Follow Us @kamharyatie

Saturday 1 December 2018

DETOKS: KAEDAH MENGELUARKAN RACUN DARI BADAN




Selalu dengar perkataan detoks, detoks, detoks. Apa dia detoks ni?

Detoks atau nama panjangnya Detoksifikasi, merupakan proses pengeluaran racun dari dalam tubuh.
Proses ini sangat penting kerana ia membantu tubuh kita menjalani proses pembersihan tubuh dari racun-racun yang masuk ke dalam tubuh tanpa kita sedari.

Kita Hidup Dalam Dunia Beracun

Udara

Pencemaran udara seperti jerebu, asap kenderaan, asap rokok, semua ini meningkatkan lagi risiko
rakyat Malaysia diserang penyakit seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.

Air

Hujan asid, sisa dari pencemaran tanah, dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran telah menyebabkan air kita tercemar.

Air paip biasa mengandungi bahan kimia juga besi yang merbahaya dan yang memberi kesan negatif kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan kerosakan organ dalaman.

Nak tau di tahap mana bahayanya air di negara kita? Anda boleh baca di sini 4 TAHUN MINUM AIR PAIP (sila klik).


Pemakanan

Setiap hari nak makan sedap. Makanan yang diproses, mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun serangga biasa terdapat di dalam hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.

Setiap hari, setiap minggu sehingga bertahun-tahun lamanya, jika tidak ubah cara makan ini, jangan komplen bila badan jadi gemuk dan jadi tempat penyakit bersarang.

Lifestyle

Ada juga toksin yang kita sendiri pilih! Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara pilihan salah yang telah kita pilih dan menyebabkan toksin menjadi lebih banyak dari yang sedia ada.

Tubuh Badan

Setiap hari, tubuh anda juga menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja seharian atau senaman serta aktiviti lain turut mengeluarkan toksin.

Stress dan bebanan ini juga mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan toksin dengan sendirinya.



Tubuh Badan Kita Detox Setiap Masa


Nak tau tak, sebenarnya, tubuh kita boleh mendetoks dengan sendirinya. Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detoks.

 


Organ ini berfungsi membersihkan tubuh kita, atau menyahtoksin bagi memastikan kita kekal sihat.

Kenapa perlu detox lagi?

Kalau tubuh badan kita boleh membersihkan dirinya sendiri, kenapa kita perlu detoks? Kenapa kena makan suplemen, kenapa kene makan sayur dan buah. Haaaaa....memang soalan cepumas ni.

Imagine diri kita ni seperti sebuah kereta. Kita perlukan minyak untuk bergerak, tapi, sehebat mana pun kereta itu, lambat laun; ia tetap akan mengalami kerosakan. So, untuk maintain kereta sentiasa dalam keadaan baik, mesti kene servis kan?

Ganti minyak hitam, tukar tayar yang dah haus kepada tayar yang baru, overhaul enjin especially kalau enjin terendam dalam banjir.

Sama jugak kekdahnya dengan badan kita ni. Tanpa bantuan tambahan dari segi suplemen dan pemakanan yang betul, badan kita akan dipenuhi toksin dan kesihatan kita akan turut terjejas.

Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh,semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh kita. Dan sehinngga satu tahap, organ yang biasa berfungsi untuk detoks, akhirnya sudah tidak mampu untuk berfungsi lagi.

Walaupun setiap hari kita buang air besar atau kecil seimbang, ia belum tentu boleh menyelamatkan tubuh daripada ditimbuni sisa sampah yang membusuk dalam usus.

Apalagi jika sistem pembuangan kita tidak efektif, masih tertinggal hampas makanan di dinding-dinding usus, jangan harap kita terlepas daripada masalah.

Bayangkan sisa itu di usus besar itu menyebabkan usus tersebut membesar hingga lima kali ganda daripada ukuran normal. Bila tak dibuang, ia akan menjadi kerak dan terbentuklah racun yang kemudiannya tersebar dan mengganggu kerja sel-sel tubuh. Jadi faham-fahamlah sendiri ya.

