Follow Us @kamharyatie

Sunday 12 November 2017

TRIP KE TURKI BERSAMA KEMBARA SUFI - DAY 1 (ISTANBUL - CANAKKALE)




Assalamualaikum para sahabat dan pembaca setia blog ini.


Seperti yang telah saya janjikan pada entri blog tempoh hari, saya akan kongsikan pengalaman saya mengembara di bumi Turki bersama Maria & Firdaus bersama 27 orang yang lain mengikuti Syarikat Kembara Sufi. Segala persiapan kami sebelum berangkat ke Turki telah saya kongsikan dalam entri ini TRIP KE TURKI BERSAMA KEMBARA SUFI - PENGENALAN



Jika anda berminat dengan pakej yang kami ambil, anda boleh hubungi Kembara Sufi di 019-302 6460 atau sila klik Link ini untuk AutoDirect Watsapphttp://bit.ly/kembarasufi-turkey

Jom kita tengok apa ada di Turki ini.


DAY 1 (ISTANBUL - CANAKKALE)


Kami bertiga berlepas ke Turki pada 12 Oktober 2017 di mana kami seramai 30 orang dan seorang Team Leader dari Kembara Sufi berkumpul di KLIA dalam pukul 8.00pm. Penerbangan kami ke Turki mengunakan Mahan Air iaitu syarikat penerbangan Negara Iran mengambil masa 8 jam ke Tehran, Iran dan transit selama 2 jam sebelum bergerak ke Istanbul dalam 3 jam lagi.


Alhamdulillah Biras kami berdua, Abang Ngah sanggup menghantar kami ke KLIA. Kami doakan murah rezeki dia anak beranak

Tag pada bag kami agar senang nak cari. Sebab ramai gak yang pergi ke Turki from different agency. 

Sampai gak kami di KLIA. Masa ni baru habis check in. Tengah tunggu taklimat pula.

Setelah taklimat, kami mendoakan keselamatan dan dipermudahkan perjalanan kami yang diketuai oleh Tour Leader dari Kembara Sufi, Mohd Shahnom.

Masa ni dah 11.20pm. Menunggu masa for take off. Tengah menyelesakan diri sebab 8 jam woo perjalanan 

.Our 1st meal on flight. Bayangkan nak kena makan berat sekitar pukul 12 tengah malam. Our 2nd meal dalam 6 jam kemudian. But overall, makanan Mahan Air memang sedap.

Selepas 8 jam bertarung in flight, Alhamdulillah, kami telah menjejaki Tehran, Iran walaupun transit je. 

Since kami transit selama 2 jam, kami Subuh di surau Airport.

Selepas 3 jam penerbangan, Geng 31 baru sampai Istanbul Ataturk Airport lebih kurang pukul 9.00am waktu Turki. Kami terlewat sikit dari masa sebenar.

Welcome to Istanbul

Kami disambut oleh Tour Guide kami di Turki, Eren. He is very knowledgeable Tour Guide and very expert pasal sejarah Turki dari Zaman Roman, Byzantine, Uthmaniah sehinggalah Republik Turki. One thing good about him, dia amat strict mengenai masa dan amat sensitif dengan customer beliau. Sebagai contoh, dia akan selalu memilih tempat solat di mana kaum wanita akan selesa untuk mengambil wuduk. Kerana sesetengah Masjid, tempat wuduknya di luar. Jadi sukar untuk mereka nak ambil wuduk nanti.

Nama lama Istanbul dulu ialah Kota Konstantinopel yang dikuasai oleh Kerajaan Roman. Di Kota inilah the last Kerajaan Roman berada dan untuk mempertahankan dirinya dari diserang, mereka membina 3 lapisan benteng yang tinggi-tingi. Ini salah satu peninggalan benteng tersebut. Selama 800 tahun umat Islan cuba menawan kota ini dan gagal. Tetapi ianya dapat ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh pada tahun 1453 dengan strategi yang sehingga kini dianggap one of the best war strategies.

Tempat lawatan kami yang pertama ialah Topkapi Palace atau Topkapi Sarayi dalam bahasa Turki bermaksud Istana Pintu Meriam. Pada dahulunya ianya sebuah Istana dan menjadi kediaman rasmi bagi Sultan Uthamaniyyah selama 400 tahun. Pada tahun 1924, Presiden pertama Turki, Mustafa Kemal Ataturk, menukarkan Istana ini menjadi sebuah Muzium sehingga kini. 

TOPKAPI PALACE


Sebelum kita masuk, perkara wajib yang perlu dilakukan. Group Photo.

Betapa besarnya kawasan Topkapi Palace ni dan dikelilingi oleh benteng tinggi untuk menahan sebarang serangan pihak musuh

Sebelum kami dibenarkan merayau di kawasan Istana, kami diberi penerangan oleh Eran tentang asal usul Istana ini dan betapa besarnya Kerajaan Uthmaniyyah bila hampir semua negara Eropah, Asia & Afrika ditakluk dan penyebaran agama Islam di tanah jajahannya.

