Follow Us @kamharyatie

Wednesday 15 November 2017

TRIP KE TURKI BERSAMA KEMBARA SUFI - DAY 7 (BOLU - ISTANBUL)




Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog www.mommyshahab.com sentiasa dimudahkan segala urusan dan diberikan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Aamiinn....

Bagi yang terlepas entry sebelum ini, sudilah baca dilink ini:-


Jom saya share pula perjalanan hari ke-7 pula.

Seperti biasa, selepas solata Subuh, kami terus breakfast. Breakfast hari ni sedap-sedap pulak.

Dessert pun sedap-sedap.

Ni la dewan makan resort di Bolu

 Salah satu blok bilik di resort kami duduk.

Depan blok receptionist. Masa ni pakai glove pun masih sejuk.

Sambil menunggu pengembara-pengembara yang lain, kita cuba jalan-jalan dan naik buggy ni untuk memanaskan badan.

Kami mula bergerak ke Istanbul. Plan hari ini ialah menaiki Cruise di sekitar Selat Bosphorus dan merentasi ke Istanbul belah Eropah. Perjalanan kami penuh dengan kabus tebal.

Perjalanan kami hari ini akan megambil masa hampir 3 jam.

Sejam sebelum kami sampai ke tempat Bosphorus Cruise, kami buat comfort break bagi laluan pada mereka yang mahu menggunakan tandas. Saya pula yang masih kesejukkan, membeli Turkish Coffee untuk memanaskan badan.

Saya beli roti Croissant lembut untuk merasa. Sebab saya pernah beli Croissant macam ni on the way to Madinah dulu and memang sedap.

Kami hampir tiba ke Cruise kami. Semasa turun dari bas, kami nampak salah satu dari 3 suspension bridge yang menghubungkan Istanbul Asia & Istanbul Eropah. Selain dari suspension bridge ni, ianya juga disambungkan melalui 2 tunnel bawah tanah.

Kami diturunkan di Beylerbeyi Sarayi.

Tempat menunggu bot kami di Selat Bosphorus

Selat Bosphorus merupakan selat yang menghubungkan Sea of Marmara dan Black Sea. Selat inilah yang memisahkan tanah Istanbul di benua Asia dan Eropah.

Sini best juga kalau nak memancing. Bot kami sedang menuju kearah kami.

Kami mula menaiki bot dan menyusuri Selat Bosphorus.

Ini deck dibahagian atas which is besar dan luas. Di sini kami dapat menikmati permandangan 360 darjah sekitar Istanbul baik di Asia mahupun Eropah.

Saya bersama Kapten Kapal yang pemalu.

Salah satu lagi suspension bridge. Menurut kata orang tempatan, jika anda datang ke Istanbul tetapi tidak menaiki Bosphorus Cruise ini, maka tidak lengkaplah pengembaraan anda di Turki. Ini kerana, sepanjang selat ini, kita akan dikongsikan sejarah-sejarah silam Istanbul terutamanya sejarah Muhammad Al-Fateh dan bagaimana dia dan tentera dia berjaya menawan Konstantinopel masa itu.

Nampak tak menara belah kiri itu? Menara tersebut merupakan salah satu fortress Sultan Muhammad Al-Fateh di belah Istanbul Asia. Ianya bertujuan untuk menghalang kapal-kapal musuh dari masuk dari menghantar bekalan dan sebagai persediaan baginda sebelum menyerang Konstantinopel.

GPS bot kami memberitahu ke mana arah harus dituju

Benda wajib yang sering kami lakukan. Group photo

Inilah Fortress Sultan Muhammad Al-Fateh di benua Asia, Rumeli Hisari.

Maria bersama 'gadis-gadis' dari Johor 

Sebelah kanan itulah Dr Rohani bersama Kak Tumirah, seorang bekas Guru Besar di Perak.

Rumah-rumah yang cantik-cantik di tepi selat ini. Nilainya sahaja jutaan US Dollar.

Dari jauh kami hampir sampai ke Istanbul belah Eropah. Di sini kita boleh nampak Topkapi Palace dibelah kiri dan Aya Sofiya dibelah kanan gambar.

Inilah Galata Bridge. Jambatan ini merupakan tempat asal di mana rantai besar berada semasa peperangan Muhammad Al-Fateh dengan Konstantinopel bagi menghalang kapal-kapal perang Al-Fateh masuk ke Golden Horn. 

