Follow Us @kamharyatie

Monday 13 November 2017

TRIP KE TURKI BERSAMA KEMBARA SUFI - DAY 3 (KUSADASI - PAMUKKALE)




Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog www.mommyshahab.com sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah. In shaa Allah.

Bagi yang terlepas entry sebelum ini, sudilah baca dilink ini:-


Jom saya share pula perjalanan hari ketiga pula.

DAY 3 (KUSADASI - PAMUKKALE)

Kami mula dapat wake up call seawal pukul 5.30am. Bersiap-siap dan solah Subuh. Pukul 6.30 pagi kami mula turun ke bawah membawa beg dan terus sarapan pagi.

Alhamdulillah, Hotel Royal Palace ini mengadap laut. Hanya waktu pagi baru boleh nampak sebab kami selalunya sampai ke hotel bila waktu dah gelap. Hotel ni pun agak selesa.

Selepas sarapan, kami mula masukkan beg masing-masing ke dalam perut bas. Pastikan tiada barang tertinggal ya sebab perjalanan kita semuanya jauh-jauh. Susah nanti nak dapat balik barang.

Seperti biasa bacaan doa diketuai oleh Tour Leader kita, saudara Shahnom dan diikuti dengan tazkirah pendek.

Eran selaku Tour Guide mula menceritakan tempat-tempat yang akan kami lawati nanti. Dia bagi summary sejarah semua tempat-tempat itu dan menjawab semua soalan jika ada pertanyaan. Sambil itu, dia try samada kita hafal atau tidak, bahasa Turki yang dia ajar semalam. Semua lulus dengan cemerlang. 'Small the pieces' kata orang.

Perjalanan hari ni tak sejauh hari sebelum ini. Hanya lebih kurang 220km sahaja. Tetapi kami akan ada banyak tempat untuk dilawati. Dari hotel kami boleh nampak kepulauan Greece iaitu Pulau Samos.


TEMPLE OF ARTHEMIS
Tempat penyinggahan kami yang pertama hanya 20 minit dari hotel kami duduk semalam. Kawasan ini dipanggil Ephesus Ancient City, yang juga dikategorikan under UNESCO World Heritage. Kawasannya sungguh besar. Dan tempat ini merupakan Temple of Artemis atau Temple of Diana, sebuah tempat sembahyang orang-orang Greek yang bertuhankan Artemis. 

Pada masa dahulu, ianya digazetkan sebagai salah satu 'Wonders of the World'. Akan tetapi, akibat gempa bumi, kawasan ini cuma tinggal beberapa tiang sahaja.

Model ini menujukkan rupa bentuk Temple or Artemis.

Ber'Selfie' dengan Boboy, anjing kawasan, sebelum kita bertolak ke desitinasi seterusnya.

LECO LEATHER & FUR

 Next, kami menuju ke Leather Factory, Leco Leather & Fur. Barangan kulit merupakan satu perusahaan masyarakat di sini. 

 Kami terus dijemput ke dalam dewan.

Rupanya kami akan menonton pertunjukkan Fashion yang memperagakan baju-baju kulit yang menjadi kebangaan mereka. Sambil itu, kami disajikan dengan Apple Tea.

Kami mula mengambil tempat di sebelah platform catwalk yang disediakan.

Pengurus kilang mula menyapa kami dan menerangkan sedikit sebanyak tentang kilang mereka. 

Antara barangan kulit yang diperagakan oleh model-model Turki. Rupanya, industri kulit di Turki merupakan antara yang terbaik di dunia bersama Italy dan Amerika Selatan. Banyak jenama-jenama terkenal seperti Hugu Boss, Burberry, Gucci, Prada dan sewaktu dengannya dibuat di sini kerana mutu kulitnya.

Kita boleh pilih jaket-jaket atau barangan kulit yang diperagakan dengan menanda pada kertas yang disediakan. Sebab nanti kita boleh senang cari dan bertanyakan harga dan sebagainya dengan mudah.

Selepas tergamam dengan barangan kulit yang diperagakan, suasana mula menjadi riuh rendah dengan gelak tawa apabila 2 daripada kumpulan kami dijemput ke atas pentas sambil memperagakan barangan kulit mereka.

Selepas pertunjukkan fashion, kami dibawa ke tempat lain untuk penerangan selanjutnya mengenai barangan kulit yang diperagakan tadi. Kebanyakkan jaket di sini merupakan dari Lamb Skin, di mana material ini sangat lembut dan senang di jaga dari kulit lembu. Kami juga dapat melihat bagaimana seorang pakar jahit menjahit jaket kulit dan semuanya dibuat secara handmade.

