Assalamualaikum semua;
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Alhamdulillah, saya, Adik Ipar (Kam Maria) dan Biras (Suami Adik Ipar - Firdaus) sempat berkelana di bumi Turki pada 12 - 21 Oktober 2017. Untuk pengetahuan pembaca semua, melawati Turki merupakan salah satu 101 Impian saya (bucket list) selain Switzerland & New Zealand, which saya tulis beberapa tahun yang lepas.
Why Turki? Secara peribadi, saya mahu melihat keindahan negara Turki dan sejarahnya yang terlalu banyak terutamanya tentang Sultan Muhammad Al-Fateh dan Kerajaan Uthmaniah.
Apabila Firdaus memberitahu bahawa terdapat pakej murah ke Turki pada bulan 5 jika tak silap dan Mak dia pernah pergi sebelum ini, saya terus berkata "Jom kita pergi". Setelah berbincang, kami bercadang untuk ke Turki pada bulan Oktober iaitu semasa musim luruh.
Malangnya, Mommy Shahab tak mau ikut sebab tak mau putus susu dengan anak bongsu kami, Feeras yang baru 10 bulan. Dia nak simpan stok untuk pengembaraan kami kelak pada akhir bulan November kelak.
Pergi ke mana? Nanti kami umumkan. So, saya pergi tanpa Mommy Shahab but someday jika diizinkan Allah, saya akan kembali ke Turki bersama isteri tercinta.
Anda boleh berurusan dengan Kembara Sufi di sini
Untuk pengetahuan semua, Saya, Maria & Firdaus telah mengambil pakej dari Syarikat Kembara Sufi Travel & Tours dengan harga pakej RM3,999 + RM200 (Tipping) menjadikannya RM4,199 seorang. Dalam pakej ini termasuklah:
- Tiket kapal terbang pergi balik
- Hotel 3/4 bintang semasa di Turki
- Guide berbahasa English
- Pengangkutan berhawa dingin dengan WiFi
- Makanan Sarapan, Lunch & Dinner disediakan
- Semua Entrance Fee, Parking & Tol
- Air 500ml semasa dalam bas setiap hari & 1.5 Liter semasa makan tengahari & malam
Ini tak termasuk personal expenses dan insurans ya.
Ini sebahagian Itinerary Kembara Sufi di Turki
Untuk trip ini saya, saya cuma membawa duit Turki Lira sebanyak TL800 dan USD165 untuk perbelanjaan di sana. Ini memadai pada saya kerana saya bukannya nak shopping sangat. Cukupla nak berbelanja sikit untuk cenderahati for my family and friends. Yang penting ialah saya perlu try makanan-makanan orang Turki.
Perjalanan ke Turki mengambil masa dalam 10-12 jam dari Kuala Lumpur dan perbezaan masa di Turki adalah lewat 5 jam dari Malaysia. Dalam trip ni, pengembaraan kami di Turki hanyalah 7 hari sahaja. Manakala lagi 3 hari, di atas awan.
Perjalanan ke Turki mengambil masa dalam 10-12 jam dari Kuala Lumpur dan perbezaan masa di Turki adalah lewat 5 jam dari Malaysia. Dalam trip ni, pengembaraan kami di Turki hanyalah 7 hari sahaja. Manakala lagi 3 hari, di atas awan.
Sebelum saya teruskan dengan aktiviti-aktiviti Kembara Sufi di Turki, izikan saya kongsikan apa yang perlu disediakan dan apa yang perlu anda tahu sebelum menjejak ke bumi Turki ni.
1. Pakej
Ini amat penting, terutamanya mereka yang 1st time menjejaki Turki ini. Anda hendaklah mengkaji pakej-pakej yang ada diluar sana kerana ada banyak syarikat-syarikat yang buat trip ke Turki ni. Benda penting yang perlu anda lihat adalah, apa yang ditawarkan seperti tempat-tempat yang akan dilawati. Minta Itinenary jika perlu supaya anda boleh bandingkan apa yang anda dapat dengan harga yang anda perlu bayar.
Satu lagi yang amat penting yang sering pengembara-pengembara seperti kami ini lupa ialah insurans. Apabila kita melawat negara-negara yang jauh ini, kita tidak boleh jangka apa yang boleh berlaku. Maka, amatlah penting jika kita ambil travelling insurans for peace of mind. Pastikan apa yang ambil itu cover apa yang anda mahu seperti, hospitalization, beg hilang dan macam-macam lagi.
Satu lagi yang amat penting yang sering pengembara-pengembara seperti kami ini lupa ialah insurans. Apabila kita melawat negara-negara yang jauh ini, kita tidak boleh jangka apa yang boleh berlaku. Maka, amatlah penting jika kita ambil travelling insurans for peace of mind. Pastikan apa yang ambil itu cover apa yang anda mahu seperti, hospitalization, beg hilang dan macam-macam lagi.
