Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa
dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Saya doakan, anda
semua kaya dan berjaya. Dipermudahkan segala kehidupan di dunia dan di
akhirat.
Harini nak share kisah anak-anak. Ramai yang tahu, saya ada 3 orang anak. Hero-hero belaka. ketiga-tiga mempunyai sikap dan personaliti yang berbeza. Nak cerita satu persatu perangai masing-masing, panjang pulak. So saya ringkaskan sedikit.
Anak Sulung
Anak sulung saya Syed Dzikrie Shahab, seorang yang kuat menangis. Maksud kuat nangis, bukan menangis kuat-kuat. Tapi hatinya lembut dan sangat mudah tersentuh. Orang kata hati kecik. Kalau salah sedikit, memang sangat cepat menitiskan air mata. Sampai kerap kali keluar dari mulut saya, "orang laki tak boleh menangis!"
Kadang-kadang buat saya stress sebab sikit-sikit menangis. Selalu kena buli dengan adik yang bongsu. Sampai saya selalu pesan "Dzikrie tak boleh macam ni. Dzikrie kena kuat. Tak boleh buat orang lain buli Dzikrie. Kalau Dzikrie menangis, lagi orang suka buat, so jangan menangis".
Anak Kedua
Syed Qhalish Shahab anak yang kedua. Qhalish adalah anak istimewa, telah didiagnosed mengalami mild autism. So far perkembangannya semakin positif, cuma dari segi percakapan, perkembangannya agak perlahan. Qhalish ni terlebih cool pulak.
Anak Ketiga
Syed Raees Shahab anak yang ketiga. Memang sesuai dengan namanya yang bermaksud KETUA. Dalam semua perkara, mesti dia yang dulu. Semua orang mesti ikut cakap dia. Abang-abang agak takut dengan Raees, apa lagi kalau tengah marah.
Raees tak boleh disergah. Kalau nak tegur, kena cara yang lemah lembut. Kalau kita berkasar, Raees akan 2 kali lebih kasar. Cepat marah, tapi kalau kena gaya pujuk, cepat juga sejuknya. Atuk Raees selalu pesan pada saya supaya tengok-tengokkan Raees, sebab Raees suka pukul abang-abangnya.
PERKONGSIAN DAN PERINGATAN
Dalam menangani sikap dan perlakuan anak-anak yang berbeza-beza,
kadang-kadang memang buat saya stress. Apalagi dalam keadaan saya yang
selalu sibuk setiap hari. Bila anak-anak mula bising, bergaduh berebut
mainan, marah-marah, menangis, menjerit, tipu kalau saya katakan, saya
sentiasa tenang.
Sehinggalah 1 hari, saya terbaca tentang satu perkongsian yang cukup indah dari Ustaz Ebit Liew, perkongsian yang sangat berkait rapat tentang permasalahan hati setiap ibu bapa dalam cabaran membesarkan anak-anak.
# Jika anak MANJA jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..
# Jika anak nak ikut keluar rumah dan tak nak tinggal itu tandanya mereka bakal Daie besar..
# Jika anak asyik bercakap tak berhenti itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..
# Jika anak selalu nak bergusti itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit…
# Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..
# Anak kuat menangis insyaAllah esok dah besar senang mereka
menjadi orang mudah menangis masa berdoa dan solat serta membuat amal
baik..
# Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.
# Anak remaja dah besar macam-macam permintaannya itu
tandanya mereka perlu di bawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka
tahu erti hidup susah..
# Anak remaja suka menyendiri mungkin Allah nak ingatkan
keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan
berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..
# Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik beradik lain.
# Anak berpura-pura dan banyak muslihat mungkin kerana
ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa
selalu bergaduh depan anak-anak…
# Anak gila artis dan glamour mungkin kerana ibubapa pun kaki
tv dan hp dan boleh perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis
bersama anak-anak dan bawa majlis ilmu..
# Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam…
SANGKAAN ADALAH SATU DOA
Ustaz Ebit Liew menceritakan satu kisah tentang seorang makcik yang mengadu tentang anaknya. Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata.
Kuat merokok, sekarang memang degil dan tak boleh buat apa-apa dah..umur
baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata.
