Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog www.mommyshahab.com sentiasa dilimpahi rahmat dan diperbanyakkan rezeki dari Allah. In shaa Allah.
Bagi yang terlepas entry sebelum ini, sudilah baca dilink ini:-
Jom saya share pula perjalanan hari ke-6 pula.
DAY 6 (CAPPADOCIA - ANGKARA - BOLU)
Kami mulakan hari kami dengan sarapan setelah Solat Subuh.
Mula bergerak ke bas. Masa ni suhu ialah 4 Celcius. Yes, sejuk yang amat sangat. Sampai bila bercakap pon keluar asap.
Perjalanan hari ini agak jauh gak. Kira-kira 520km ke Bolu. Sebelum itu kami akan singgah ke Ankara dulu. Ibu negara Turkey.
VENESSA SERAMIK & POTTERY
Sebelum kita meninggalkan bumi Cappadocia ni, kita singgah dulu ke satu tempat yang tidak jauh dari hotel kami iaitu Venessa Seramik & Pottery. Tembikar & seramik di Turki juga amat terkenal di mata dunia.
Kami diminta duduk dalam satu dewan untuk penerangan dan pertunjukkan membuat tembikar.
Sekali dia gelek, dia gelek, dia gelek....jadilah tembikar comel
Nampak tembikar kecik tu. Sekejap je dia buat. Memang lawa.
Salah satu ukiran yang diperbuat dari tanah liat
Antara bahan tembikar yang dipamerkan dan untuk dijual. Basically ada 2 section. Satu yang dibuat oleh student, which murah sikit harganya dan section Profesional, which harganya boleh tahanla. Tapi berbaloi dengan hasil kerja mereka.
Selepas mereka membentuk tanah liat menjadi sesuatu produk, mereka akan melukis corak dengan tangan.
Ini merupakan sebuah jug wine pada zaman Anatolia yang diberi nama Hittetis Wine Jug. Rekabentuk ni agak famous di Turki.
Selesai urusan jual beli, kami terus naik bas dan mula bergerak ke Ankara.
Since jalan nak ke Ankara agak jauh, kami mulakan semula sesi Taaruf. Sesi ni dah bermula since Day 4 lagi untuk menghabiskan masa dalam bas. So takderla rasa boring. Ni la Dr Abdul Rahman Yusof. Banyak yang dia kongsikan untuk pengetahuan kami semua. Dengan sesi inilah kami semua menjadi lebih rapat kerana dah mulai mengenali antara satu sama yang lain. Isterinya pula Dr. Rohani juga merupakan seorang Doktor Pakar.
SALT LAKE (LAKE TUZ)
Selepas beberapa jam perjalanan, kami dikejutkan oleh Eran kerana beliau nak menunjukkan tentang sebuah Salt Lake kedua terbesar di Turki. Tasik yang cetek ini akan kering dalam musim panas dan luruh. Maka terhasillah garam. Salt Lake ini boleh membekalkan sebanyak 300,000 Tan garam setahun, iaitu 60% dari total Salt production di Turki.
Sampai sudah. ini dikategorikan sebagai salah satu comfort break, sebelum kami pergi makan lunch.
Betapa luasnya Salt Lake ni. Semua yang dipijak itu adalah tanah jajahan garam-garam.
Ada nampak ini garam? Jangan makan lak sebab dah kena pijak-pijak dek orang. Garam ni kena diproseskan dulu untuk makan atau buat kosmetik.
Ketika
musim panas, air tasik akan bertukar menjadi warna merah akibat kehadiran
sejenis algae berwarna merah
Selain botol garam yang saya beli, ni adalah snack yang sering saya cari sebab sedap. Harga pon OK dalam TL3 - TL4. Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Restoran untuk makan tengahari.
Harini kami makan awal sikit dalam pukul 11.30pagi. Ayam dalam kuali ni saya suka sangat sebab memenuhi nafsu makan saya. :)
ANATOLIA CIVILIZATIONS MUSEUM, ANKARA
Selepas makan tengahari, kami meneruskan perjalanan hingga ke Ankara yang digelar sebagai 'The City of Ataturk'. Ankara adalah ibukota Turki sejak tahun 1923, menggantikan Konstantinopel atau Istanbul dan merupakan bandar kedua terbesar di Turki.
Akhirnya
kami tiba di Anatolia Museum yang menempatkan pelbagai artifak sejarah sejak
zaman sebelum masihi lagi.
Tiket masuk ke Anatolia Museum. Muzium ni merupakan bangunan lama yang dibina pada tahun 1464. Bangunan ini dahulunya merupakan sebuah bazaar atau pasar besar. Akan tetapi, akibat kebakaran besar pada tahun 1881, ianya menjadi bangunan terbiar sehinggalah Ataturk mengarahkannya bangunan ini dibaik pulih pada 1943 sehingga menjadi sebuah muzium hingga kini.
Eran
sedang menerangkan sejarah asal usul manusia di bumi Turki ini sejak zaman
Paleolitik lagi dengan bukti-bukti artifak yang dijumpai.
Banyak artifak-artifak yang dipamerkan di sini termasukla batu-batu ini yang menceritakan cara hidup dan peradaban mereka pada masa lampau.