2. Makanan
Makanan Turki ini amatlah berlainan dari segi rasanya. Ini kerana makanan mereka tak pedas dan berkuah banyak. Mereka banyak makan Roti, Jem, Keju, Zaitun, Nasi Pilaf dan banyak sayuran dan buah-buahan. Bagi seorang yang suka makan dan try makanan-makanan negara lain, ianya tiada masalah. Akan tetapi, makanan yang disediakan selalunya lebih kurang sama dan kadang-kadang anda akan jadi muak. So, saya syorkan anda bawa beberapa makanan seperti Serunding, Sos Cili atau sambal untuk menyedap rasa. Di samping itu, bawakla makanan-makanan ringan seperti, Mee Segera, Biskut dan lain-lain. Ini kerana makanan di Turki boleh dikatakan mahal sedikit terutamanya jika anda menukarkan harganya dengan matawang Malaysia. Sebagai contoh, harga Nasi Pilaf adalah sekitar TL4 semangkuk kecil iaitu bersamaan RM4.60.
Serunding & Sos Cili menjadi penyedap rasa
Antara makanan-makanan yang perlu anda cuba ialah:
i) Spinning Kebab atau Doner Kebab - Sama seperti kebab di Malaysia cuma dagingnya sangat moist dan sedap.
ii) Kumpir - Kentang Bakar dengan Butter & Cheese. Anda boleh letak buah Zaitun, Daging, Sayur-sayuran, yogurt dan macam-macam lagi sebagai topping
iii) Pide - Pizza Turki
iv) Balik Ekmek - Sandwich Ikan. Terdapat ditepi sungai Bosphurus berdekatan dengan Galata Bridge Istanbul. Letak Olive oil sikit supaya hilang sikit bau hanyir ikan.
v) Simit - Ini merupakan roti yang dijual banyak ditepi-tepi jalan. Ianya ada bermacam-macam bentuk macam bagel atau bulat. Ada yang kosong tapi lagi sedap jika letak coklat seperti Nutella.
Banyak lagi yang anda boleh cuba. Yang penting, jangan beli banyak. Ambil rasa je. Kena juga try Turkish Tea & Turkish Coffee. Memang sedap dan menjadi minuman asasi orang-orang Turki.
3. Duit, Kad Kredit & ATM
Matawang Turki adalah Turkish Lira (TL). Saya syorkan anda tukar duit TL di Malaysia. Antara pengurup wang yang saya rasa ok adalah di Midvalley, Ampang Park & Giant Taman Permata. Harga yang saya dapat sebelum 12 Oktober haritu adalah sekitar RM1.30 - RM1.33 utuk TL1. Begitu juga dengan USD atau Euro. Jangan tukar duit RM ke Turkish Lira di Turki kerana mereka tidak akan terima duit kita kecuali USD atau Euro. Dan jangan tukar duit di Pegurup Wang di lapangan terbang kerana mereka mengenakan caj sebanyak 4% for each transaction. Kad Kredit boleh digunakan akan tetapi ianya mempunya surchange for each transaction. Untuk Kad ATM pula, anda perlu mengaktifkan dulu kad anda sebelum boleh membuat sebarang pengeluaran di mana-mana ATM di Turki.
Kad Kredit boleh digunakan di Turki
4. Waktu terbaik ke Turki
Bila nak pergi adalah subjektif. Kerana ianya tertakluk pada apa yang anda suka dan Turki mempunyai 4 musim.
i) Musim Sejuk sekitar bulan Disember - Mac.Selalunya pakej sangat murah dan boleh bermain salji di sesetengah tempat. Akan tetapi perlu diingat, masa siangnya pendek dan cuacanya sangat sejuk.
ii) Musim Bunga sekitar bulan April. Cuaca panas tetapi berangin sejuk. Banyak bunga Tulip memenuhi kawasan Istanbul.
iii) Musim Panas sekitar bulan Mei - September. Waktu siang akan jadi panjang maka banyak aktiviti boleh dilakukan. Akan tetapi, harga pakej akan jadi mahal sedikit kerana harga hotel selalunya akan naik 2 kali ganda dari harga biasa. Selalunya, pelancong datang pada musim ini.
iv) Musim Luruh sekitar bulan October & November. Cuaca yang tidak panas cuma kadangkala hujan. Dikatakan tidak ramai pelancong masa ni which pada saya waktu paling best untuk pergi. Ini kerana ada sesetengah tempat seperti di Cappadocia & Bolo suhunya boleh mencecah sehingga 4 Celcius. Sejuk dan nyaman.
Nasihat saya, bertanya dahulu dengan travel agen anda atau ke website Accuweather akan cuaca di Turki pada masa anda pergi nanti. So senang anda tau nak bawak baju & seluar yang sesuai dengan keadaan cuaca.
5. Tandas
Kebanyakkan tandas mengenakan bayaran sebanyak TL1. Ketika musim sejuk atau luruh, orang Malaysia terutamanya akan kerap ke tandas. If nak jimat duit, lebih baik melepaskan hajat di tandas restoran atau stesyen minyak. Di sana, tandas disebut WC atau 'Water Closet'. Bayan di WC bermaksud tandas for Ladies dan Bay untuk Lelaki. Antara yang menarik tentang tandas di Turki ini ialah kebanyakkan tandas-tandas ini mempunyai 'Bidet' untuk mencuci. Jadi jaga-jaga bila hendak membuka air, takut terpancut kena seluar pula. Dan ada tandas di restoran dan masjid yang menggunakan sensor lampu. Kalau anda tak bergerak semasa melepaskan hajat, jangan terkejut lampu terpadam dengan sendirinya.