Saya pun tidak melepaskan peluang untuk mencuba jaket kulitnya. Ternyata lembut dan best bila pakai. Jaket ini adalah reversable which boleh pakai dalam dan luar. Harganya pun boleh tahan. Jika tak salah dalam USD1,300 but ada 25% diskaun. Ikutkan hati memang nak beli. Mungkin next trip boleh consider.

Antara handbag kulit yang dipamerkan 

Beberapa jenis jaket kulit yang cantik-cantik

Menjadi model kejap tanpa jaket kulit sebelum bertolak ke Ancient Ephesus City.

EPHESUS ANCIENT CITY

Tak sampai 10 minit dari Kilang tadi, kami tiba di Ephesus. Sebuah kota lama kaum Greek beribu tahun lamanya. Ianya merupakan sebuah bandar besar yang menjadi pusat segala aktiviti ekonomi.

Terdapat banyak runtuhan bangunan seperti di atas. Bayangkan tempat ini merupakan kota kedua terbesar kaum Greek selepas kota Roma dahulunya. Gerbang itu merupakan pintu masuk ke salah satu Turkish Bath di mana ianya tempat mandi awam dibuka untuk semua golongan. Di sini bukan sahaja untuk mandi, tetapi ianya juga menjadi tempat di mana orang-orang berkumpul untuk berbincang mengenai hal ehwal semasa mahupun politik, sambil makan-makan. Kiranya seperti Restoran Mamak kat Malaysia la. Dikatakan mereka boleh habiskan setengah hari di sini.

Kali ni kita berselfie pulak dengan Pak Miaow. 

Mencari ketenangan sambil menahan sejuk.

Kota lama ini menempatkan perlbagai jenis kemudahan seperti Perpustakaan, Theatre, Public bath, hospital, pasar, kuil dan tempat ekonomi seperti bank dan lain-lain.

Salah satu bukti bahawa terdapatnya tempat perubatan wujud pada masa dahulu. Lambang ini merupakan lambang yang hampir serupa seperti lambang kedoktoran sekarang yang masih diguna pakai.

Ini merupakan main road di Kota Ephesus. Di sini kita boleh lihat betapa majunya tamadun dahulu kala di mana mereka sudah mempunyai sistem pengairan yang baik dari rumah ke rumah. Selalunya orang yang Berada akan duduk di tempat tinggi dan mereka yang miskin, penempatan mereka di kawasan rendah.

Temple of Hadrian

Ini merupakan tandas awam bagi kaum Greek. Lubang-lubang itulah merupakan tempat melepaskan hajat. Apabila sudah melepaskan hajat, mereka akan mengambil satu alat seperti sponge dan mengambil air dilongkang kecil dihadapan lobang itu dan cebuk. Sponge itu kemudiannya diberikan pada orang sebelah. Dengar seperti pengotor, tapi pada masa dahulu, mereka masih belum kenal erti virus dan bakteria..

Ini merupakan salah satu tempat menyimpan mayat.

Sama seperti runtuhan yang lain, tiang-tiang ini banyak yang runtuh akibat gempa bumi. Pakar Arkeologi berjaya menjumpai serpihan batu-batu & tiang-tiang dan cuba menyusunya kembali. Akan tetapi, ada serpihan yang tidak dijumpai, maka ianya digantikan dengan simen. Yang berwarna coklat sikit tu merupakan simen dan yang lain adalah batu original.

Ini merupakan sebuah perpustakaan yang terawal, Library of Celsus. Ia dibina bagi memperingati Senator Roman pada masa itu, Tiberius Julius Celsus Polemaeanus. Ianya siap dibina antara tahun 114-117. Perpustakaan ini juga merupakan salah satu pembinaan yang terhebat pada masa Empayar Roman which menyimpan lebih kurang 12,000 skrol dan menjadi perpustakaan kedua terbesar selepas perpustakaan Alexandria.

Ini merupakan Ephesus Great Theatre. Theatre ini boleh memuatkan lebih kurang 25,000 orang pada satu masa. Besarkan? Ia digunakan untuk teater atau persembahan nyanyian. Fakta menarik mengenai Theatre ni adalah, ianya tidak memerlukan microphone atau pembesar suara untuk bercakap. Susunan batu menaik membuatkan setiap suara yang dilontar boleh sampai ke penonton di atas. Antara teknologi terbaik pada masa itu.

