Follow Us @kamharyatie

Tuesday 14 November 2017

TRIP KE TURKI BERSAMA KEMBARA SUFI - DAY 5 (CAPPADOCIA)




Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog www.mommyshahab.com sentiasa dimudahkan segala urusan dan diberikan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. In shaa Allah.

Bagi yang terlepas entry sebelum ini, sudilah baca dilink ini:-


Jom saya share pula perjalanan hari ke-5 pula.

DAY 5 (CAPPADOCIA)

Bila Firdaus mengajak saya ke Turki menggunakan khidmat Kembara Sufi, kami ada berbincang mengenai Hot Air Balloon ni. Di Malaysia the only way nak naik Hot Air Balloon ni ialah bila Putrajaya buat International Hot Air Balloon Fiesta. So bila dengar aje pasal Hot Air Balloon ni, saya terus teruja. Dan mendengar dari rakan-rakan yang pernah naik, rata-rata semua menceritakan kena cuba naik sebab memang best. Walaupun teruja, dikatakan harga untuk naik adalah USD200. Boleh tahan juga harganya. Jadi saya mula mencari maklumat mengenai Hot Air Balloon di Cappadocia ini.

Hasil dari kajian yang telah dibuat, harga untuk naik Hot Air Balloon ni dianggarkan starting from USD100 - USD200. Even rakan saya yang baru balik dari Turki semasa musim bunga hari tu pun dapat harga USD100. Maka kami ambil keputusan if harga yang ditawarkan kepada kami still USD200, kami tidak akan naik. If harga dalam USD100 - USD 130, baru kami akan consider.

Semasa sampai di Turki, kami mula survey harga Hot Air Balloon ni. Alhamdulillah, akhirnya kami dapat harga yang kami rasa berbaloi dan kena dengan budget kami iaitu USD80. Jika anda nak tahu bagaimana untuk mendapat harga ini, sila PM atau hubungi saya di 013-386 3838. Tapi anda kena ingat. Harga ini merupakan harga semasa saya pergi dan anda kena pastikan syarikat Hot Air Balloon yang dipilih adalah yang dikenali dan selamat. Anda perlu tanya mengenai insurance dan pakej yang diberikan. Kerana di sana ada berpuluh syarikat Hot Air Balloon yang menawarkan harga yang berbeza-beza. Yang pasti, kalau anda naik Hot Air Balloon disebuah kawasan padang yang luas dan penuh dengan belon-belon yang lain, then its a good sign. Perkara penting, deal secara terus dengan Syarikat Hot Air Balloon itu sendiri and not melalui mana-mana orang tengah.

Yang pasti, aktiviti Hot Air Balloon ini memang kena cuba walaupun anda takut nak naik. Sebab pemandangan bumi Cappadocia dari atas, Subhanallah, tak terucap dengan kata-kata.

Seawal 4.30 pagi kami dah bangun dan bersiap kerana by 5.00 pagi, van syarikat Hot Air Balloon menjemput kami dari hotel. Rupanya ada beberapa orang yang dipick up oleh van ini.

Kami kemudiannya dibawa ke sebuah hotel untuk berkumpul sambil bersarapan pagi dan solat Subuh.

Kami diberikan light breakfast seperti biskut, pastry, kopi & teh sementara kami dibawa ketempat Hot Air Balloon naik.

 Setelah membuat pembayaran, kami diberikan Boarding Card

Lebih kurang 6.30 pagi, kami di bawa ke satu padang besar yang penuh dengan belon-belon besar ni. Pada satu masa, hanya maksimum of 150 belon sahaja yang dilepaskan sehari. Pada pagi tu, kami dapat tahu ada 100 belon sahaja yang dilepaskan ke udara. Sebelum nak naik, mereka kena dapat persetujuan General of Civil Aviation, sama ada mereka boleh terbang atau tidak kerana aktiviti ini bergantung pada keadaan cuaca yang baik dan tenang. Jika angin terlalu kencang, flight akan dibatalkan. Jika batal, duit akan dikembalikan.

Menuju ke belon kami sambil berdoa dan berzikir 

Udara panas mulai mengisi semua ruangan belon kami. 

Sebelum naik, kami dikehendaki mengisi nama dan nationality setiap peserta. Habis isi, kami terus diminta masuk ke dalam bakul Hot Air Balloon.