Air paip atau air di tandas amatlah sejuk terutamanya bila musim luruh & sejuk. Jangan terkejut bila mengunakannya
6. Membeli-belah
Bazar untuk membeli-belah yang terkenal ialah di Grand Bazar dan Spice Bazar. Grand Bazar mempunyai banyak barang akan tetapi harga di sini lagi mahal daripada di Spice Bazar. Untuk barangan yang lebih murah, anda boleh pergi diluar bazar-bazar ini. Harga di disini jauh lebih murah dari yang ada di dalam bazar. Pastikan anda tawar dengan harga yang anda selesa. Jika tukang jual tak setuju, cari saja di tempat lain. Selain itu, gerai-gerai tepi jalan pun mempunyai harga murah terutamanya untuk cenderamata.
7. Wuduk
Air wuduk di masjid terutamanya bila musim luruh & sejuk, amatlah sejuk. Disyorkan anda bawa botol spray untuk mengambil air Wuduk. Jika tidak, tahan sahajalah. Dan kebanyakkan tempat wuduk especially di masjid lama, terletak diluar dan berkongsi lelaki dan perempuan. Maka, agak sukar khususnya kaum wanita jika nak mengambil wuduk.
Di Turki, anda tidak dibenarkan berkaki ayam semasa mengambil wuduk atau semasa berjalan di atas lantai masjid. Ini bagi mengelakkan lantai tersebut menjadi kotor. Anda boleh kena marah jika berkaki ayam.
Kalau boleh install Apps seperti Muslim Pro supaya anda boleh tau waktu solat dan yang penting arah Kiblat dari tempat anda duduk.
Saya juga syorkan agar anda bawalah sejadah kecil supaya senang jika darurat, anda boleh solat di mana sahaja.
8. WiFi dan Sim Kad
Turki adalah negara yang tidak mesra WiFi kecuali di Hotel dan sesetengah restoran. Mujur dalam bas kami ada sediakan WiFi. Sim kad di sini juga agak mahal. Since saya mengunakkan Celcom, saya mengunakkan pakej roaming yang disediakan. Pada saya agak berbaloi kerana saya boleh buat call ke Malaysia dan rakan di Turki dengan percuma. Untuk maklumat lanjut boleh layari Website Celcom untuk keterangan lanjut.
9. Niat
Bila pergi ke Turki, berjalanlah dengan niat nak mempelajari sejarah dan budaya di Turki. Ini kerana kegemilangan Islam memerintah 2/3 dunia ada di sini. Bila anda mengikuti pakej Kembara Sufi ini, anda akan tahu betapa indahnya sejarah-sejarah Turki dari zaman Kristian, zaman Uthmaniah sehinggalah zaman Republik Turki. Dan banyak lagi tempat-tempat yang kita boleh lawati di Turki.
10. Supplement
Pada saya ni adalah benda yang penting sekali kerana ianya akan membantu anda bertenaga sepanjang masa. Bukan apa, perjalanan semasa di Turki semuanya jauh-jauh dan anda akan banyak berjalan. Dianggarkan perjalanan bas sahaja merangkumi 2,800KM kesemuanya. Jika tak larat atau anda sakit-sakit, ianya akan merugikan kerana kita jadi tak seronok nanti. Saya semestinya memilih Shaklee kerana ianya natural dan proven. Alhamdulillah, saya tak berasa penat dan bertenaga sepanjang hari walaupun tidur hanya beberapa jam sahaja.
Multi-Vitamin Shaklee
11. Universal Adapter
Ni antara benda yang tidak boleh dipisahkan. Wajib bawa. Kalau tak phone atau powerbank semua jadi sia-sia. Semua devices yang perlu di charge up perlukan Universal Adapter ni. Di Turki, plugnya adalah 2-pin bulat dan saya bawa yang boleh charge menggunakan USB terus. So boleh charge many devices as long you guna wayar USB.
Plug 2-pin bulat yang boleh charge devices menggunakan USB
Saya harap dengan perkongsian ini ramai akan dapat manfaat dan dapat rough idea what to expect from your trip to Turki nanti. Saya akan kongsikan pengembaraan saya di Turki bersama pakej Kembara Sufi di entry akan datang. Saya syorkan anda pergi ke Turki untuk menghargai keindahan ciptaan Tuhan. Akhir kata, "Janganlah kita menjadi pelancong, tapi jadilah pengembara". Selamat bercuti semua.
Jemput baca permulaan perjalanan kami pada Day 1 di sini:
Jika anda suka akan sharing ini, mohon like dan sharekan pada yang rakan yang lain. Semoga ramai lagi yang akan dapat manfaat dari perkongsian ini. Saya doakan anda kaya & berjaya. In Shaa Allah
Wassalam,
~ DADDY SHAHAB ~
No comments:
Post a Comment