Sempat
bergambar sementara menunggu pengembara-pengembara yang lain berkumpul.
Maria sempat berposing ala-ala model sebelum kami balik ke bas kami.
ATATURK MEMORIAL TOMB
Destinasi kami seterusnya merupakan bangunan yang paling bermakna bagi rakyat Turki iaitu Mausoleum of Ataturk atau Anitkabir yang bermaksud Kubur Ataturk. Kompleks ini dibina di atas sebuah bukit yang terletak di tengah-tengah bandar Ankara. Di sini kita boleh lihat permandangan ibukota yang cantik. Di bangunan inilah kita boleh lihat mayat Ataturk disemadikan dan mempamerkan barangan peribadi Ataturk serta kisah hidup beliau. Ingin saya kongsikan riwayat hidup Ataturk tetapi since ada dua jenis cerita, iaitu cerita yang kita pernah dengar tentang Ataturk seorang yang sekular dan sebuah lagi cerita dari rakyat Turki sendiri yang menceritakan betapa hebatnya dia sehinggakan dinamakan Ataturk atau Bapa Rakyat Turki. Saya biarkan anda mencari jawapannya apabila mendegar dari kedua-dua pihak.
Destinasi kami seterusnya merupakan bangunan yang paling bermakna bagi rakyat Turki iaitu Mausoleum of Ataturk atau Anitkabir yang bermaksud Kubur Ataturk. Kompleks ini dibina di atas sebuah bukit yang terletak di tengah-tengah bandar Ankara. Di sini kita boleh lihat permandangan ibukota yang cantik. Di bangunan inilah kita boleh lihat mayat Ataturk disemadikan dan mempamerkan barangan peribadi Ataturk serta kisah hidup beliau. Ingin saya kongsikan riwayat hidup Ataturk tetapi since ada dua jenis cerita, iaitu cerita yang kita pernah dengar tentang Ataturk seorang yang sekular dan sebuah lagi cerita dari rakyat Turki sendiri yang menceritakan betapa hebatnya dia sehinggakan dinamakan Ataturk atau Bapa Rakyat Turki. Saya biarkan anda mencari jawapannya apabila mendegar dari kedua-dua pihak.
Kompleks ini terdiri
daripada 4 elemen iaitu:
1. Road
of Lions - Satu walkway
sepanjang 262 Meter ke arah monumen Ataturk dan disepanjang Walkway itu terdapat
12 pasang kepala Singa yang melambangkan 24 suku Oghuz Turki yang melambangkan
kekuasaan dan keharmonian.
2. Ceremonial
Plaza - Terletak di
hujung Road of Lions, ianya merupakan satu kawasan luas yang boleh memuatkan
15,000 orang di hadapan makam Ataturk.
3. Hall
of Honor - Di sini letaknya
replika makam Ataturk kerana jasad yang sebenar disemadikan 7 kaki di bawah
bangunan ini.
4. Peace
Park - Merupakan taman
disekitar kompleks ini di mana terdapat beberapa pokok-pokok & bunga-bunga
yang didermakan oleh 25 negara luar
Gambarajah
keseluruhan Mausoleum of Ataturk.
Di atas itu terletaknya Ceremonial Plaza
Betapa
seriusnya muka anggota keselamatan ini. Mereka semua terdiri daripada 3 jenis
angkatan tentera Turki (Darat, Udara & Laut) yang akan mengawal Mausoleum
selama beberapa jam tanpa bergerak sambil berdiri tegak. Huge respect of them.
Ala-ala Queen's Guard di London. Ini Angkatan Tentera Darat.
Dataran
inilah yang dinamakan Ceremonial Plaza dan bangunan atas tu terletaknya Hall of
Honor. Nampak ada ramai orang yang berkumpul di atas tu? Pada masa kami sampai,
satu majlis penukaran anggota keselamatan atau Changing of Guards sedang
belangsung.
Setiap
beberapa jam, anggota keselamatan ini akan bertukar secara berkawad. So kira
ada kawad masuk dan keluar.
Aksi
mereka berkawad
Video mereka berkawad
Bergambar
pula dengan Haji Mahmood, seorang Civil Engineer from Johor Bahru. Sempoi
orangnya.
Pemandangan
dari atas Mausoleum
Tadi
bergambar dengan Tentera Darat. Ini pula Tentera Udara mereka. Nampak macam
patung. Rata-rata mereka mempunyai muka bengis dan badan yang tegap. No wonder
negara lain agak gentar dengan tentera-tentera Turki.
Inilah
Hall of Honor yang merupakan replika keranda Kamal Ataturk yang ditunjukkan
sebagai simbolik sahaja. Mayatnya dikatakan tersimpan di sebuah bilik bawah
tanah bangunan ini
Keluar
dari Hall of Honor tadi terjumpa kanak-kanak Turki melawat Mausoleum Ataturk
ini. Dikatakan semua pelajar Tadika diwajibkan datang kesini untuk memperingati
Ataturk dan sejarah Turki bagi meningkat kesedaran mereka terhadap semangat
Nasionalisme. Bagi mereka yang belajar di Universiti pula, mereka diwajibkan
mengambil satu subjek wajib mengenai Ataturk untuk tujuan yang sama.