Kedudukan Teluk Golden Horn

Semasa Sultan Muhammad Al-Fateh cuba menakluk Konstantinopel melalui jalan laut di Teluk Golden Horn. Ianya telah direntang dengan rantai besi yang besar dimana sambungan rantai ini berukuran 2 kaki panjang, bagi menhalang armada Uthmaniyah. Kerana rantai ini, Muhammad Al-Fateh mendapat firasat dari Allah melalui mimpinya untuk membawa kapal-kapal beliau naik ke bukit melepasi rantai ini ke Golden Horn. Kapal-kapal ini diangkut melalui jalan darat dengan meletakkannya di atas beberapa kayu log yang dilumurkan dengan lemak haiwan dan ditarik beramai-ramai merentasi Galata dan diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik perang ini merupakan salah satu strategi perang yang masih dianggap terbaik oleh mana-mana tentera masa kini.

Masjid belah Kanan itu merupakan Masjid Muhammad Al-Fateh dan dikatakan, di situlah tempat semadinya jasad dia. 

Di sinila dikatakan dimana rantai besar itu ditempatkan. Sekarang sudah tiada lagi dan ditukarkan menjadi sebuah jambatan.

Setelah tiba di port Istanbul belah Eropah, kami mula bergerak ke Spice Bazaar untuk bershopping. Sebelum itu kami terserempak dengan beberapa orang yang menjual barangan seperti T-shirt, Roti Simit dan beberapa cenderahati murah. Kak Gee sedang membeli Simit untuk merasa roti Turki.

Bila saya baca beberapa blog, ini merupakan salah satu yang perlu dicuba iaitu Fish Sandwich. Ikan yang disalai diletak dalam bun besar dan dipenuhi dengan bawang. Sedap juga. Akan tetapi akibat nak cepat, saya terlupa nak letak Olive oil untuk menghilangkan sedikit rasa hanyir ikan. But saya still suka sandwich ni. Ia berada di area Galat Bridge tadi.

Kami mula bergerak ke Spice Bazaar.


SPICE BAZAAR


Pintu masuk ke Spice Bazaar. Kami diberikan masa sejam untuk bershopping di sini.

Untuk masuk ke Spice Bazaar ini perlu melalui pengawal keselamatan.

Di sini terletaknya semua gerai-gerai yang menjual barangan-barangan makanan seperti kekacang, buah tin, rempah-rempah, Baklava, Turkish Delight dan bermacam-macam makanan yang menarik. Dan tempat ni agak besar.

Eran seterusnya membawa kami ke satu kedai yang menjual Turkish Delight yang sedap dan bermutu di Hazer Baba. Mereka adalah antara nama besar dalam penghasilan Turkish Delight ini. Mereka ada menjual 2 jenis Turkish Delight. Satu dari gula dan satu lagi dari madu. Saya beli yang ada madu kerana tak manis sangat dan lagi sedap rasanya. Anda boleh rasa dulu sebelum membeli.

Saya pun membeli satu kotak ini dengan harga lebih kurang TL55.

Antara gerai yang menjual manis-manisan seperti beberapa jenis kacang yang disaluti coklat. Ternyata sedap. Sini juga ada menjual Caviar, telur ikan Beluga yang mahal dan sedap.

 Antara cenderahati yang boleh anda beli dan bawa balik.

 Ni adalah double roasted Pistachio. Memang sedap. Rasa nak makan selalu.

Kami diberitahu oleh Eran, jika mahu membeli best Baklava, cari Hamdi Restaurant. Bersebelahan dengan Spice Bazaar tapi dibelah luar bangunan.

 Ternyata, Baklava sini sedap-sedap. Saya beli sekotak untuk dibungkus bawa balik ke Malaysia. Di Hamdi Restaurant ini juga menjual best Kebab in Istanbul. Harganya agak mahal sedikit tapi ianya diserve di atas pinggan. Dagingnya penuh dan rotinya sikit. Memang lain dari yang dijual di tepi jalan.

Kami mencuba Doner Kebab atau rotating kebab yang sama di Malaysia, but the taste is difference kerana daging di sini sangat moist. Memang sedap.

Dengan harga TL5 boleh satu Doner Kebab sebesar ini. Since takde Cili Sos, terpaksa saya mengeluarkan Cili Sos dalam karung plastik (KFC atau McDonalds selalu ada) untuk membangkitkan selera lagi.

