Follow Us @kamharyatie

Monday 13 November 2017

TRIP KE TURKI BERSAMA KEMBARA SUFI - DAY 2 (CANAKKALE - TROY - ACROPOLIS - KUSADASI)




Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog www.mommyshahab.com sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah. In shaa Allah.

Bagi yang terlepas entry sebelum ini, sudilah baca dilink ini:-


Jom saya share pula perjalanan hari kedua.

DAY 2 (CANNAKALE - TROY - ACROPOLIS - KUSADASI)

Perjalanan kami hari ini mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit dan merangkumi 430 Km perjalanan dari Canakkale ke Kusadasi.

Perjalanan kali ini akan nampak banyak laut dan kepulauan Greece.

Selepas mandi dan solat Subuh, kami mula start sarapan pagi seawal 6.30 pagi. Maria & Firdaus bersama Sos Cilinya dan Serunding saya untuk tambah perisa.

Masa malam tak sedar sebab gelap. Bila dah siang baru nampak bilik mengadap laut rupanya. Patutla sejuk semacam.

Belakang tu la hotel kami. Since hotel ini ada jeti ke laut, kami tak bagi peluang tuk bergambar sebab permandangan masa tu sungguh indah.

 Kami bertiga tidak melepaskan peluang bergambar bersama.

 Aksi Majalah Mangga berposing di tepi laut. Nampak langit dibelakang bewarna-warni?


 Ada swimming pool rupanya. Tak sempat nak mandi.

Sessi berkenalan secara santai. Ada yang dari Johor, Perak dan Kuala Lumpur.

Kawasan Canakkale ini famous for kawasan yang dinamakan Troy. Siapa tahu sejarah Troy pasti dapat kaitkan patung kuda ini. Kami akan ke sini sekejap nanti.


 Sessi Group Photo di Hotel Ida Kale Resort. Hotel ni merupakan hotel 4 star. Kami mulakan perjalanan kami pada 7.45am ke Troy.

 
Harini turn saya bawak bas pulak.

Sepanjang perjalanan kami di Turki, kami senantiasa berdoa yang diketuai oleh Tour Leader kami, Shahnom, memohon pelindungan dari Allah dan keselamatan perjalanan kami sebelum kami bergerak ke destinasi seterusnya. Kemudian akan diiringi dengan sedikit tazkirah pendek sebelum Eran take over untuk menerangkan itinerary kita pada hari itu.

Dalam perjalanan, kelihatan banyak Wind Turbine untuk menjana eletrik di kawasan itu. 


KOTA TROY

Akhirnya, samapi gak di Troy. Harga tiket untuk masuk. Jangan takut, semuanya dah masuk dalam pakej.


Banyak kucing berkeliaran di sini. Yang menariknya, Kucing & Anjing kat sini seperti kawan baik. Ramai jugakla yang beri kucing sini makanan.

 Ini merupakan replika Kuda kayu Troy. Patung kuda kayu original dah hancur dimamah usia.

SEJARAH TROY:

Siapa pernah melihat filem Troy, lakonan Brad Pitt (Tahun 2004), kisah sejarahnya hampir sama dengan apa yang berlaku pada masa dulu. Satu kerajaan yang bernama Troy di mana berpusat berdekatan dengan laut Aegean. Masyarakat pada masa itu memiliki peradaban budaya yang canggih. Ini terbukti dengan penemuan beberapa artifak seperti tempat penyimpanan minyak zaitun, sistem saluran air dan mini teater. Runtuhnya kota Troy dipercayai akibat serangan Greek yang bersembunyi di dalam perut Kuda Kayu yang besar. 

Perperangan antara Greek yang diketuai oleh Raja Agamemnon & Troy meletus setelah penculikkan Isteri Raja Sparta, Helen oleh Paris, salah satu Putera Troy. Setelah bertempur sekian lama, Pasukan Greek gagal menebusi kota Troy disebabkan benteng yang kukuh. Hasil dari strategi ketua perang Greek iaitu Odysseus, dia mencadangkan agar kayu-kayu dari kapal perang mereka ditanggal dan diarahkan untuk membina satu kuda kayu yang besar dan beberapa askar elit Greek masuk ke dalam perut patung kuda kayu tersebut. Mereka kemudiannya berundur dan bersembunyi untuk mengaburi pihak musuh yang mereka telah balik ke Greek. Kuda kayu tersebut kemudian ditinggalkan dan kerajaan Troy beranggapan bahawa itu merupakan hadiah hasil kemenangan Troy terhadap Greek. Troy meraikan kemenangan mereka dengan menari dan minum arak. Dan pada lewat malam apabila askar-askar Troy sedang tidur dan mabuk, askar-askar elit Greek mula keluar dari patung kuda kayu dan membunuh beberapa askar Troy sambil membuka pintu besar Kota Troy. Pada masa ini, askar-askar Greek yang lain masuk, membunuh dan membakar Kota Troy. Maka terjatuhla kerajaan Troy.


Eran tengah menerangkan sejarah Kerajaan Troy dan bagaimana mereka menjadi antara Kerajaan yang kuat dan bertamadun tinggi pada masa itu. Tapak Kota bersejarah ini dijumpai oleh seorang Arkeologi warganegara Jerman, Heinrich Schliemann. Banyak tinggalan sejarah seperti, tembikar, Emas dan penempatan manusia ribuan tahun ditemui.