Pemandangan jauh Great Theatre tadi. Betapa besarnya kawasan Ephesus ni. Kalau nak jalan kesemuanya memang tak cukup masa.

Setelah berjalan hampir 2km, akhirnya tamatlah lawatan kami di Ephesus Ancient City.

Keluar sahaja dari tapak lawatan, ada beberapa gerai yang menjual pelbagai makanan, minuman dan cenderahati. Yang menjadi minat saya adalah buah tin yang segar ini. Buah ini tak tahan lama untuk dieksport, thats why kenapa buah tin yang kita selalu makan adalah yang telah dikeringkan. This is my first time makan buah tin segar ini dan ternyata memang sedap.

ISA BEY MOSQUE

Next stop, Isa Bey Mosque. Masjid ini dibina pada tahun 1375. Ianya merupakan salah satu senibina tertua tinggalan Beylik Anatolia. Masjid ini dibina antara Gereja Santo Jean dan Kuil Artemis. Pada abad ke-19, ia juga pernah dijadikan sebagai sebuah Caravanserai. Tempat di mana pengembara atau perdagang boleh rawat dan rehat dari perjalanan jauh.

Sejarah Masjid Isa Bey

Halaman depan pintu masuk Masjid. Terdapat batu-batu binaan Rome yang lama which pernah hancur sebelum ini melalui gempa bumi atau kebakaran yang kemudiannya diambil untuk mencantikan kawasan masjid.

 Pintu masuk Masjid Isa Bey

 Keadaan dalam Masjid. Unfortunately, kami tak sempat nak Solat Sunat Tahiyatul Masjid kerana dah nak masuk waktu Zohor dan Eran mahu kami bersolat di Masjid lain. Satu mengenai Eran ni, semua decision dia bersebab. Dia kalau boleh nak semua orang selesa dan happy semasa mengembara dengan dia. Seperti kes Masjid Isa Bey ini, Tempat wuduk lelaki perempuan adalah ditempat yang sama dan di halaman masjid. So kaum hawa akan jadi tidak selesa bila nak berwuduk nanti. Eran selalunya akan bawa ke Masjid yang mesra dengan semua orang.

Di luar kawasan masjid terdapat beberapa gerai kecil yang menjual cenderahati untuk dibawa balik ke tanahair.

GOZBASI  LOKUM 

Sebelum kami berhenti untuk makan tengahari, kami berhenti sebentar di Gozbasi Lokum. Sebuah kedai menjual manisan Turki atau lebih dikenali sebagai Turkish Delight. Menurut kata Eran, kedai ini antara kedai yang menjual good Turkish Delight yang sedap dan berkualiti. Ramai orang yang pergi ke Turki akan membeli Turkish Delight yang dijual di tepi-tepi jalan atau yang murah-murah. Akan tetapi, Turkish Delight ini, semuanya bukan original which mereka menggunakan Glukose dan bahan-bahan kimia bagi memaniskan Turkish Delight tersebut. Which is true, sebab selalunya ramai orang Malaysia termasuk saya, yang makan Turkish Delight, rata-rata kata tak sedap. Bila rasa yang original, sampai tak cukup pulak.

Sampai-sampai je kami disajikan dengan beberapa Turkish Delight. Memang sedap sangat sampai habis semua mangkuk tester tu dikerjakan oleh kami.

Turkish Delight yang juga dikenali sebagai Lokum merupakan manisan yang diperbuat dari Tepung Kanji dan Gula. Yang kemudiannya dicampurkan dengan bermacam-macam kekacang seperti Pistacio, Walnut, Hazelnut, Kurma dan berbagai-bagai lagi. Ada juga yang dicampurkan perisa seperti Lemon, Rosewater dan Orange untuk menaikkan rasanya. Lokum ini selalunya menjadi makanan di Raja kerana bahan-bahan nak membuatnya memang mahal. Akan tetapi, Lokum sekarang telah menjadi hadiah yang diberikan pada rakan-rakan apabila dilawati.

Ni pun best seller di sini iaitu Buah Tin yang dikeringkan dengan matahari dan disumbat dengan kacang Walnut. Harga ni dalam USD12 sekotak.

Rata-rata kesemua produk-produk di sini sedap-sedap belaka. Harganya pun dalam sekitar USD7 - USD16 sekotak. Akan tetapi, kerana selalunya mereka akan beri 1 kotak percuma jika membeli 5 kotak, kami berkongsi ramai-ramai untuk menjatuhkan harga dengan lebih murah lagi. 