Siapa yang hantu daging macam saya, pasti suka ni. Pastrami sandwich. Sangat sedap. Kami kemudian mula bergerak menaiki bas untuk ke Blue Mosque. Tempat yang saya tersangat nak pergi sejak dulu lagi.


BLUE MOSQUE (MASJID SULTAN AHMED)

Masjid yang tersegam indah

Bagi mereka yang berkunjung ke Istanbul, rugi rasanya jika tak dapat melihat keindahan dan keunikan Blue Mosque ini secara dekat. Masjid ini bukanla bewarna biru tapi ianya dikenali sebagai Blue Mosque kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalam Masjid. Masjid ini dah menjadi salah satu simbol dan struktur utama bandar Istanbul di samping menjadi satu tarikan pengembara ke sini.Masjid ini adalah salah satu dari 2 buah Masjid di Turki yang mempunyai 6 menara. Sebuah lagi berada di Adana.

Blue Mosque ini dibina di antara 1609 hingga 1616, sewaktu pemerintahan Sultan Ahmed I. Baginda membina Blue Mosque ini untuk menandingi Aya Sofiya yang dibina oleh Maharaja Byzantine pada masa itu iaitu Constantinople. Ia direka oleh seorang Arkitek Diraja, Sedefkar Mehmet Aga. Rekabentuk masjid ini adalah gabungan elemen-elemen Byzantine dari Aya Sofiya dengan seni bina Islam tradisional dan dianggap Masjid agung pada zaman dulu.

Pintu masuk ke Blue Mosque.

Indah sungguh Blue Mosque ni. Tengah-tengah tu sepatutnya menjadi tempat ambil Wuduk. Akan tetapi semasa kami datang, ada major restoration sedang berlaku.

Simply WOW!. Kena datang baru tahu keindahan Blue Mosque ni.

 Kami mula ambil Wuduk untuk Solat Jamak Taqdim di sini.

Subhanallah, indahnya rekabentuk Masjid ni. Semasa kami datang ni, ada ramai pelancong yang datang dari pelbagai negara.

Sempat bergambar selepas solat sunat Tahiyatul Masjid sebelum menunggu team kami untuk solat Jamak

 Mimbar dan Mihrab Blue Mosque

 Ruang solat Blue Mosque.

Jejaka-jejaka tampan yang baru selesai solat.

Bagi pelawat bukan Islam, mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan ruangan solat.

Selesai solat, kami mula bergerak ke Grand Bazaar pula.

Kami mula berjalan kaki dari Blue Mosque ke Grand Bazaar.


GRAND BAZAAR

 Grand Bazaar mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dimana, pembinaannya yang pertama ialah pada tahun 1455. Selepas penaklukan Konstantinopel oleh Empayar Uthmaniyah, Ia berkembang melalui banyak fasa pembinaannya. Ia juga dikenali sebagai "Covered Market" atau pasar berbumbung dan merupakan sebuah pasar berbumbung tertua di dunia. Ia mempunyai 61 jalan berbumbung dan lebih dari 4,000 kedai.

Kerana group kami ada yang kaki shopping, maka, kami diberikan masa sehingga 3 jam di sini.

Tempat besar sangat and mudah hilang arah sebab semua kedai hampir sama.

Lampu-lampu unik di Turki.

Di sini pun menjual seramik-seramik sebagai tanda anda sudah sampai ke Turki

Selepas berlegar di dalam, kami mula berjalan di belah luar Bazaar pula. Ternyata, barangan di luar jauh lagi murah dari yang di dalam.

Terdapat banyak baju-baju, kasut dan semua keperluan ada di sini

Pada pendapat saya, apa yang ada di sini, boleh didapati di Malaysia juga jika pandai cari. Jika anda mahu membeli, carilah barang yang sukar atau memang takde di Malaysia.

Kami mula turun jalan ke bawah. Rupanya masih ada banyak lagi kedai-kedai di luar Grand Bazaar. 

Kat luar ni pon kalau lalu pun boleh bergetar perut sebab bau makanannya menusuk kalbu. Sedap-sedap pulak tu.

Bila kami jalan-jalan, tersempak pula dengan Shahnom. Dia pun jadi guide kami ke kedai-kedai yang dia tahu. Termasuklah kedai makan ni, di celah-celah lorong mana ntah kami pun tak tahu. Tapi memang sedap.

Bayangkan hidangan ni semua hanya TL23 sahaja dan boleh mengenyangkan 4 orang lak tu. Sedap lagi.

