Haaaa…Dari dulu saya teringin nak masak pancake yang fluffy.
Bila kata fluffy, dia akan jadi gebu & lembut. Yang paling best seronok
tengok masa pancake tu nak naik.
Dulu bila nak masak pancake, selalunya dia nampak cam leper je, so siapa yang tak pernah makan mesti macam tak selera…hehehe. Saya belajar buat pancake ni dari kawan sekerja saya dulu.
Dulu bila nak masak pancake, selalunya dia nampak cam leper je, so siapa yang tak pernah makan mesti macam tak selera…hehehe. Saya belajar buat pancake ni dari kawan sekerja saya dulu.
Teknik yang saya nak kongsikan nie agak berlainan sikit. Dah
pulak tu, saya ada menggunakan buttermilk dalam pancake saya ni. Buttermilk?, menda
buttermilk ni?
Buttermilk ni sebenarnya ialah susu yang didadihkan dengan bakteria lactic acid. Ala-ala yogurtla. Dan tidak mengandungi sebarang mentega atau butter sebagai bahannya. Pelikkan? Tapi memang sedap kalau letak buttermilk ni.
Kalau takda, boleh digantikan dengan campurkan susu segar/rendah lemak dengan cuka makan. Just tambahkan 1 cawan susu dengan 1 sudu besar cuka makan dan biarkan beberapa minit.

So jom kita tengok bahan-bahannya:
Bahan Kering
1 cawan
tepung gandum
1 sudu teh
baking powder
½ sudu teh
sodium bicarbonate
1 sudu besar
gula halus
½ sudu teh
garam halus
Bahan Basah
2 biji
kuning telur
1 cawan Buttermilk
2 sudu besar
mentega (dicairkan dan kemudian set pada room temperature)
½ sudu teh
esen vanilla
Bahan Lain
2 biji putih
telur
Sedikir minyak
masak
Caranya:
Satukan bahan kering dan gaul rata dalam satu bekas. Elok jika diayak
sekali. Dalam bekas yang lain, satukan pula semua bahan basah dan kacau hingga
sebati. Buat sedikit lubang ditengah-tengah bahan kering tadi dan kemudian
tuangkan bahan basah di lubang tersebut. Kacau bahan-bahan tadi sehingga sebati
akan tetapi, jangan terlalu over kacau. Kerana ini akan membuat pancake
tersebut jadi keras sedikit.
Selepas bahan-bahan tersebut telah sebati, pukul telur putih sahaja di
dalam satu bekas sehingga jadi soft peaks. Kemudian denagn menggunakan spatula,
masukkan putih telur yang sudah dipukul tadi kedalam adunan bahan kering &
basah tadi. Gaulkan dengan perlahan supaya buih-buih putih telur tesebut tidak pecah.
Bila dah rata, ambil senduk dan cedok ikut saiz yang anda mahu dan
tuang kedalam kuali yang ada sedikit minyak yang telah dipanaskan. Biarkan
bancuhan tadi merata sendiri. Pastikan anda guna api yang kecil. Bila nampak pancake
pucat sedikit, terbalikkan dan masak hingga warna keperangan. Buat kaedah yang
sama pada baki adunan tadi.
Pancake nie sedap dimakan dengan butter bersama jem atau madu. Jika
mahu, kita bole tambah chocolate chip dalam adunan dan masak seperti biasa.
Kita akan dapat makan pancake chocolate chip. Hasilnya? Sedappppp………
Selamat mencuba!.....
~Daddy Shahab~
No comments:
Post a Comment