000 orang.

Kami melepak kepenatan di Deck 9 sementara menunggu Supper.

Makanya, habisla pengembaraan kami di hari-3. Kami tidur dengan nyenyaknya malam itu. Besok kena bangun awal pula tuk trip ke Penang pulak. 

Jemput baca pengembaraan kami di atas Star Cruise Libra pada hari ke-4 dan ke-5 pula di sini:

Star Cruise Libra - Day 4 & 5 - PENANG-PORT KLANG (sila klik)



p/s Jika anda suka akan sharing ini, jemput tekan button like and share. Saya doakan anda kaya & berjaya.

Wassalam


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 


No comments:

Post a Comment