Kalau selama ini, kita fikir, kita gemuk kerana banyak lemak tapi rupa-rupanya sisa sampah/hampas yang tertinggal dalam usus itu antara punca tubuh kita tembam dan berisi.

Sebab tu lah kita kena detoks untuk mengurangkan beban toksin yang terkumpul di dalam badan. Untuk detoks yang lebih efektif, kita perlukan sokongan nutrisi yang baik supaya tenaga sistem tubuh kita akan menjadi lebih kuat dan organ detoks di dalam badan kita ini akan terus berfungsi dengan baik.


Manfaat Detoks Untuk Hidup Lebih Hebat

Detoks merupakan langkah penting dalam memperolehi kesihatan keseluruhan yang lebih baik. Jom tengok, antara manfaat kesihatan yang kita akan dapat selepas kita menjalani proses detoks.

1.Penurunan Berat Badan


Toksin memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak yang mengakibatkan kepada penambahan berat badan. Yang bertanggungjawab dalam menjaga kilang lemak anda adalah gen pemberi signal.

Apabila toksik telah melekat kepadanya, ia akan membuatkannya gen ini kurang berfungsi dan mengakibatkan lebih banyak lemak terkumpul.

Lambat laun, sel lemak baharu ini akan dipenuhi oleh lemak dan toksin yang berlebihan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik malah ia langsung tidak dapat membantu dalam menghasilkan tenaga dan hormon yang elok sebagaimana sel lemak yang baik sepatutnya berfungsi.

Melalui detoks, segala lemak dan toksin ini akan tersingkir dan proses penurunan berat badan akan berlaku secara semulajadi dan lebih cepat dari proses diet. Best kan!

Sebahagian daripada testimoni peserta program #JomDetox yang berjaya menurunkan berat badan.

The Biggest Loser - Bonus Terbesar #JOMDETOX! (sila klik)




2. Melegakan rasa kembung dan sembelit (Kolon yang lebih sihat)


Usus (termasuk kolon) membawa sisa dari tubuh badan kita, tapi sebahagian dari sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat dan telah diperhalusi, serta lemak yang tidak sihat ini akan  terkumpul secara perlahan-lahan dan membuatkannya tersumbat di dalam usus kita.

Pengumpulan toksin ini menyebabkan berat susah turun. Perut akan terasa kembung, yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan anda mudah mendapat penyakit seperti penyakit kolon seperti kanser kolorektum.

Kolon adalah merupakan sistem kumbahan pada badan kita dan ia perlu dibersih serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi dengan baik.

Melalui detoks, kita boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, ia juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh kita.

 

3. Memberi Tenaga


Tubuh kita mempunyai organ yang melakukan detoks dengan sendiri bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang perlu diproses.

Kurang tenaga akan mengakibatkan kita cepat berasa letih dan ini adalah tanda bahawa tubuh badan  dipenuhi oleh toksin.

Melalui detoks, akan membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh kita lebih tenaga dan stamina untuk melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan!

 

4. Mengurangkan Nafsu Makan


Membersihkan tubuh kita dari toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk makan makanan yang sihat dan bernutrisi.

Percayalah, bila kita dah start detoks, mindset kita memang sentiasa fikir untuk cari makanan yang berkhasiat sahaja. Lama-kelamaan, ia akan menjadi habit dan lebih mudah untuk kita tinggalkan kafein, gula tinggi dan lemak.

 

5. Kulit lebih cantik


Kulit merupakan organ luaran yang terbesar dan ia melambangkan kesihatan dalaman anda. Kulit anda membantu dalam membuang toksin dan kotoran dengan cara berpeluh.

Kalau sistem serta kelenjar peluh kita dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai kondisi kulit yang tidak sihat termaksuklah jerawat.

Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dan lebih banyak dari yang perlu dibuang, jumlah toksin yang terkumpul dalam darah juga akan menjadi lebih tinggi.

Melalui detoks, semua toksin ini dapat dibuang dari dalam badan dan apabila ia tidak lagi terkumpul, kita sendiri akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit. Kulit menjadi lebih bersih, cantik dan semakin cerah. Masalah jerawat pun setel!