Di Turki, kita tidak boleh mengutuk atau mengejek nama Mustafa Kamal Ataturk. Anda boleh ditangkap atau dipenjarakan hanya dengan berbuat begitu. Di Turki, mereka amat menyanjung dan sayang akan Mustafa Kamal Ataturk ini kerana gelaran Ataturk itu sendiri merupakan gelaran yang besar buat mereka iaitu Bapa Rakyat Turki. Dia dilhat sebagai bapa pemodenan dan kemajuan orang Turki.
Bayangkan, pada penghujung zaman pemerintahan Uthmaniyah, pemerintahan pada waktu itu tersangatla lemah. Mereka tak pandai mengurus tadbir ekonomi Turki sehinggakan Kerajaan Turki terpaksa berhutang dengan bank-bank di Eropah.
Pada masa inilah, Mustafa Kamal Ataturk yang pada masa itu menjawat jawatan dalam kerajaan, dengan membuat pencaturan untuk menjatuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyah dan seterusnya mengusir Kesultanan Uthmaniyah keluar dari Istana. Maka wujudlah Kerajaan Republik Turki sehingga sekarang yang diketuai oleh Mustafa Kamal. Semasa pemerintahan beliau, ditakdirkan ekonomi Turki kembali pulih dan berjaya membawa Turki kemajuan dan permodenan sama seperti negara Eropah yang lain. This is why, Mustafa Kamal Ataturk digelar Bapa Pemodenan Turki dan disanjung sehingga kini.
Di
tepi Ceremonial Plaza, terletaknya Muzium mengenai Mustafa Kamal Ataturk dan
angota-angota pentadbiran beliau pada masa dulu.
Berbagai-bagai
pameran barang peribadi beliau seperti buku-buku, journal, lukisan dan
bermacam-macam lagi yang menunjukkan kehebatan Ataturk dimata rakyat Turki
Antara
walkway menuju ke jalan keluar dan seterusnya ke bas kami yang menunggu di
luar.
Sebelum
ke Hotel di Bolu, kami singgah di Masjid Baru di Ankara untuk Solat Jamak
Takhir.
Lawakan
Masjid ni? Agak moden rupa bentuknya sehinggakan monumen payung di depan tu
sama seperti di Masjid Nabawi, Madinah
Even tandas dan ambil wuduk pun lawa dan selesa. Bersih sungguh
Rekebentuk dalam Masjid. Lawa tapi sayang tak ramai yang menggunakannya lagi.
Kami
tiba di Vonresort Abant dalam 7.30 malam. Suhu pada masa ini mencecah 4
Celcius. Personally, saya amat suka resort ini kerana ianya dikelilingi dengan
hutan-hutan dan pokok buah-buahan. Terasa macam nak camping di sini.
Antara
blok-blok di resort ini. Kami duduk di blok yang tengah-tengah warna hijau tu
atas pokok-pokok tu.
Blok
kami ada 2 tingkat yang consist of 3 rooms per floor. Saya dengan Haji
Kamarudin duduk tingkat atas. Paling best, bilik ini takde aircond mahupun
kipas. Ia dilengkapi dengan heater sahaja. Tempat sejukkan.
Sampai bilik terus letak beg dan menuju ke dewan makan. Lapar sangat
sebab makan lunch awal tadi. Malam ni lauk Western
Tiap-tiap
pagi, kami akan dapat wake up call dari reception. Pada malam itu, kami
diberitahu akan terima call pada 5.00 pagi. Bila cari phone sebab nak letak di
sebelah katil, tengok phone takde wayar la pulak. So terpaksalah pakai
handphone tuk kejutkan kami. Mati-mati ingat phone sini dah wireless.
Sayang tak dapat nak
explore lebih kat resort ini as kami akan bertolak ke Istanbul semula 6.45 pagi
keesokkannya. Dikatakan Bolu ini merupakan tempat Ski apabila musim sejuk
nanti. Tempat ni memang akan dipenuhi dengan snow. Patutla sejuk semacam kat
sini. Maka berakhirlah pengembaraan kita pada hari ke-6 ini. Kita akan teruskan
pengembaraan seterusnya dan hari terakhir trip ini, Istanbul
Jemput baca pengembaraan
kami pada hari ke-7 pula di sini:
Jika anda suka akan sharing ini, mohon like and sharekan pada yang lain semoga ramai lagi yang dapat manfaat dari perkongsian ini. Saya doakan anda kaya & berjaya.
Wassalam
~Daddy Shahab~
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika Anda Ingin Mengikuti Trip Macam Kami, Sila Hubungi Nombor Di Bawah:
Harga yang ditwarkan adalah RM3,999 + RM200 (Tipping) = *RM4,199 sahaja
*Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa
Trip untuk tahun 2018 sudah dibuka SEKARANG.
Jika anda berminat, sila Whatsapp: 019-302 6460
Atau klik link ini: http://bit.ly/kembarasufi-turkey dan anda akan didirectkan ke Whatsapp Kembara Sufi
No comments:
Post a Comment