Follow Us @kamharyatie

Sunday 21 January 2018

Star Cruise Libra - Day 4&5 - PENANG-PORT KLANG






Assalamualaikum,

Ok, ini posting terakhir untuk Trip kami dengan Star Cruise Libra hari ke-4 dan ke-5. Bagi anda yang belum baca entry sebelum ni, jemput baca di sini ye.

Star Cruise Libra - Day 1 - PORT KLANG-LANGKAWI (sila klik)

Star Cruise Libra - Day 2 - LANGKAWI-PHUKET (sila klik)

Star Cruise Libra - Day 3 - PHUKET-PENANG (sila klik)


Day 4 - Penang

Hari ke-4 ni, kami singgah di Penang. Jom tengok apa aktiviti kami di Penang ni.

Daddy Shahab macam biasa lah, awal pagi dah bangun p jogging.
Lepas tu baru Mommy Shahab join breakfast. Tak kuasa nak join jogging sekali. Sebab pagi-pagi Mommy Shahab dah bakar kalori dengan pam susu. Kihkihkih...
Dah sampai di Penang.

SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL

Swettenham Pier Cruise Terminal adalah salah satu pintu masuk utama bagi pelancong ke Pulau Pinang. Ia mempunyai dermaga utama yang panjangnya 400 meter dengan kedalaman air 12m yang mampu mengendalikan kapal pelayaran terbesar di dunia.

Kami turun di sini.

Kemudian kami naik bas beramai-ramai bergerak ke Jalan Chowrasta.

JALAN CHOWRASTA

Sekarang dah makin cantik. Maklumlah, tempat pelancongan. Kat sini, kitorg beli jeruk glamer Pak Ali.
Lepas tu kami p lunch kat NASI KANDAR LINE CLEAR.

Fotografer Shaklee ada di mana-mana.


RAINBOW SkyWALK KOMTAR

Selsai shopping dan makan, kami bergerak ke KOMTAR. Shaklee bawa kami naik ke Rainbow Skywalker.

Rainbow Skywalker KOMTAR dibuka secara rasmi pada 18 Disember 2016, dan ia adalah pertama kali orang awam dibenarkan menjejakkan kaki ke bumbung bangunan Komtar setelah 3 dekad ia dibangunkan.

Bumbung Komtar diubahsuai dan dilengkapi dengan laluan gantung berlantai kaca dengan kurusan 16 meter panjang dan dibina pada tingkat tertinggi di negara ini, kini aras tersebut dikenali sebagai Rainbow Skywalk.

Pemandangan di waktu malam.

Kat depan KOMTAR. 38 tahun dok Malaysia, ni first time saya p KOMTAR. Iskh! Iskh! Iskh!

Semua tak sabar nak naik.

Ok dah sampai atas. Tunggu turn untuk naik.

Ce teka ni apa. Ha ni signboard toilet yang ada kat atas KOMTAR ni. Creative sungguh la orang yang buat ni.

Difahamkan kaca yang digunakan adalah jenis kaca yang sama dalam pembinaan Grand Canyon Skywalk dia Amerika Syarikat (AS), ianya bukan sahaja kalis haba, malah tahan pecah dan berlamina.


The sista!

Semua seronok dapat naik free. Kalau pergi sendiri, bayaran RM68 dikenakan untuk dewasa.

Baring, jangan tak baring.

Kalau orang gayat memang tak berani berjalan atas ni. Saya yang tak gayat ni pon terasa ngeri.

Seronok kemain.

Lepas dah jalan-jalan atas lantai kaca, kita lepak-lepak kat atas ni pulak sambil lihat pemandangan 360 darjah seluruh Pulau Pinang.

Boleh tahan lawa atas ni
Pemandangan seluruh Pulau Pinang dari atas.

Selesai sudah aktiviti di Penang. Kami balik semula ke kapal untuk aktiviti malam ni pula.

Masa kami berlabuh di Penang, kapal Royal Carribean ni pon berlabuh sama. Besar bapak. Semua bilik ada balkoni. Tak silap kapal ni boleh muat 6000 orang.

Malam ni kami dinner fine dining.

Menu yang disajikan pada malam tu.

Malam tu ada pertunjukan silap mata.

Juga aktiviti bebas. Ada yang main ping pong, lepak-lepak. Maklumlah malam terakhir atas kapal. Tak syok la kalau dok dalam bilik je kan.

Persembahan di Pool Deck


Dalam jam 10 malam, kami supper pula. Asyik makan aje atas kapal ni.
Malam terakhir ni Star Cruise Libra meraikan semua penumpang dengan Good Bye event. Yang menariknya, malam ni, semua makanan berasaskan pisang. Cekodok pisang, Kek pisang, Banana Pizza, Banana Roll, macam-macam lagi lah.

Chocolate dip. Ni favorite saya.

Mak-mak kami pun, sebab malam ni malam terakhir atas kapal, diorang pun sama ambil angin. Kalau tak sebab malam terakhir, rasanya semua dah tido kat bilik.

Saya sempat p shopping souvenir sket untuk diri sendiri dan leaders Superstar Mommy Shahab yang berjaya achieve target masing-masing.


Diorang ble layan main kad ni sampai jam 3 pagi! Iskh! Iskh! Iskh!


DAY 5 - PORT KLANG

Semua sedang menunggu masa untuk turun dari kapal.

Tengok tu, main kad lagi. Diorang kata sambungan semalam.

Alhamdulillah. Dah selamat sampai.

Sempat lalu sebelah kapal Royak Carribean tu. Berlabuh sama. Hopefully satu hari nanti, saya dapat naik kapal ni juga.

Bye bye Star Cruise Libra. Moga ada rezeki dapat bawa anak-anak pula bercuti.

Percutian yang ditaja oleh Shaklee, takkan pernah mengecewakan.

Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih atas nikmat dan peluang yang diberikan kepada kami menaiki kapal ini secara PERCUMA.

Terima kasih Shaklee atas rewards yang sangat best! InsyaAllah, next trip akan lagi ramai team Superstar Mommy Shahab yang akan join!

Jika anda yang baca blog ini berminat nak menikmati banyak lagi tawaran-tawaran hebat seperti ini dengan menjalankan bisnes Shaklee secara part time atau fulltime, anda boleh hubungi saya.

InsyaAllah, kami sedia membantu. Jangan risau yer, buat bisnes Shaklee sekarang dah tak macam dulu. Kita buat secara online sahaja.

Dah tak perlu nak terjah-terjah rumah orang atau buat meeting larut malam. Buat bisnes dengan cara yang betul, orang yang akan datang cari kita Insya Allah.

Kami doakan anda semua diberi peluang oleh Allah untuk menikmati percutian yang hebat ini. Amin.

Wassalam.

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 


No comments:

Post a Comment