Kami dah teruja untuk berlepas ni. Bakul kami boleh memuatkan 16 orang penumpang dan seorang pemandu yang dibahagikan dengan 4 partition. Setiap 1 partition boleh masuk 4 orang penumpang. Since kami bertiga je, maka kami mempunyai ruang yang besar untuk bergerak-gerak. Terbaik! 

Saya bersama Kapten Nemo yang mempunyai 3000 flight hours dan pengalaman selama 8 tahun mengendali Hot Air Balloon ni. So, In shaa Allah selamat. 

Hot Air Balloon lain yang mula naik ke udara. 

Belon kami pula mula naik ke atas. Udara masa ni sejuk ya amat.

Pemandangan semasa matahari terbit

Demi matahari, dan sinarnya di pagi hari....

Pemandangan di Cappadocia ni memang terbaik. Semua batu-batu ini tercipta akibat kejadian semulajadi kesan letusan gunung berapi dan hakisan sejak beribu tahun dahulu. Permukaan batu yang lembut dihakis oleh angin dan air sehinggakan terciptanya beberapa corak yang menarik. Batu-batu ini dipanggil Fairy Chimney kerana bentuknya seperti serombong asap dan cendawan.

Kapten Nemo nak cuba turunkan kami ke gaung tu untuk menunjukkan bunyi gema dari api belon. 

Untuk tempahan, kena buat sehari sebelum kerana mereka ada quota untuk setiap syarikat.

Tempoh kami di udara adalah sekitar 50 - 70 minit. Ia juga bergantung kepada angin dan kat mana kami nak landing. Basically after 50 minit, Kapten akan cari tempat landing yang sesuai.

Berkenalan dengan penumpang lain. Mereka semua dari India 

Pemandangan dari dalam bakul 

Hot Air Balloon ni tidak mempuyai stereng untuk bergerak. Ianya bergantung kepada gerakkan angin. Kapten cuma boleh mengawal ketinggian dan rotation belon sahaja. Thats why kita tidak akan tahu kemana arah kita tuju dan tempat landing kita.

Kejadian belon bertembung dengan belon lain adalah normal. Ianya dipanggil, kissing the balloon. Kapten Nemo ada bertanya sama ada nak cuba atau tak. Sudah tentu jawapan kami...takpelah, lain kali je lah.

Kami mula turun dan cari spot landing

Satu-satunya bentuk muka bumi macam ini hanya terdapat di Cappadocia dan hanya boleh dinikmati pemandangannya melalui Hot Air Balloon sahaja. Sekejap je dah hilang segala cuak dan takut tadi. 

Belon yang kami naik tadi perlu dilandingkan betul-betul atas trailer supaya senang mereka nak bawak balik. Bakul tu sikit punya berat.

Alhamdulillah safely landed. Kapten mula membuka penutup di tengah itu untuk mengeluarkan udara panas belon tadi dan belon akan mula mengucup.

Turun sahaja dari bakul, kami diberi kebenaran untuk mengempiskan belon dengan menolak-nolak baki angin keluar.

 Bakul selamat atas Trailer

Setelah semua selesai, hampir semua syarikat Hot Air Balloon akan membuat sedikit sambutan untuk meraikan perjalanan yang selamat. Ia akan membuka satu botol Sparkling Juice dan berikan pada semua penumpang

Cheers!...

 Sijil juga akan diberi kepada semua peserta

Alhamdulillah semuanya telah selesai. Van tadi mula hantar kami pulang ke hotel masing-masing. Kami sampai ke hotel dalam pukul 8.50 pagi. Sempat lagi kerana bas group kami akan mula bergerak pukul 9.00 pagi.

Kami akan berada di Cappadocia selama 2 malam. Jadi selepas Hot Air Balloon tadi, kami akan berjalan-jalan sekitar Cappadocia ni. Hentian pertama kami ialah di Agacin Alt. Sebuah hentian untuk minum-minum dan membeli cenderahati sambil menikmati permandangan dari atas bukit.

Seperti biasa, kita mulakan dengan group photo 

 Kita boleh lihat banyak batu-batu Fairy Chimney di belakang itu

Bergambar pula dekat sebatang pokok yang penuh dengan Evil Eye berwarna biru. Ianya sering digunakan untuk mengelakkan nasib buruk pada dahulu kala, akan tetapi kini ianya menjadi salah satu souvenir untuk para pelancong.

Antara cenderahati yang dijual di sini.


HAND MADE SILK CARPET (YUKSEL HALI)

Karpet Turki merupakan salah satu industri yang mereka amat bangga kerana selain Iran, Turki juga merupakan penenun karpet terbaik di dunia. Especially hand made Carpet. Kami seterusnya ke sebuah kilang karpet iaitu Yuksel Hali.