Kawasan dapur Istana yang besar sangat. Dalam kawasan ni, masih ada lagi periuk belanga yang dari zaman Uthmaniyyah. 

Ni kawasan Kehakiman dan Pentadbiran Istana. Kat sini juga terdapat Dewan Parlimen tempat mereka bermesyuarat.

The Gate Of Felicity merupakan pintu masuk ke kawasan peribadi Sultan. Di Sini letaknya tempat tinggal Sultan dan keluarganya. Di depan pintu ini juga, Sultan akan memakai tahta beliau bila ada sebarang upacara rasmi.

Bangunan ini pula menempatkan pelbagai barang peninggalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat seperti jubah, pedang, serban dan lain-lain termasuklah janggut Rasulullah S.A.W. Unfortunately kami tidak dibenarkan mengambil gambar.

Di belah belakang Istana terdapat satu kawasan yang mana kita boleh lihat Selat Bosphorus. Ianya selat yang memisahkan Eropah dan Asia. Turki ini amat unik sebab negaranya mempunyai 2 benua. 5% kawasan Turki terletak di Eropah dan 95% lagi terletak di sebelah Asia. Kawasan Topkapi Palace  merupakan bahagian Turki Eropah & seberang sana ialah Turki Asia. Permandangan di tempat ni, Subhanallah, cantik sunguh.

Antara ukiran-ukiran yang cantik dan unik

Kami diberikan waktu selam sejam je untuk merayau di kawasan muzium ni. Kami di minta berkumpul semula di kawasan luar muzium sebelum bertolak ke destinasi seterusnya.


AYA SOFIYA

Belakang saya ini merupakan bagunan berusia hampir 1480 tahun yang lalu dan masih bediri tegak sehingga kini. Hagia Sophia atau Aya Sofiya yang bermaksud Holy Wisdom merupakan sebuah Muzium yang terletak berdekatan dengan Topkapi Palace di Istanbul.

Semasa berjalan menuju ke Aya Sofiya, kami nampak banyak penjaja makanan seperti Jagung Bakar, Buah Berangan dan Simit, roti bulat-bulat. Mesti kena rasa sebab takde kat Malaysia. Harga rata-rata lebih kuran TL2 - TL2.50

Dari jauh kelihatan Blue Mosque. Memang lawa. Antara tempat saya nak pergi dari dahulu. Unfortunately, hari tu kami tak sempat nak pergi sebab masa dah suntuk akibat flight lambat sampai. Nasib baik Eran cakap masa last day kita akan melawat lagi.

SEJARAH HAGIA SOPHIA (GREEK)/AYA SOFIYA (TURKI)

Aya Sofiya pada asalnya merupakan sebuah Cathedral atau Gereja yang dibina pada tahun 537 atas arahan Emperor Byzantine, Justinian. Ianya direka oleh 2 arkitek, Isidore & Anthemius yang menjadikan gereja besar di Constantinople.

Bila jatuhnya Kerajaan Constantinople kepada Kerajaan Uthmaniyyah, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan gereja ini menjadi sebuah Masjid. Segala barang-barang gereja seperti loceng, altar dan barang-barang keagamaan dibuang dan lukisan di dinding ditampal. Ianya kemudian diganti dengan mimbar dan 4 menara di luar bangunan. Aya Sofiya kemudiannya ditukar menjadi sebuah Masjid sehingga tahun 1935 apabila ianya ditukar menjadi muzium  oleh Kerajaan Republik Turki.

Satu benda yang menarik berlaku semasa masuknya waktu Jumaat hari tu. Bila azan berkumandang di Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmed, ianya akan disahut dengan laungan azan dari Aya Sofiya pula. Pada tahun 1985, UNESCO menetapkan Aya Sofiya sebagai World Heritage Site. Keindahan Aya Sofiya ini susah nak saya gambarkan melainkan anda datang dan lihat sendiri. Memang berbaloi.


Pintu masuk ke Aya Sofia. Panjang juga nak beratur. Nasib baik ikut Eran sebab dia dah dikenali dan boleh ikut special lane. Kos tuk masuk semua dah termasuk dalam pakej. Kalau tidak boleh kene charge TL50

Subhanallah. Cantik sungguh muzium ni. Bayangkan muzium ni adalah sebuah Gereja dan kemudiannya menjadi Masjid. Kalau tengok, masih ada lagi lukisan-lukisan orang Katolik seperti Jesus & Mariam.

Muzium ni ada 2 tingkat. Tingkat atas merupakan tingkat di mana semua wanita boleh berkumpul. Ini kerana, semasa Katolik memerintah, lelaki & perempuan akan dipisahkan di dalam Gereja. Lelaki akan duduk di bawah dan semua wanita duduk di atas.

Kubah di atas adalah teramat besar. Amat kagum bagaimana mereka boleh mengangkat kubah yang sebesar itu ke atas.

Dibulatan ini setiap pertabalan Raja Roman Katolik dilakukan oleh paderi-paderi gereja pada masa dahulu.

