Follow Us @kamharyatie

Friday 4 October 2013

Offline Versus Online - The Internship






Dah lama tak tengok wayang bersama isteri tercinta. Nak-nak bila ada anak kecik yang berderet. Tapi sekali-sekala kena cari peluang untuk bersuka-ria berdua. So, setelah dapat free ticket wayang GSC Pavilion untuk tengok mana-mana cerita kat wayang GSC Pavi hasil dari kerja kuat untuk menaikkan ESCAPE Celcom, kami berdua pergilah ke Pavi.

Dari banyak-banyak cerita yang ada, beri pilihan pada wifey memilih untuk tengok samada ‘Jobs’ atau ‘The Internship’. Selepas timbal balik, dia memilih ‘The Internship’ sebab katanya, tak nak tengok cerita yang heavy, nak tengok cerita lawak sebab nak release tension.

Setelah melihat cerita ini, saya rasa sesiapa yang berminat atau suka berniaga patut tengok filem ni. Banyak maksud tersirat yang boleh kita ambil ikhtibar dan digunakan untuk memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan 2 orang sahabat yang agak berumur yang memang pakar buat sales secara offline (Salesman-offline) lakonan Vince Vaughn, Owen Wilson. Diaorang ni bole jual apa sahaja secara offline sehinggalah satu hari mereka dapat tahu yang syarikat mereka bekerja ditutup kerana hasil sales syarikat tersebut merosot disebabkan ramai orang tidak lagi menjual secara offline pada zaman teknologi ni. 

Semua perniagaan dan transaksi sekarang menggunakan urusan online. (Macam pernah dengar situasi ni kan?) Oleh kerana mereka nie Old School Salesman (Otai), mereka terpaksa mencari kerja lain yang berkaitan dengan online. 

Cari punya cari, mereka terjumpa ada kekosongan untuk menjadi intern di Google. Siapa yang berjaya melepasi program intern tersebut akan dipilih menjadi pekerja tetap  di Google. Syarat untuk register sebagai intern pula, mestilah student kolej atau universiti. 

Disebabkan hanya itu je peluang yang ada pada masa tu, mereka telah mendaftar di sebuah kolej juga secara online semata-mata untuk mendapat kelayakan diterima sebagai intern. Dan memang betul, mereka berjaya diterima selepas diinterview oleh Google yang dijalankan juga secara online.

Bila sampai di sana, diorang ni terpaksa compete dengan kelompok elit dunia tech-savvy dan bijaksana untuk mendapat tempat dihati Google. Bayangkan bagaimana diorang ni berusaha sedaya upaya membuktikan yang mereka ini tidak ketinggalan zaman.

Bagaimana kesudahannya? Cari dan hayati cerita ni. Ada yang akan tergelak besar kerana ada kaitan dengan business yang kami buat sekarang ni. Jom lihat trailer ‘The Internship’ nie. 



Moral of the Story

  1. Bagaimana orang yang selama ini handal buat sales secara offline terpaksa bertarung dengan orang lain yang membuat perniagaan secara online.
  2. Bagaimana 2 orang old school mengejar impian untuk bekerja di Google, walaupun mereka diperlekehkan & diketawakan sebab mereka tidak tahu apa-apa mengenai online business.
  3. Apa2 bisnes yang kita buat mesti secara teamwork. Kita takkan berjaya kalau kita gerak sorang2.
  4. Anda akan tahu kenapa sales secara Offline masih lagi relevan walaupun kita dikelilingi dengan sales secara online.
  5. Anda boleh tahu bangaimana untuk menghadapi kesukaran dan keep moving forward.
  6. Lastly, kita boleh tahu yang kedua-dua online dan offline harus bergerak seiringan untuk ensure sales kita naik.
  7. Yang paling penting, saksikan bagaimana kita nak menjual atau promote sesuatu barang – melalui hati dan bukan barang
Ingat! Ramai yang beli sesuatu barang bukan pasal barang tersebut tetapi disebabkan oleh orang yang menjual tu.

Semoga bermanfaat.

~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 


No comments:

Post a Comment