Di sana, kami diberikan penerangan mengenai pembuatan karpet dan jenis-jenis benang seperti Cotton, Wool dan Silk. Nampak tak lelaki yang memakai topi dan berkaca mata hitam tu? Itulah Haji Kamarudin, room mate saya.

Inilah beberapa contoh benang untung tenunan. 

Betapa fokus dan telitinya si penenun, menenun sehingga menjadi sebuah karpet  yang cantik. Satu hari mereka hanya boleh menenun selama 3 jama sahaja supaya mereka tidak hilang fokus, stress dan penat. Thats why satu karpet yang besar dan banyak corak boleh siap dalam beberapa tahun. No wonder karpet hand made ni mahal-mahal.

Inilah rupabentuk kepompong ulat sutera 

 Mereka menunjukkan bagaimana mereka dapat benang sutera daripada ulat sutera

 Beginilah rupa benang sutera apabila siap 

Salah satu karpet sutera yang pada saya memang lawa. Harganya? 5 angka.

Pengembara termuda kami, Aisyah Nur Sofia pun nak try karpet lembut.

Tu dia ha. Semua jenis karpet dia bukak dah. Karpet hand made ini memang cantik. Harganya pun sangat tinggi sebab usaha yang tinggi untuk menenunnya. Sebab itu harganya 2-3 kali ganda dari karpet buatan mesin.


 Kami dijamukan dengan Teh Epal sambil dipertontonkan beberapa karpet dari Yuksel Hali.

Setelah pertunjukkan karpet selesai, kami mula bergerak semula ke bas. Di luar kilang tersebut, kami terjumpa beberapa pokok yang mempunyai seakan epal kecil. Tapi rasanya kelat-kelat sikit.


KAYMAKLI UNDERGROUND CITY

Pengembaraan kami seterusnya adalah Kaymakli Underground City. Ianya merupakan tempat tinggal rahsia di bawah tanah yang didiami oleh masyarakat Kristian yang lari dari pemerintahan ROman dan mencari perlindungan di sini. Tempat ini dibina setelah masyarakat dulu kala mendapati batu-batu di sini lembut dan mereka mula mengorek sehinggalah menjadi sebuah penempatan. Underground city ini mula dijumpai oleh orang tempatan sekitar tahun 1968 dan mereka masih mengkaji tentang penempatan di sini.

Kami mengambil masa lebih kurang 30 minit menjelajahinya untuk memahami kehidupan mereka di bawah ini yang lengkap dengan Sistem pengaliran udara yang baik, tempat simpan binatang ternakan, dapur, bilik tidur yang dibina secara bertingkat-tingkat hingga jauh ke bawah tanah.

Jom kita tengok apa ada dalam tanah tu.

  Pintu masuk Kaymali Underground City

Tiket masuk. Seperti biasa, dah masuk dalam pakej

Eran menerangkan sejarah dan latar belakang undergroung city. One thing about Eran ni, dia memang pakar sejarah sebab dia bukan baca buku sebarangan. Dia selalunya akan baca Jurnal untuk sesuatu subjek. So semua yang dia cakap adalah facts. Thats why best bila dia bercerita pasal sesuatu benda. 

Ini merupakan contoh kawasan underground city yang bertingkat-tingkat. Bawah sekali merupakan sumber air yang mereka perolehi dari atas

Kawasan ni complete dengan dapur, bilik dan tempat ruang istirehat. Tapi satu persoalan yang sampai sekarang mereka tak boleh jawab. Kat mana mereka membuang air kecil dan besar? Sebab pengkaji sehingga kini tidak menemui jawapannya.

 Wan dan Yati dari Johor di seberang sana.

 Laluan yang sempit menyebabkan hanya sorang sahaja boleh melalui jalan ini pada satu masa

Ini merupakan salah satu rumah ibadat mereka suatu masa dulu.

Kami dah masuk ke dalam kira-kira 25 meter dari atas, akan tetapi masih ada lagi ruangan ke bawah. 

Tangga untuk naik ke atas dan terus ke bas. Untuk pengetahuan, tak kira apa cuaca pun di atas, Underground City ini tetap bersuhu 18 Celcius. 

PIGEON VALLEY

Kami seterusnya menuju ke satu tempat untuk makan tengahari. Sepanjang perjalanan, kami dapati ada lubang-lubang di batu-batu di sini. Rupanya lubang itu buatan manusia khas untuk penempatan burung Merpati.