Kelihatan Mihram & Mimbar yang unik dan cantik

Sebelum kami melangkah keluar, terdapat satu cermin di atas pintu keluar. Di cermin tersebut kita akan dapat melihat lukisan 4 orang di dinding belakang. Di sebelah kiri ialah Justinian yang menyerahkan Aya Sofiya dan sebelah kanan pula kelihatan Constantine menghadiahkan bandar Konstantinople ke Jesus & Mary. Konsep yang menunjukkan bahawa betapa hormatnya dua orang penting terhadap Mary & Jesus

Bersebelahan dengan cermin tadi terdapat makan-makam kaum keluarga Sultan-Sultan Uthmaniyyah


Akhir sekali, terletak satu hadis Rasulullah S.A.W tentang penaklukan Kota Konstantinople satu ketika dahulu.Rasulullah S.A.W pernah bersabda "Kota Konstatinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah SEBAIK-BAIK PEMIMPIN, dan pasukan yang berada di bawah kepimpinannya adalah SEBAIK-BAIK PASUKAN" (H.R Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335). Dan orang yang disebut itu adalah Sultan Muhammad Al-Fatih. MasyaAllah.

Keluar dari Aya Sofia, kami bergerak pula ke tempat makan tengahari disalah satu restoran yang berdekatan. Tapi sebelum itu, kami bergerak ke satu lagi tempat bersejarah iaitu Hippodrome Square.

Dalam perjalanan, kami terlihat satu bas di mana pelancong boleh melihat tempat-tempat menarik disekitar Istanbul.

Ini adalah German Fountain yang siap dibina pada tahun 1901 bagi memperingati ulang tahun ke-2 lawatan Emperor Jerman pada masa itu, Wilhelm II ke Turki.


HIPPODROME SQUARE

Salah satu monumen di Hippodrome Square. Terdapat 3 jenis monumen di Hippodrome square ini yang dibawa dari tempat yang berlainan. Kawasan Hippodrome ini merupakan tempat sukan dan beriadah kaum Byzantine. 

Sesudah makan Tengahari dan bersolat, kami menaiki bas ke Canakkale iaitu sejauh 314Km jauhnya. Jauh memang jauh tapi jangan risau, still ada comfort break tuk renggangkan kaki, membuang apa yang patut di tandas atau membeli makan atau minum tuk selesakan perut. 

Comfort break kamiyang pertama. Kat sini dah tak tahan nak try minuman orang Turki. 

Tu dia Turkish Coffee. Memang sedap sebab saya pengemar kopi. Ianya ala-ala Espresso tapi cara membuatnya memang unik. Orang tak tahan pahit kopi akan letak 2-3 sachet gula. Pada saya tu dah manis sangat tu. Tak sedap sebab hilang rasa kopi tu. Kedai ni bagi sekali coklat bagi maniskan mulut.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan kami ke Canakkale. Since Canakkale ini merupakan kawasan paling hujung di Asia belah barat, kami disajikan dengan Sunset terakhir untuk bumi Asia. Ini merupakan cahaya terakhir untuk benua Asia. Subhanallah.

Untuk ke Canakkale, kami akan menaiki Feri untuk menyeberang laut Marmara. Feri ni besar dan boleh membawa kereta dan bas menyeberang. Masa yang diambil untuk ke seberang adalah dalam 40-45 minit. Sambil tu kita boleh minum air Turkish Coffee atau Turkish Tea atas Feri sambil menikmati permandangan laut di waktu malam.

Cuaca di kawasan Canakkale ni boleh tahan sejuknya. Masa ni suhunya lebih kurang 14 Celcius jika tak silap.

Alang-alang sejuk kita try Turkish Tea dengan Roti Sanwich daging with cheese. Sedap bila tengah sejuk-sejuk ni.

Dah nak sampai ke seberang. Kami pun kembali ke bas untuk sambung lagi 20 minit perjalanan ke hotel.

Alhamdulillah kami sampai juga di Hotel Ida Kale Resort lebih kurang 9.00 malam. Lambat sikit kerana flight kami sampai lambat. Takpelah, janji selamat sampai dan bolehla kami berehat secukupnya tuk pengembaraan seterusnya.

Sampai-sampai terus cari makanan. Makan malam kami disediakan secara buffet.

Bilik tidur Firdaus & Maria. Malam tu tak sempat nak snap gambar bilik sebab kepenatan. Masuk bilik, kemas barang, mandi, solat dan tidur dengan nyamannya.

Itu sahaja diari Day 1 pengembaraan Turki bersama Kembara Sufi from Istanbul to Canakkale. 

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jemput baca perjalanan kami pada Day 2 pula di sini:


Jika anda suka akan sharing ini, mohon like and sharekan pada yang lain semoga ramai lagi yang dapat manfaat dari perkongsian ini. Saya doakan anda kaya & berjaya.

Wassalam


~Daddy Shahab~


No comments:

Post a Comment