6. Mengurangkan Stress


Stress? Apa kaitan stress dengan toksin? Secara natural, bila kita stress, sejenis hormon stress yang dikenali sebagai Kortisol akan dihasilkan. Hormon ini sangat penting kerana ia membantu mengawal stress.

Tetapi, apabila tubuh kita dipenuhi toksin, penghasilan hormon ini terganggu dan kita sendiri menjadi sukar untuk mengawal stress yang melampau. Sangat bahaya.

Melalui detoks, hormon kortisol ini akan mampu berfungsi dengan efektif dan membantu kita lebih tenang, merperbaiki ketajaman minda dan membolehkan kita mendapat tidur yang berkualiti.


7. Menguatkan Sistem Imunisasi



Toksin adalah sebahagian dari radikal bebas. Radikal bebas berfungsi untuk merosakkan sel-sel badan kita dan membinasakan sistem imunisasi dan mengakibatkan keradangan.
 
Melalui detoks, sistem pertahanan badan kita akan menjadi lebih kuat dan kukuh dan mampu untuk menghalang radikal bebas ini dari masuk ke dalam tubuh kita. 

8 Tidur Lebih Lena

Toksin, terutamanya besi berat, menggganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas ini akan mengakibatkan hormon tidur kita meningkat dan mengganggu corak tidur dan boleh mendorong kepada masalah insomnia.

Melalui detoks, badan kita akan dapat kawal dan set semula corak tidur yang lebih baik, lebih lena dan rehat yang cukup. Ingat ye, tidur yang berkualiti sangat mempengaruhi kepada prestasi dan kesihatan kita.


So apalagi! Jom Detoks! Especially kalau anda sudah menginjak umur 40-an dan ke atas. Selama 40 tahun dan lebih, terlalu banyak toksin telah berkumpul dalam badan kita yang menjadi penyebab pelbagai jenis penyakit. Sudah sampai masanya untuk kita overhaul balik seluruh badan kita ni.

Rasulullah SAW bersabda: 
Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah.


Hadis di atas membuktikan bahawa Islam mementingkan umatnya yang sihat dan kuat. Sebabnya, badan yang sihat bukan sahaja membolehkan kita melaksanakan pelbagai ibadat khusus tetapi ia juga mampu menyumbang kepada peningkatan produktiviti bekerja.

Justeru, kita wajib menjaga kesihatan kerana tanpanya nikmat hidup akan berkurang. Ia juga bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:  
Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. 

Kalau tak tahu cara yang betul untuk proses detoks, jangan risau. Meal Plan semua Shaklee dah siapkan pun. Kalau tak tahu juga, jom join #JomDetox dengan group kami. Detoks secara berjemaah lebih berkesan daripada detoks sorang-sorang.

Ini adalah sebahagian daripada testimoni peserta program #JomDetox.

The Biggest Loser - Bonus Terbesar #JOMDETOX! (sila klik)

 


Nak jadi sebahagian daripada side effect #JomDetox?

Jangan tunggu lagi!


Coach #JomDetox berada di SELURUH MALAYSIA! 

Di mana-mana korang berada pun boleh join sama.


Jangan risau, kami ada pakej IKUT BAJET PESERTA.

Semua PAKEJ akan dapat FREE GROUP COACHING 17 HARI.

 

Jom sama-sama kita mulakan hidup yang lebih sihat dengan #JomDetox sekarang!

 

Atau boleh hubungi kami

Coach Hafiz: 012-316 7474

Kak Kam: 012-256 7572 


 

Sila klik 👇



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Atau anda berminat untuk terus mendapatkan SET DETOX SHAKLEE sekarang?
Anda boleh dapatkan secara online di sini:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4f7127cb2615c3119d5401089185c7cc
 Atau
 Jika anda perlukan maklumat lebih lanjut, sila hubungi saya! 
Saya akan bantu anda. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 


1 comment:

  1. Kak..ada open lg x prgram detox?nk join..bole wsp sy 0108723839

    ReplyDelete