Kami meneruskan lagi perjalanan dan terjumpa kedai menjual barangan askar. Kalaulah boleh bawak balik ni.

Kepada mereka yang bershopping tak ingat dunia. Dah pulak tu, beg dah tak muat. Jangan risau, sini pun ada jual beg-beg pelbagai saiz dan murah-murah.

Kami mula cari jalan pulang kerana masa 3 jam dah nak sampai. Jalan mula lengang kerana Grand Bazaar dan sewaktu dengannya, kebanyakkan tutup dalam pukul 6.00pm

Satu tip mudah supaya boleh jumpa jalan balik ialah dengan ingat gate berapa nak kita berjumpa. In our case, pintu no 1. Ambil gambar dan tunjuk pada orang Turki, In shaa Allah mereka akan bagitahu arah ke situ.

Habis shopping, kami mula bergerak ke restoran yang berdekatan untuk makan malam.

Restoran makan malam kami di Restoran Tonoz Kumkapi 

Hari ni main dish ialah Ikan bakar. Nampak sempoi tapi rasa sedap. Masa ni dah tak larat nak makan dah. Kenyang sangat. So ratah ikan je.

 Bersama orang kuat DRB & Pos Malaysia ni dan juga kuat shopping. Jangan Mare ahh....

Selepas dinner, Eran sekali lagi share tentang satu lagi tempat famous untuk dapatkan Turkish Ice Cream di Istanbul. Dekat sahaja dengan Tonoz tadi. Ternyata memang sedap dan ramai orang-orang terkenal datang & rasa Ice Cream dia ni. Belakng tu gambar dia semasa muda. Dah lama dia berniaga di sini.

Kami kemudian di bawa ke hotel kami di Mercure Hotel Istanbul. Malam ni dah kene pack barang siap-siap sebab esok dah nak balik ke Kuala Lumpur.


BYE-BYE TURKI!!

Sarapan terakhir kami di Turki. Masa ni dah terbayang Nasi Lemak dah. 

Kami mula membawa beg kami ke dalam bas

Wan (Berkaca mata depan) bersama room mate saya kiri, Haji Kamarudin dengan anak perempuan, menantu dan cucunya.

Mula berkumpul di luar

Bersama geng 'Gadi-gadis' Johor 


Bersama geng Abang-Abang Johor lak

Sesi last Wefie di dalam bas 

Akhirnya. Setelah mencuba beberapa hari, Eran berjaya mendukung Aisyah.

Kami mula beratur unuk check in.

 Tiket flight kami

Gambar terakhir kami dengan Eran.

Mula menaiki Maran Air selama 3 jam ke Tehran, Iran

Di sini kami transit selama 6 jam

 Kami mula menaiki our last flight ke Kuala Lumpur selama 8 jam.

Alhamdulillah kami selamat sampai dan mendarat di KLIA pada 21 Oktober 2017 tepat jam 10.00 pagi. Overall, pengalaman mengembara di bumi Turki selama 8 hari 7 malam (tidak termasuk perjalanan flight) merupakan pengalaman yang tidak akan kami lupakan. Dalam menikmati keseronokan mengunjungi Turki ini, kisah-kisah yang pernah kita baca, sekarang berada di depan mata. Di sini kita dapat lihat keagungan beberapa empayar jatuh dan bangun membuatkan Turki ini kaya dengan sejarah dan peradaban yang membuatkan kami menyimpan hasrat untuk kembali mengunjungi negara ini di masa akan datang.

Terima kasih kerana sudi membaca. In shaa Allah, jika ada pengembaraan yang lain, saya akan kongsikan lagi. Until then, Assalamualikum.

Jika anda suka akan sharing ini, mohon like and sharekan pada yang lain semoga ramai lagi yang dapat manfaat dari perkongsian ini. Saya doakan anda kaya & berjaya.

Wassalam


~Daddy Shahab~


+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika Anda Ingin Mengikuti Trip Macam Kami, Sila Hubungi Nombor Di Bawah:


Harga yang ditwarkan adalah RM3,999 + RM200 (Tipping) = *RM4,199 sahaja
*Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa
Trip untuk tahun 2018 sudah dibuka SEKARANG.

Jika anda berminat, sila Whatsapp: 019-302 6460



Atau klik link ini: http://bit.ly/kembarasufi-turkey dan anda akan didirectkan ke Whatsapp Kembara Sufi


No comments:

Post a Comment