Satu info yang buat saya tertarik adalah apabila Arkeologi yang mengorek tapak bersejarah ini, mereka dapati terdapat 9 bandar atau penempatan di atas tapak yang sama. Dari sini kita boleh lihat bagaimana sesebuah tamadun berkembang pesat dari semasa ke semasa. Menurut kata Eran, Tapak asal mungkin rosak akibat peperangan atau gempa bumi. Selepas itu, masyarakat selepas itu membina kota baru di atas kota pertama tadi. Ini dapat dibuktikan apabila terdapat lapisan tanah & batu yang berbeza-beza di tapak kota ini.

Salah satu runtuhan Kota Troy

Antara lapisan-lapisan tinggalan tamadun lama Kota Troy

Kota Troy ini berdekatan dengan laut Aegean nun di sana.


Ini merupakan salah satu jalan ke pintu belakang Kota Troy.


Kembar tapi tak serupa. Dah macam Upin & Ipinkan? Tapi Eran nampak tua padahal dia lagi muda dari saya.

Sebelum keluar kita jengguk kedai cenderahati jap.

Seterusnya kita meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya iaitu Acropolis City, Bergama. Dalam perjalanan kita dapat lihat Turki ini kaya dengan tanaman-tanaman seperti Buah Zaitun, Peach, Gandum, Cherry dan Jagung. Gambar di atas merupakan pokok kapas.

 Sebelum itu kita singgah makan dulu ek. Lapar sudah.

Lunch hari ini adalah buffet. Macam biasa, makanan Turki. So kena sediakan sambal dan serunding tuk penyedap rasa.


Selepas lunch kita solat jamak di Masjid berdekatan.

ACROPOLIS

Akhirnya sampai juga kami di Acropolis. Ni lif nak naik ke atas untuk ke Cable Car pulak.

Cable Car ni sama sahaja seperti di Genting Highlands dan Gunung Machinchang, Langkawi. Satu Cable Car boleh muat 8 orang sahaja.


Kami bersama Geng Johor. Masa ni muka ada senyum. Bila naik pucat muka sorang-sorang...Eh!

Boleh tahan tingginya. Yang tak tahan bila angin kuat tolak cable car. Perjalanan ke atas mengambil masa 8-10 minit sahaja.

Lagi pandangan dari Cable Car


Shahnom memang menjadi bualan kerana mengambil gambar selfie dengan selfie stick sekali. Saya amat beruntung kerana dalam trip ni saya dapat berkenalan dengan 27 orang yang berlainan background dan bermacam-macam cerita & experience yang dikongsikan sepanjang perjalanan. So tak la terasa perjalanan yang jauh. Antara yang menarik, lelaki yang duduk sebelah kiri sekali tu adalah Dr Abdul Rahman Yusof. Seorang CSI Malaysia yang famously terkenal dengan kes Mona Fandey. Banyak cerita yang dia kongsikan.

Selamat datang ke Acropolis City, Bergama.


Tinggikan? Permandangan di atas ni, Subhanallah, Cantik. Ditambah pula dengan udara sejuk dan angin yang kuat. Acropolis ini bermaksud 'bandaran tertinggi' yang merujuk kepada tempat tinggalan sejarah di Greece. Selalunya bangunan-bangunan bersejarah yang terkenal didirikan di atasnya.


Model kota lama Greek purba pada masa dahulu. Dapat bayangkan tak, bagaimana mereka dapat naikkan semua batu-batu besar ke atas bukit yang tinggi ni?


Nak kena naik bukitla pulak. Boleh tahan tingginya


Ini merupakan sebuah Temple dimana Kaum Greek akan menyembah tuhan mereka. Batu-batu ini sahaja yang tinggal akibat gempa bumi yang kerap berlaku. Betapa indahnya batu-batu ni diukir.

Ini merupakan Roman Theatre dimana kaum Greek beriadah dengan persembahan nyanyian atau lakonan.


 Cantikkan? Kawasan ini juga telah diwartakan sebagai kawasan UNESCO World Heritage Sites.

Kami bertiga bergambar di tiang seri....hehehe


Firdaus cuba nak baca dan faham apa maksud tersirat.

Dah sejam di atas, maka kami turun semula ke bawah.

Meneruskan perjalanan kami ke Hotel. Masa ini, Eran mengajar kami beberapa bahasa Turki seperti Tesekkur Ederim (Thank You), Gunaydin (Good Morning), Nasilsin (Apa Khabar), Merhaba (Hello/Hai) dan Eyem (Fine).


Akhirnya kami sampai juga di Royal Palace  Hotel di Kusadasi lebih kurang 8 malam. Kami terus makan malam dulu sebelum naik ke bilik.

Sampai bilik, seperti biasa mandi, solat dan kemas-kemas sikit untuk perjalan besok. Kena tidur awal sebab esok bangun

Itu sahaja diari Day 2 pengembaraan Turki bersama Kembara Sufi dari Canakkale ke Kusadasi.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jemput baca perjalanan kami pada Day 3 pula di sini:


Jika anda suka akan sharing ini, mohon like and sharekan pada yang lain semoga ramai lagi yang dapat manfaat dari perkongsian ini. Saya doakan anda kaya & berjaya.

Wassalam


~Daddy Shahab~


+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika Anda Ingin Mengikuti Trip Macam Kami, Sila Hubungi Nombor Di Bawah:


Harga yang ditwarkan adalah RM3,999 + RM200 (Tipping) = *RM4,199 sahaja
*Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa
Trip untuk tahun 2018 sudah dibuka SEKARANG.

Jika anda berminat, sila Whatsapp: 019-302 6460

Atau klik link ini: http://bit.ly/kembarasufi-turkey dan anda akan didirectkan ke Whatsapp Kembara Sufi


No comments:

Post a Comment