Kami kemudiannya berhenti makan tengahari.

Kat sini, kami cuba try Sate Turki. Since Firdaus belanja, kita doakan dia dimurahkan rezeki. Sedap gak Sate tu sebab ianya Sate Kambing. 

COTTON CASTLE

Selepas makan tengahari, kami berhenti sekejap untuk Solat Jamak dan meneruskan perjalan lagi ke Pamukkale. Pamukkale yang bermaksud Cotton Castle dalam bahasa Turki merupakan satu kawasan yang terkenal dengan air panasnya dan beberapa kolam berteres putih yang besar yang diperbuat daripada Travertine iaitu Batu Kapur. And yes, kat sini tak ada pun istana atau kapas. Yang ada cuma beberapa kolam air panas dan kota lama Greco-Roman iaitu Hierapolis. Cotton Castle ini juga digazetkan sebagai World Heritage Site. Satu-satunya tempat semulajadi yang diberikan penghargaan seperti itu.

Lihatlah betapa besarnya tapak kota Hierapolis ni. Dan bahagian B yang bewarna putih tu merupakan Travertine di kolam-kolam air panas.

Pintu masuk ke Pamukkale 

Nak ke kawasan kolam-kolam di tebing tu kena jalan lebih kurang 400-500 meter. On the way terjumpa pulak ada beberapa pasangan pengantin buat photoshot di sini sebab permandangan kat sini, Subhanallah, memang cantik.


Sampai-sampai, acara yang ditunggu-tunggu oleh Shahnom. Group photo.



 Air panas akan mengalir dari atas ke bawah dan akan membentuk beberapa kolam di terbing bukit. Since sekarang musim luruh, maka ada beberapa tempat yang kering dan meninggalkan kesan Travertine sahaja. Bila datangnya musim Salji dan Bunga, air akan mula bertakung dilekuk-lekuk tu dan bila kena cahaya matahari, kawasan itu akan nampak hijau kebiruan. 

Yang belakang tu penuh dengan orang yang berjalan sampai hujung tempat air panas mengalir, disebabkan ada beberapa kolam untuk orang beriadah dan mandi.


Maria di tebing kolam-kolam air panas


Orang ramai mula bergerak ke kolam-kolam air panas

Sempatla juga merendam kaki di alur air panas. Akan tetapi air tak sepanas yang disangka kerana musim luruh suhunya sejuk sedikit. 

 Disalah satu kolam dengan Faizal.

Macam diliputi saljikan? Nampak lembut tapi sebenarnya keras tu. 
 
 Bergaya ala-ala model di dinding Travertine

 Dah jalan-jalan, ajak Firdaus dan Shahnom berendam pulak sementara nak tunggu balik

Ni merupakan salah satu Turkish Bath besar di Hierapolis.

Hari pun dah nak gelap. So kami mula bergerak ke bas untuk balik ke hotel.


 Alhamdulillah, kami sampai ke hotel Ninova.

Ramai-ramai menunggu di lobi sementara menunggu kunci bilik. 

Ni merupakan bilik asal saya dan room mate saya Hj Kamarudin. Tapi ada pasangan yang nak katil Queen, kami bertukar dengan mereka. Dan kami akhirnya dapat katil Single. Kalau tak terpaksa tidur berdekatan....huhuhu


Yang bestnya, belakang bilik kami mengadap kolam air panas hotel. Saya dan Firdaus tidak melepaskan peluang untuk mandi di sini. Segar sikit badan selepas berjalan jauh.

Maka berakhirlah pengembaraan Turki bersama Kembara Sufi kami dari Kusadasi ke Pamukkale.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jemput baca perjalanan kami pada Day 4 pula di sini:


Jika anda suka akan sharing ini, mohon like and sharekan pada yang lain semoga ramai lagi yang dapat manfaat dari perkongsian ini. Saya doakan anda kaya & berjaya.

Wassalam


~Daddy Shahab~


+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika Anda Ingin Mengikuti Trip Macam Kami, Sila Hubungi Nombor Di Bawah:


Harga yang ditwarkan adalah RM3,999 + RM200 (Tipping) = *RM4,199 sahaja
*Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa
Trip untuk tahun 2018 sudah dibuka SEKARANG.

Jika anda berminat, sila Whatsapp: 019-302 6460


Atau klik link ini: http://bit.ly/kembarasufi-turkey dan anda akan didirectkan ke Whatsapp Kembara Sufi



No comments:

Post a Comment