Kami tiba di tempat lunch kami. Di sebelahnya tersergam indah penempatan di sekitar kawasan Pigeon Valley ini. 

Pigeon Valley ini merupakan sebuah tempat penanaman anggur untuk dijadikan sebagai Wine pada zaman dahulu. Apabila ada beberapa kali tanaman anggur mereka tidak menjadi, mereka dapati najis burung merpati ini amat bagus jika dijadikan baja untuk menyuburkan tanaman anggur mereka. Jadi mereka mula mengorek lubang-lubang di batu-batu ini supaya menjadi tempat persinggahan burung-burung merpati ini. Apabila burung-burung ini meninggalkan pigeon hole itu, mereka akan kutip najis-najis di dalam pigeon hole tersebut untuk menjadi baja.

Eran sedang menceritakan sejarah Pigeon Valley 

Makaman tengahari kami di Uchisar Kaya Restaurant & Cafe. Kami makan sambil berpanoramakan Pigeon Valley. Dah macam ala-ala Cameron Highlands dan cuma sini berbatu-batu.

Selesai makan, kami menuju ke satu lagi tempat menarik, Uchisar Castle, nun jauh di atas bukit itu.

Namanya sahaja Castle akan tetapi, ianya bukan sebuah istana pun but tempat tinggal orang dahulu. Ia juga merupakan puncak tertinggi di Cappadocia ni. Niat hati nak naik sampai ke atas, tetapi Eran tak benarkan sebab masa tak mencukupi.


SInce tak boleh naik ke atas, kita berselfie atas bukit kecik nie jela dengan team Johor

Kami seterusnya meneruskan perjalanan kami ke kedai yang menjual batu-batu Turquoise dan Zultanite. Terjumpa pulak satu batu yang menyerupai seekor Unta.

Kami tiba di Blue Art Centre 

 Di sini, mereka menjual batu-batu Turquoise yang banyak didapati di Turki.  

Ini batu yang menarik minat ramai orang dan ianya hanya ada di bumi Turki sahaja. Batu Zultanite merupakan sebuah batu unik, dimana ianya boleh bertukar warna di bawah cahaya yang berbeza. Memang lawa batu ni.


Maria akhirnya berjaya memperolehi kemenangan yang pertama apabila berjaya memujuk Firdaus untuk membeli sebuah cincin Zultanite ni. Syabas

MADO

Sebelum balik ke hotel. Eran memberitahu jika kami berminat tak untuk try salah satu kedai Aiskrim Turki yang original dan sedap? Kami pun apa lagi, semua setuju tanpa sebarang bantahan. Kami ke bandar untuk ke Mado Cikolata, sebuah kedai aiskrim. Kedai ini merupakan salah satu kedai yang dia recommend untuk try.


Ada bermacam-macam aiskrim Turki di sini. Basically, Aiskrim Turki ini diperbuat dari susu kambing, gula dan Salep (Akar Bunga Orkid). Ianya kemudian diberikan perisa dengan campuran vanilla, kacang Pistachio, strawberi dan lain-lain.

Kami memilih untuk makan di luar dengan suhu yang sejuk dan nyaman. Habis makan, kami terus balik ke hotel. Buat pertama kalinya, kami tiba ke hotel awal dalam pukul 5.00 petang dan sempat untuk Solat Jamak Takhir. Yang lain mule merehatkan diri sebelum makan malam di hotel.

Begitulah pengembaraan kami pada hari ke-5 di Cappadocia. Terus terang, saya suka Cappadocia ni. Besok kami akan mula bergerak ke Bolu pula melalui Angkara.

Jemput baca pengembaraan kami pada hari ke-6 di sini:


Jika anda suka akan sharing ini, mohon like and sharekan pada yang lain semoga ramai lagi yang dapat manfaat dari perkongsian ini. Saya doakan anda kaya & berjaya.

Wassalam


~Daddy Shahab~


+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika Anda Ingin Mengikuti Trip Macam Kami, Sila Hubungi Nombor Di Bawah:


Harga yang ditwarkan adalah RM3,999 + RM200 (Tipping) = *RM4,199 sahaja
*Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa
Trip untuk tahun 2018 sudah dibuka SEKARANG.

Jika anda berminat, sila Whatsapp: 019-302 6460




Atau klik link ini: http://bit.ly/kembarasufi-turkey dan anda akan didirectkan ke Whatsapp Kembara Sufi




No comments:

Post a Comment