Saturday, 26 October 2013

Mommy Shahab Rainbow Cake With Citrus Cream Cheese

Kam Haryatie Abdul Mutalib | 08:50 |
Pergh! Nama kek bukan main lagi. Meletop! Tak pe la kan, kek ni saya yang buat, sukati saya lah nak bagi nama apa pun...hehehe....Saya memang suka baking. Tapi saya tak suka baking yang susah-susah, saya akan cari resepi yang senang nak buat dan tak perlukan masa yang lama. Sebab constraint masa dan selalunya bila baking ni anak saya yang sulung akan jadi assistant tak bertauliah.

Bila ada sorang assistant, nanti akan datang pulak, assistant yang ke-2, dan ke-3. Jadi tak boleh buat kek yang rumit, nanti kepala otak saya pun rumit jugak lah nak melayan hero-hero saya tu. Silap-silap jadi kelas buat kek pulak, tak menjadi kek saya, maklum lah, saya ni bukannya expert pun. Baking ni ikut mood.


Sebenarnya klu anda nak tahu, resepi kek ni asalnya resepi kek gulung yang paling senang dalam dunia nak bikin. Saya dapat resepi ni dari mak sedara saya, diturunkan kepada mak saya, dan bila sampai kat saya dan hubby, kitorg improvised.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara nak buat Mommy Shahab Rainbow Cake With Citrus Cream Cheese (bukan main panjang lagi nama kek ni).
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bahan-bahan

Kek:
  • 4 biji telur
  • 100 gram gula castor
  • 100 gram tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • 2 sudu teh ovelette
  • 50 gram butter 
Krim cheese:
  • 1 bar cream cheese Philadelphia
  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • Parutan kulit lemon
Cara-cara

Kek 
  • Cairkan 50 gram butter - sejukkan dahulu hingga ke suhu bilik
  • Pukul semua bahan kek sehingga kembang
  • Asingkan kepada 7 mangkuk adunan, dan letakkan pewarna yang diingini (seperti gambar di atas)
  • Bakar setiap satu adunan yang berwarna tadi selama 10 minit dengan suhu 150 darjah celsius
Krim cheese
  • Pukul semua bahan krim sehingga kembang
  • Sapukan krim yang dah siap dipukul tadi berselang seli antara kek yang dah siap di bakar tadi.
  • Last sekali sapu krim di bahagian atas kek, dan hias mengikut kreativiti sendiri (saya tak berapa nak kreatif tang hias kek ni)
p/s ni untuk 1 adunan, kalau nak bagi tebal macam dalam gambar kat atas tu, kene buat 2 adunan atau lebih.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ni kek apa pulak ni? Rainbow cake lah! Hahaha....Sebenarnya ni adalah kek yang sama, resepi yang sama, tapi saya buat masa birthday anak saya. Disebabkan masa ni tak plan bebetol, so bahan-bahan tak cukup, jadi saya cuma buat 1 adunan je. So bila 1 adunan, layer tak dapat nak buat tebal, memang jadi nipis sesangat. Bila dah layer2, alamak ai jadi cam kelakar je kek aku ni. So duduk termenung sat cari idea cemane nak buat ni. Takkan nak g kedai beli kek lain kot. Pikir punya pikir, haaaaaa......inilah hasilnya....


Sebbaik lah mami tak ketandusan idea. Senang jugak bila hidang macam ni. Tak payah nk potong, tak payah nak guna piring. Ambil je sorang satu. One of my talent is able to think of new ways to do things better. Kene lah jadi inovatif sket kan.



Eh, apsal tetiba ada angry bird kat atas kek tu. Haah, memang saje je mami letak tu....kuikuikui...Mami tak tau nak hias apa dah...mami jenis yang guna pakai apa je yang ada kt sekeliling. Boleh la kan....

p/s Rasa-rasa, bila dah jadi Working At Home Mom, boleh ni nak buat bisnes kek pulak....

~Mommy Shahab~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...