"Saya dah tak nampak jalan nak buat apa, katanya. Kalau
ustaz boleh bantu saya saya amat bertuah dan beruntung..tapi saya memang
rasa mustahil"
"Anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu.
Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia
baik dan bakal jadi orang hebat"
"Ish ustaz ni takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer.."
"Puan tukar sangkaan dan doa puan..insyaAllah dia
akan jadi orang hebat…Allah baik,Maha Penyayang, dia suka sangkaan yang
baik…."
"InsyaAllah ustaz. Anak saya baik dan bakal jadi orang hebat. Macam tu yer ustaz?"
"Yer puan tukar sangkaan dan doa pada mereka. Saat kita
bersangka baik dan cakap yang baik itulah iman. Harapan kepada hidayat
dan kebaikan ialah iman. Nabi saw setiap hari berjumpa manusia yang
menyusahkan dan ingin membunuhnya tapi sentiasa letakkan 100 peratus
sangkaan baik bahawa sekali iman datang seseorang itu akan berubah juta
kali lebih dari apa yang kita boleh bayangkan"
Selepas beberapa minggu, makcik tadi ceritakan anaknya bertambah baik. Alhamdulillah. Makcik tadi kata;
"Betul ustaz, saya mengubah sangkaan, dia pun berubah…sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak…"
PENGAJARAN
Selepas saya baca perkongsian ini, saya mula untuk sentiasa bersangka baik terhadap semua perkara. Allah kan beri mengikut sangkaan hambaNya. Jadi, kita kena selalu sangka yang baik-baik terhadap anak-anak kita.
Jika terlintas di hati tentang sangkaan yang buruk-buruk, cepat-cepat hentikan. Tukar sangkaan dan doa kita terhadap anak-anak. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman.
Dengan sangkaan dan harapan yang baik barulah kita semakin
rajin menasihati dengan lembut. Bijak dan hikmah dalam membangunkan
anak-anak. Tanpa sangka baik kita akan membenci. Dalam doa pun dengan
marah. Dalam nasihat pun menjadi bebelan dan menyakitkan hati.
Saat kita mengubah sangkaan, anak akan turut berubah mengikut sangkaan kita. Sangkaan ibubapa adalah doa paling
kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak. Subhanallah.
Saya bersyukur yang Dzikrie seorang yang mudah tersentuh hatinya, sebab saya yakin, Dzikrie adalah seorang anak yang bakal mencapai segala impiannya atas doa yang selalu dipanjatkan, yang rajin bangun solat malam untuk mengadu dan berdoa kepada Allah dengan sesungguh-sungguhnya.
Percayalah tak ramai orang mampu untuk berdoa meminta dari Allah sehingga sanggup menitiskan air mata. Tak ramai. Termasuklah diri saya sendiri. Semoga Dzikrie menjadi seorang yang sentiasa berasa rendah diri di hadapan Allah, tetapi dipandang tinggi di mata manusia.
Saya bersyukur kerana Qhalish adalah penghuni syurga. Anak yang telah ditetapkan untuk menjadi pengiring saya ke syurga. Anak yang sangat baik budi pekertinya yang selalu menjadi penyejuk hati.
Saya bersyukur kerana Raees bakal menjadi pejuang Islam. Seorang pemimpin, pembela dan pelindung. Anak yang berani menegakkan kebenaran dan keadilan walaupun pahit.
Anak yang mempunyai iman, prinsip dan pendirian yang tetap dan teguh dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak baik. Anak yang petah bercakap dan sentiasa menjadi orang yang sentiasa memberi manfaat kepada ramai orang.
Anak yang mempunyai iman, prinsip dan pendirian yang tetap dan teguh dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak baik. Anak yang petah bercakap dan sentiasa menjadi orang yang sentiasa memberi manfaat kepada ramai orang.
Syukur...Syukur...Syukur...
Dan kita sebagai anak pula, jadilah anak yang membuat ibu bapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.
"Ya Allah jadikanlah anak kami daieMu dan berjaya dunia dan akhirat
dan jadikan kami anak yang menyukakan kedua ibubapa kami dunia dan
akhirat. Ya Allah terimalah kami semua. Amin...."
*
Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di
luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu
ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
No comments:
Post a Comment